Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah,Allah memberi peluang untuk menggunakan hidung pemberiannya untuk menghirup udaranya yang segar,menggunakan mata pemberiannya untuk melihat,telinga pemberiannya untuk mendengar sesuatu..
Segalanya adalah milik Allah swt..
Kita sebagai peminjam yang kecil dan lemah...
Allah s.w.t ada berfirman dalam surah Al-A'raf :179..
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk ( isi neraka jahanam ) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ( ayat-ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata ( tetapi ) tidak dipergunakannya untuk melihat( tanda-tanda kekuasaan Allah ) , dan mereka mempunyai telinga ( tetapi ) tidak dipergunakannya untuk mendengar ( ayat-ayat Allah ) , mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Hampir 5 bulan permata 16 berpisah,dan masing-masing menetukan hala tuju masing-masing,ada yang bekerja,ada yang belajar dan ada yang tidak buat apa-apa,tetapi ada juga yang mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mengikuti pelbagai program sementara menunggu diri itu menjejakkan kaki di tempat yang harus di tujui..
Allah memberi banyak kesempatan untuk kami bersua kembali ketika mana terdapat program-program yang dapat melibatkan kami.
Sungguh beruntung siapa yang Allah pilih untuk berada di jalan-Nya..
Dalam Islam,amat dititik beratkan dalam memilih kawan.Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia,kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti kita(individu).Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita,dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja..
Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan:Firman Allah swt
"Wahai orang yang beriman!Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar".
(surah At-Taubah:119)
Pendek kata,sahabat boleh menentukan corak hidup kita.Justeru,jika salah pilih sahabat,kita akan merana dan menerima padahnya.Selari dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya,oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadii temannya.:(hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa Al-Asy'ari,bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi.Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda,samada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya.Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar,atau mendapat bau busuk."
Kesimpulan yang dapat di buat disini ialah
Hati-hatilah memilih kawan,kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang.Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan