Jumaat, 24 Disember 2010

CEBISAN KENANGAN

Seusai peperiksaan PQS, warga Permata16 telah mengadakan Malam Graduasi bagi merapatkan lagi ukhuwah serta mencoretkan kenangan sebelum kami semua berpisah. Dan pada malam itu juga, satu video apresiasi buat murobbi telah ditayangkan sebelum penutupan majlis. Atas permintaan ramai..Ana menguploadkan video itu di sini buat tatapan semua..

Arahan:
Tekan button "pause" di music player sebelum memainkan video ini. Jika tidak ia akan menggangu sistem suara PC/laptop anda



MUSTAHIL IA AKAN BERULANG


Alhamdulillah, sedar tak sedar perjuangan dalam SPM sudah pun selesai kita tempuhi. Sekejap saja rasanya masa berlalu. Kini, semua daripada kita sudah berpisah dan akan membawa haluan masing-masing. Semalam yang diwarnai dengan warna-warni persahabatan kita tidak mungkin akan berulang....

Kenangan hanya tinggal kenangan. Bumi wakafan yang selama ini tempat kita berkumpul..entah bila kita akan menemuinya lagi...

Entah bila lagi..kita kan bersama
Berjemaah di musolla
Makan di dalam satu talam
Belajar di kelas
Mendengar pengisian daripada murobbi2..

Sahabat..ingatlah
Walau dicampak ke penjuru dunia
Walau apapun halangan yang melanda
Ingatlah iman sentiasa menghubungkan kita
Tidak di dunia pasti di akhirat sana...

5 tahun yang dilalui bersama
Terasa seakan sesaat cuma
Masa terlalu mencemburui kita
Perjuangan kita yang sebenar baru sahaja bermula
Doakanlah sesama kita
Agar setiap langkah diredhaiNya

Perpisahan adalah lumrah alam
Mustahil akan bersama selamanya
Mati pasti menemui kita

Yakinlah duhai sahabat
Janji Allah itu pasti
Barangsiapa yang berukhuwah keranaNya
Pasti dijanjikan Firdausi..

Perpisahan..
Bukanlah satu alasan untuk menghentikan perjuangan
Malah mengukuhkan lagi semangat pejuang
Demi menegakkan kalimah tauhid
Mengembalikan islam yang gemilang


TAHNIAH BUAT ADIK SEUKHUWAH



Pertama dan selamanya, ana mohon maaf kepada semua kerana sudah lama tidak meng-update blog ni. Mungkin sebelum ni sibuk dengan SPM, dan bila SPM dah habis, sibuk pula untuk buat persiapan ke JDK. Dalam kesempatan yang ada ni, kami warga Permata16 nak ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada adik2 khalifah18 atas kecemelangan antunna dalam PMR yang keputusannya baru diumumkan semalam.Semoga kejayaan antunna adalah kejayaan untuk islam juga Insya-Allah. Bagi yang kurang berjaya. jangan putus asa, cuba lagi di masa akan datang. Doakanlah kejayaan kami seluruh warga Permata16 walau di mana jua kami berada..

Ahad, 14 November 2010

dosa-dosa & facebook

dapat dari email pewaris.net
buat peringatan untuk semua...





Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.



KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Sabtu, 18 September 2010

Perginya lagi seorang murobbi....


Sewaktu mendapat berita

"Ust. Dahlan dah MENINGGAL"

Tiada kata yang terungkap,
Terkejut,
Sedih,
Hiba,

Siapa tahu, beliau pergi pada saat kita semua bercuti di rumah.
Dan sebenarnya .........ana selaku moderator yang ditugaskan untuk meng''update'' blog ini pun tidak tahu ingin menulis apa...

Tergamam..itulah perasaan yang dirasa saat ini. Selepas mendapat berita pemergian ust. dahlan, terus saya mendapatkan laptop dan meng`on` kan internet.

Ust Dahlan, banyak sungguh jasanya. Beliaulah yang mengasaskan Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) pada Ogos 1987. Dan seperti yang kita saksikan sendiri, sudah banyak kemenangan yang diraih sejak MATRI ditubuhkan.

Ust Dahlan,
Dialah murobbi, Dialah suami, dialah ayah, dialah penyeri
Pemergiannya tiada pengganti
Jasanya tidak dapat diganti
Budinya tidak terbalas dengan harta duniawi
Dialah sang MUROBBI!!




Kami mengikrar janji,
akan meneruskan perjuangan panji islami,
Menyebarkan dakwah dan fikrah tarbawi,
Moga ALLAH memberkati!!
ALLAHU AKBAR!!

Berjuang menempah susah,
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka,
Seorang mujahid memburu syahid,

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan rasul-Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Khamis, 16 September 2010

ERTI SAHABAT

Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.




Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.




Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jumaat, 10 September 2010

Salam lebaran dari kami-16th Generation of MATRI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dalam kesempatan yang ada, kami, Generasi ke-16 Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah Al-Islamiyah menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada yang daripada kami pernah membuat anda terasa, tersilap bicara, atau apapun yang membuat anda semua tidak senang dengan kami semua.

Kami, 16th Generation of MATRI hanyalah manusia biasa yang acapkali membuat silap dan salah. Justeru, bersempena Eid Mubarak ini, sudilah kiranya para pembaca memaafkan kami seikhlasnya..

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLILFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZIN kepada semua pengunjung blog kami ini. Moga Ramadhan yang baru berlalu benar-benar membuatkan kita kepada fitrah seorang muslim yang sebenar,
Insya-Allah..

Di kesempatan ini juga kami memohon doa dari semua pembaca untuk kejayaan kami di dunia dan akhirat amnya dan untuk SPM yang bakal tiba khasnya..
Semoga kita semua dirahmati Allah hendaknya..

Khamis, 2 September 2010

16th Generation- Ramadhan terakhir di MATRI



Sedar tak sedar, sudah lima tahun kita berada di bumi wakafan ini. Tak lama lagi, kita akan keluar pula, hmm apa agak2nya persiapan kita ya??

Namun, bukan itu yang ana ingin ketengahkan sebenarnya, tetapi keberadaan kita yang melalui Ramadhan terakhir di MATRI tahun ini. Rasa rindu pula. Memang betul kata nabi, Ramadhan itu musim bunga bagi orang mu`min. Cuba tengok bunga ni.Cantikkan?? Walaupun ianya hanya bunga di taman sains sebelah koperasi MATRI.


Pada tahun ini, Ramadhan yang dilalui mungkin sedikit berbeza dari tahun lalu. Apatah lagi kehilangan murobbi-murobbi yang dicintai. Di MATRI, suasan Ramadhan itu sangat manis. Ditambah lagi kebisingan suara pelajar2nya di musolla yang sibuk membaca Al-Quran. Suasana iftar yang sangat menyenangkan. Oh!Indahnya!! Agak2 nya bila lagi kita semua akan merasai suasana itu??


SEKITAR RAMADHAN DI MATRI

Tadarus Al-Quran sesi hafazan petang



Cawan2 plastik yang digunakan untuk iftar di dataran (Kami pasti merinduimu!!)

Menunggu giliran mengambil talam (Iftar jama`ie)

Menunggu waktu berbuka puasa

Ada juga yang berbuka puasa bersama-sama ahli halaqah

Allah juga telah mengizinkan kita untuk menempuhi musim peperiksaan percubaan di dalam bulan yang mulia ini. Satu cabaran sebenarnya kerana terpksa mengharungi suasana lapar dan dahaga sepanjang peperiksaan dijalankan. Ditambah pula dengan waktu malam yang diisi dengan solat tarawih. Letih rasanya. Namun, demi mencapai takwa-Nya, semua itu dapat dilalui dengan baik sekali. Malah, semuanya tampak bersungguh-sungguh untuk melipatgandakan amalan masing-masing di bulan ini. Mabruk `alaih!!

Dewan peperiksaan percubaan SPM

Sedar tak sedar, musim bunga ini akan berakhir tidak lama lagi. Kita juga sudah memasuki fasa ke-3 Ramadhan di mana pada fasa ini terdapat satu malam di mana Allah telah melipatgandakan pahalanya lebih baik dari 1000 bulan. Dalam fasa ini juga kita haruslah bersungguh-sungguh untuk memohon keampunan dari Allah serta memohon agar terhindar dari api neraka.Oleh itu, sama-samalah kita beramal dengan sepenuh kudrat yang ada. Siapa tahu, ini Ramadhan terakhir buat kita kan??


"Celakalah bagi hamba-Ku yang keluar dari bulan Ramadhan tetapi

dosanya tidak diampunkan"
-alhadith-


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


RAMADHAN KAREEM!!

hambanya yang sombong..

Bismillah..

Alhamdulillah.. 10 akhir Ramadhan membuka tirainya.. tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menjalani ibadah puasa.. bagaimana pengambilan keberkatan pada bulan ini?

Fasa pertama, fasa kerahmatan sudah pun berlalu..
Fasa kedua, fasa keampunan sudah pun berlalu..
Tinggal fasa ketiga, fasa terselamat dari api neraka yang masih menunggu..

Teman-teman sekalian,
Ramdhan datangnya hanya setahun sekali.. Bulannya penuh barakah. Pada zaman Rasulullah saw, bulan ini amat dinanti-nantikan.. Pada akhir bulan Ramadhan ini, sahabat-sahabat menangis melihat ianya pergi.. Tapi kita?

Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin."
[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad].

fikir-fikirkanlah..

Sesejuk maaf di kalbu


Pertama sekali ana ingin pohon kemaafan kepada semua mujahidah permata 16 kerana mungkin post yang ana baru delete sebelum ni menimbulkan banyak konspirasi. Mungkin ada pihak yang setuju dan ada sebahagian yang tidak setuju. Terima kasih atas teguran yang diberikan. Indahnya hidup bila mengamalkan islam kan?? Semuanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Hmm... jadi apabila kita keluar dr MATRI x lama lagi, salinglah tegur-menegur macam ni... Barulah hidup itu indah kerana ukhuwah kerana-Nya..Wallahu`alam

Jumaat, 4 Jun 2010

ISTIMEWA-CuRaHan Hati BuAt seOraNg KaKak beRgeLaR KAK JANNAH SANI daRi SeOrAnG AdiK..





Alhamdullillah.... allah izin untuk ana sekali lagi mencoretkan sesuatu untuk menjadi lakaran iman di blog ini....


Sebelum tu...ana nk mnta maaf kepada moderater yg lain kerana untuk post kali ini...ana mencoretkan sesuatu yg lebih bersifat peribadi....sekadar perkongsian bersama.....moga allah redha.....


Sebenarnya...saat ana ingin menaipkan sesuatu di page ini...terasa sayu sangat di jiwa ini...air mata ini rsanya masih belum kering dri takungannya....dari malam semalam air mata ini tidak mampu lagi tertahan di empangannya...terus menerus mengalir tanpa henti...

Hati mana yang x menyilu mendengar berita kematian insan yang disayangi...NUR JANNAH SANi..malam semalam...saat ana turun ke tandas untuk memperbaharui wudu' selepas solat isyak...waktu itulah...jiwa ana direntap sekuat-kuatnya...ana terus terduduk di tangga itu..tanpa mampu meluahkan apa2....hanya allah sahaja yang tahu betapa peritnya hati ini meronta-ronta mendengar seorang insan yang amat bermakna di hati telah pergi menemui illahi...

Berapa kali ana cuba kuatkan hati untuk solat sunat moga allah kuatkan hati....namun air mata ini masih tidak mampu berhenti...hanya allah yang tahu betapa ana amat2 menyayangi insan yang begitu banyak memberi galakan, nasihat, serta banyak menjernihkan mendung di raut wajah sepi ana....Kadang2...insan inilah yang menjadi inspirasi ana untuk terus berjuang di medan ilmu ini...Walaupun hanya bergelar adik seislam..namun keakraban yang kak jannah cuba wujudkan antara kami benar2 membutkan ana menyayanginya seperti seorang kakak sendiri....

Teringat akan senyuman yang selalu dibajet-bajetnya tu...memang sayu terasa...apalagi klau teringat waktu kami sama-sama dalam satu dorm waktu ana tingkatan 2 dan tingkatan 3...setiap kali ana sakit..dia pasti risau..ingat lagi ana keningnya yang berkerut-kerut kalau tanya ana sakit lagi ka?...tambah2 waktu ana sakit mata dulu..dia betul2 risau...dia antara insan yang suka ambil tahu pasal result org...salalu kata result org ok...walaupun org tengah nangis...ana selalu ckp:''Alaaa....kak jannah xpe la..pandai..''..dia slalu je balas ngan senyuman bajetnya tu...n then...ckp...ameenn...sayu sgt bila teringat kembali...selalu puji suara org sedap..pastu tye spe?..bila org ngaku...x nk pecaye...(hanya allah yang tahu..dia insan yang sering menceriakan hati ini saat jiwa menduka...) Ingat lagi...kitaorang slalu duduk dekat meja jepun hexagon yang dia bawa...study...sembang2...pasal masalah..kak jannah memang seorang yang peka terhadap masalah ummah...selalu study lewat malam...Paling x dpt lupa....kak jannah seorang yang sgt tegas dlm menjalankan amanah..tahun tu..dia jadi ketua paras...sangat amanah dengan tanggunjawab yang diberikan...paras 4 tahun tu jadi paras yang sgt bersih...masih tergiang-ngiang lagi suaranya setiap pagi mengingatkan kami akan tugasan....

waktu ana tingkatan 3 pula....kami katil atas bawah...waktu ni..lagi rapat..dia slalu tidur kat tepi ana..gurau2...bg nasihat...slalu studi ngan dia kat bilik locker belakang..kak jannah memang suka study lewat malam...selalu bg sokongan untuk ana dlm bg perkara...ketegasan dia itulah membuatkan ana sangat sayang padanya...dia slalu suruh doakan setiap kali pereksa...waktu nak lawan public speaking...sedih sgt bila teringat...tahun tu dia jadi bendahari dorm...sikap amanah dan tegas itu masih menghiasi dirinya...dia banyak suruh ana tepis cinta manusia...sebab sepanjang ana kenal dia..dia mmg serius dengan laki2..tegas....kdg2 ana rse macam...kak jannah ni..x de perasaan kat laki ke...??...mgkin allah nk jaga hati dye...moga allah sayang insan yang ana sayang ni...Dalam dorm...suka sakat ana bila ana study ngan quratu ain dulu....suka komen baju org...tapi..dia tetap insan yang ana sayang....Dia yang suruh ana pindah duduk bawah katil dia....waktu tengah tahun...dia yang tolong kemaskan buku2 bawah katil tu....sebab sepah sgt...sebab waktu tu..ana susah sgt bangun awal..dia risau sgt...then sbb tu la...suruh ana dok situ...dye kte..sng nk kjut....

Lepas keluar mat3....kami still contack melalu ym...friendster...dia selalu hantar words yang org x phm..menyakat....selalu dlm bahasa jepun..kak jannah mmg mnt dengan jepun....dulu...dia slalu ckp lps spm nak amik corse engineering kat jepun..bila ana kata nk amik medik dekat ireland...dia mesti..sakat2..katanya...jepun lagi best..kononnya x mint medik...last2..dia yang dpt medik dekat ireland.....ana lg la smgt bila tw kak jannah akan ke ireland....tp allah lebih menyayanginya....allah tahu tempat mana yang lebih baik untuknya...masa ana dapat 9A dulu...dia happy sgt...ckp tahniah...pastu dye ckp..:''hurm..adik da dpt staight A...doakan kakaknya pula ya....''Buku novel english yang kak jannah bg..ada lg dlm rak...x habis lagi baca....sayu bila tengok balik....Bnyk kali da janji nk jmpa...tp allah x izin..last sekali jumpa pun..waktu hari pendaftaran hari tu..tu pun..kak jannah x pakai speck..teringin nk tengok speck kak jannah yang baru....setiap kali jumpa....ana mesti kata..:''kak jannah nih sombong la..''..kak jannah selalu menta maaf...walaupun....bukannya salah kak jannah....kak jannah selalu suruh faham kenapa dia sibuk....faham kenapa dia lagi rai kawan2...katanya..:''kalau 'bila' da keluar mat3 nanti...'bila' akan faham cne perasaan kak jannah...papepon..maaf ye...''.....xpe la kak jannah..mungkin..allah x izin kita jumpa lagi didunia...insyaallah..kita akan jumpa di akhirat...ameen...yang inilah yang lebih diharapkan..

Lagi sdih saat nih.....bila ana bkk ym.....icon smiley untuk janas invisible....sayu sgt...rindu sgt2 nk chatting ngan kak jannah...setiap kali cuti...mesti insan inilah yg ana x lepas dari berchatting....cuti ini pun sebenarnya...ana benar2 ternanti untuk chatting ngan dye lagi....ingat nk marah sbb x bagitu nk pegi LL4G...tapi...allah tahu apa yg lebih baik untuk dia...rindu sgt2....klu waktu dalam pukul 2, 3 ni...selalunya..dia je yg selalu on9....tp...kni insan itu sudah tidak ada untuk menemai......berborak2..gurau...nasihat dia mmg amat bermakna buat ana..suke sgt bg smgt kat ana...ya allah...ana redha dengan pemergiannya...

Malam itu...memang ana menangis tanpa henti2...namun setelah dinasihati seorang sahabat, ana tegarkan juga jiwa ini untuk redha degan ketentuan illahi...kata amanina:''Kalau terus-menerus menangis, x kan mampu membawa kak jannah ke sini, x mampu buatkan kak jannah bahagia di sana dan x kan mampu memberikan apa2 kesan buatnya...tapi...dengan bacaan al-quran yang kita hadiahkan buatnya...insyallah..arwah akan bahagia di sana...banyakkan baca al-quran...sedih tengok org ramai duk sedih sana-sini...cerita sana-sini...tapi untuk apa...bacalah quran ya.... .doa moga allah ampunkan dosa kak jannah dan allah pilih kak jannah sebagai golongan yang allah sayang..allah redha...''

Ana ada telefon ummi..bagitau dengan esakan lagi..kerana sungguh berat rasanya menerima ujian ini...kata ummi:''Akak, kak jannahkan selalu suruh akak belajar elok2...rajin2..buat untuk islam...kan kata nak sama2 kak jannah pegi ireland...mungkin allah x izin...mungkin allah nk akak usaha sungguh untuk gantikan kak jannah kat sana...yang pergi..tetap da pergi..kita yang masih hidup ini...teruskan berbakti...Allah Bagi sekejap sangat masa untuk kak jannah..tapi..insyaallah ummi yakin dia benar2 memanfaatkannya untuk islam dengan baik..kita?..x tentu lagi bila akak...so..kita sama2 guna masa yang ada untuk terus berjuang untuk islam selagi masa ada..'' Begitulah kata ummi ...ummi ada tanya...: xnak ziarah kak jannah ka?..

Jadi esoknya....ana memang da tekad nak ziarah kak jannah...alhadullillah ada sahibah yang nk ikut sama... aisyah sakinah,zahidah dan muizzah...mmg allah uji kami mcm2 sgt untuk kesana...smpai kami bnr2 rse da putus asa...tp allah itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...kami sampai juga ke sana...setelah 4 teksi kami naiki...tambang hampir RM 180..taksi habis minyak d tengah highway....

Allah MAHA MENGETAHUI......kami sampai jugak walaupun x sempat untuk menatap wajah kak jannah buat kali terakhir...Allah benar2 mengetahui apa yang terbaek buat hambanya.......kami sampai sewaktu jenazah sudah dikebumikan....sayu benar hati ini melihat kubur insan yang amat disayangi....dlm hati ini...mmg benar2 trkesan dengan pemergiannya....kwn2 kak jannah dari kolej bergilir2 menyirami kubur....ana hanya memandang dengan sayu...allah izin...di situ ana jumpa dengan ummi dan adik bongsuku....kami melangkah pergi bila mendengar azan asar...sewaktu di tepi masjid...ana sekali lagi benar2 menangis...ana yakin..saat ini...kak jannah sedang di soal di dlm kubur...:''moga allah mudahkan kakakku melaluinya dengan tenang...''...adik kak jannah., maryam datang kpd kami...bersalaman dengan senyuman..ana mmg kagum melihat ketabahn kelurga itu...kata maryam:''xpe..dia da pergi..." sambil tersenyum...nampak sungguh dia benar2 redha dengan pengambilan oleh allah itu..

ana masih sayu...masih berdiri di tepi masjid memandang kubur insan itu...ana mendukung adik bongsu ana mendekati kubur....sambil tangisku di tahan tahan...ana berkata kepada adikku..:adik..suma org akan mati...suma org akan masuk kubur...dlm tanah tu...tp..sapa allah sayang dik..allah hantar pegi syurga Dia....sape yg dia benci..Dia hantar pegi neraka...adik xnk Neraka kan..nk syurga kan..adik jd soleh2 tw...mcm kak dlm kubur tu...."air mata ana x dpt dibendung lagi..segera ana tinggalkan kawasan itu...

ana duduk di atas tangga di tepi masjid dengan aisyah...banyak benda dikongsi dan kami banyak bermusabah diri....betapa mudahnya allah mengambil nyawa seseorg.....sungguh x dpt dinafikan..allah maha hebat lagi maha mengetahui.....

Di rumah kak jannah..kawan2 kak jannah dari kolej ceritakan apa yang berlaku sebenar.........

kak jannah dn kawan2 baru habis dari program khidmat masyarakat di langkawi..habis program...saja2..nk naik go kart...smpi kat situ..da pukul6..suma 12 orang..so..dia suruh buat 2 group...kak jannah group kedua dan org last sekali...diorang just bagi topi keledar dan suruh masukkan tudung dlm baju...so...kak jannah memang bawa pelan...mgkn sbb first time...tp.....allah dah mmg tulis di luh mahmuf yang....kak jannah akan diambil juga pada hari tu...allah izin..tudung kak jannah tertarik kedalah tayar..kawan2 x perasan sgt....cuma dgr kak jannah cam mnjert....cam panik....minta tolong...waktu tudung terlekat..kak jannah still drive..smpi terlanggar sesuatu...then..kawan2 tengok...tudung da tercabut....mulut da pucat..kak jannah cam urut2 dada....tercungap-cungap....kawan2 peluk..cuba tenangkan..ingatkan terlalu takut sebab first time...ana mata da keatas....baru perasan..ada darah kat leher....terus cari hospital..singgah klinik...doktor xda..mnta tlg org tempatan..rushing ke hospital....then...doktor kata..dia da XDE.....doktor kata...dye da mninggal waktu dalam go-kart lagi....sbb salur pernafasan da terputus......cuma...yang tercungap-cungap tu sbb jantung dan nadi masih berfungsi....kwn kak jannah ada juga buat 'cpr' dalam kereta..tp..itulah kan...klu allah kata jadi...maka..jadilah....kata kawan kak jannah lagi.....mmg da rmai pompuan pakai tudung labuh kemalangan waktu naik go-kart...perempuan arab....paling teruk..koma...kiranya...allah izin..kes kak jannah ni yang pertama sekali allah ambil dengan cara tu...allah tahu apa yang terbaik buat hambanya...sempat juga ana sembang dengan kak wardah sebentar tadi...dia ckp:''waktu kak wardah nk cium jenazah..kak wardah adas mpaikan salam sahibah yg x boleh datang.....mata dia macam nk bukak....gerak2,,,..mulut cam nk senyum....''...indahnya mendengar....ana akan sentiasa doakan kak jannah bahagia.....marayam pun kata...:''kak jannah senyum...."..moga kak jannah benar2 tersenyum di sana.....

Buat kakakku yang amat3 teramat2 disayangi....
'bila' akan terus doakan kak jannah...moga allah tempatkan kak jannah bersama golongan yang bakal menaungi syurganya...moga allah temukan kita di sana kak jannah.....'bila' teringin sangat nk masuk syurga sama-sama dengan kak jannah....'bila sayanggggg sgt kak jannah...dan moga allah juga sayagggg kat jannah......'bila' akan selalu ingat pesan kak jannah untuk 'bila'...kak jannah suruh 'bila' belajar rajin2...hormat cikgu.....paling penting...redha cikgu..berkat tu..tu pesanan kak jannah yang terakhir buat 'bila'...'bila' pasti igat sampai bila2.....dulu..'bila' selalu suruh kak jannah doakan....tapi sekarang da x boleh...tapi...'bila' yakin....kalau 'bila' sbr untuk bertemu kak jannah...allah akan bersama dengan 'bila'.....kak jannah...kita jumpa sama2 kat syurga ya...'bila' akan teruskan perjuangan kak jannah....insyaallah..moga allah bantu....

Ya allah.....kuatkan hambamu yang lemah ini untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang ini....mudahlah perjalananku ini...moga kak jannah sedang tersenyum di sana....ameen...

Wahai pemudi-pemudi Islam yg ana harapkan bersama-sama dengan perjuangan, perjalanan, matlamat ana ini....

Sedarlah!!

Dengan pemergian kak jannah ini...sebenarnya....adalah satu peringatan buat kta...bahawa hidup ini benar2 terlalu singkat.....ambillah pengajaran dari apa yg dapat disaksikan...

Mari sahibah2...kita persiapkan diri sebaik-baiknya untuk mghadapi kematian....aisyah ada ckp semalam..:''ana x tw..spa pulak yg allah nk ambil mula2 sekali dalam form kita..?? Mgkinkah org yg tengah berckp ini....'' Moga allah beri kesedaran buat stiap hati yg berfikir...

Kematian terlalu rapat dengan kita...kerana...dunia ini sekejap sahaja....Uztazah Khairol penah pesan kat ana..: ''Izzati....izzati sabar sekejap..saj...kat dunia nih....insyaallah..allah bg semua yg izati nk kat dunia ni...sekejap saja....''...Sedarlah sahibah2 sayang...dunia ini terlalu singkat buat khalifahnya.....Ustazah ada jga ckp kat adik2 sahabat hari tu...;''Kalau antum sabar dengan perempuan kat dunia...allah bg perempuan suci kat syurga nanti...'' sama ja untuk kita...apa yg kita tahan keinginan kta di dunia..allah akan ganti balik di akhirat....x mahukah kita....????? Sama2 kita muhasabah diri kita yg amat kerdil di depan pemilik nyawa kita....

Andai masih ada yg tidak lagi tersedar dengan amaran dan teguran yg allah baru hantar untuk kita ini....kembalilah kepada tuhanMU......dengan hati dan jiwa yg menginginkan keampunan.....

Moga allah sayang kita ya sahibah2 sayang.....Semoga kita dapat menyusuli pemergian kak jannah dengan jiwa mutmainnah.....Ingatlah..semua kta akan menghadapi kematian....cuma caranya yg x sama...Maka, sahibah2...mari sama2 kita mengatur kematian kita dari sekrg agar kta berjaga memperolehi 'husnul khatimah'....mga allah mudahkan untuk kita.....

Exam SPM yg smkin dekat ini...jgn jadikan sbg destinasi utama yg ingin di tujui kerana...kta ada negeri abadi di sana untuk dijejaki.....Jadikan SPM ini hanya sekadar wasilah untuk beroleh 'JANNAHNya...'

Sahabat2....doakan ana perolehi syaheed..kerana syaheed adalah cita2 terbesar untuk kita....Doa ana sentiasa bersama kalian...

Moga kita teguh di jalan dakwah dan tarbiyah ini sambil mengatur setiap langkah untuk menuju......pertemuan dengan 'sang pemilik nyawa'......mga allah beri kematian yg terbaik buat kta semua..ameen...

Selasa, 16 Mac 2010

Kata-Kata Hikmah

Kau agungkan kepintaran mereka
Yang tenggelam dalam benak serakah
Kau tak sedar.......
Runtuh agamamu adalah sorakkan bagi mereka
Bagai lalang tunduk mengikut paluan angin
Turut engkau racuni jiwa masyarakatmu
Mereka tertawa melihat kamu
Memasang duri didalam diri
Ilmu kau jadikan seteru
Amalan kau jadikan tarian
Pulanglah ke pangkal jalan
Tanamkan Keimanan
Kembalilah kepada Al-Quran
Perang halus pasti ditempuh
Kenali helah musuh
Mereka pasti jatuh....
Mereka pasti jatuh....
Maksud hadis, "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan
bagi muslim lelaki dan wanita."

Untuk ke depan, elok sesekali kita imbas ke
belakang. Lihat pada apa yang telah kita tinggalkan.
Kita tidak akan menempuhnya lagi. Kita kini
bergerak ke depan, untuk menyahut seruan
kejayaan.

Gelombang kehidupan itu kadang-kala kecil,
kadang-kala besar. Kita akan ditimang gelombang
pada sepanjang kehidupan kita. Oleh itu, janganlah
kita takut dan bimbang kerana kita akan timbul
selagi kita berpegang kepada agama Allah.

Dalam menggarap kejayaan, kita seharusnya tidak
cepat berputus asa. Bayi yang baru belajar berjalan
biasanya kerap terjatuh. Tetapi ia akan berusaha
untuk bangun dan berjalan kembali. Orang dewasa
yang ingin memajukan dirinya perlu mempunyai jiwa
seorang bayi. Jangan sesekali berputus asa dalam
mengejar impian.

Mungkin kita tidak ingat betapa gembiranya ibu bapa
kita atas kejayaan-kejayaan kita yang lampau.
Lantaran itu, kembalikanlah semangat yang
berkobar-kobar itu kerana kita tentu tidak sanggup
menyerahkan kegagalan kita terhadap ibu bapa kita
yang telah banyak berkorban buat kita.

Sesungguhnya, kesempurnaan manusia ada tiga
perkara, ilmu pengetahuan, pengalaman dan
pemerhatian iaitu belajar pada alam.
Dari sehari ke sehari, kita melangkah dengan
semakin gah memijak bumi. Dari sehari ke sehari
jualah kedua-dua ibu bapa kita semakin meningkat
usia dan terlalu banyak pengorbanan yang telah
dilakukan oleh mereka yang pastinya tidak terbalas
oleh kita. Hargailah kehadiran mereka di sekeliling
kita sementara mereka masih ada kerana masa itu
tidak pernah menanti kita.

Nasihat Lukmanul Hakim terhadap anaknya, "Wahai
anakku, bergaullah dengan golongan berilmu dan
rapatkanlah kedua lututmu, kerana sesungguhnya
Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya
hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan tanah
yang mati dengan hujan lebat. "

Isnin, 15 Mac 2010

gunung(keajaiban Al-Quran)

---------------------------------
Sumber "The Miracles of The Quran" Karya Harun Yahya



Al Qur’an mengarahkan perhatian kita pada fungsi geologis penting dari gunung.

"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..." (Al Qur'an, 21:31)

Sebagaimana terlihat, dinyatakan dalam ayat tersebut bahawa gunung-gunung berfungsi mencegah goncangan di permukaan bumi.

Kenyataan ini tidaklah diketahui oleh siapapun di masa ketika Al Qur’an diturunkan. Nyatanya, hal ini baru saja terungkap sebagai hasil penemuan geologi modern.

Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk perpanjangan yang dalam ke bawah. Ini berarti gunung mempunyai bagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi.

Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut:

Pada bagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pegunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305)


Dalam sebuah ayat, peran gunung seperti ini diungkapkan melalui sebuah perumpamaan sebagai "pasak":

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78:6-7)

Dengan kata lain, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan lempengan-lempengan ini. Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari terombang-ambing di atas lapisan magma atau di antara lempengan-lempengannya. Singkatnya, kita dapat menyamakan gunung dengan paku yang menjadikan lembaran-lembaran kayu tetap menyatu.

Fungsi pemancangan dari gunung dijelaskan dalam tulisan ilmiah dengan istilah "isostasi". Isostasi bermakna sebagai berikut:

Isostasi: kesetimbangan dalam kerak bumi yang terjaga oleh aliran materi bebatuan di bawah permukaan akibat tekanan gravitasi. (Webster's New Twentieth Century Dictionary, 2. edition "Isostasy", New York, s. 975)

Peran penting gunung yang ditemukan oleh ilmu geologi modern dan penelitian gempa, telah dinyatakan dalam Al Qur’an berabad-abad lampau sebagai suatu bukti Hikmah Maha Agung dalam ciptaan Allah.

"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..." (Al Qur'an, 21:31)

---------------------------------
Sumber "The Miracles of The Quran" Karya Harun Yahya

keajaiban geologi

sumber dari Halaqah.Net

The Wave (terletak diantara Arizona dan Utah, AS)

Pemandangan bebatuan lereng merah yang memukau di perbatasan Arizona dan Utah. The Wave berasal dari bukit pasir berusia 190 juta tahun yang telah berubah menjadi batu. Formasi yang jarang dikenal ini hanya dapat dicapai dengan berjalan kaki melalui perjalanan sejauh 3 batu dan tanpa hambatan.


The Wave (ombak), fenomena geologis yang mempesona.



Gua Kristal Raksasa (Mexico)

Ditemukan jauh di dalam sebuah tambang di selatan Chihuahua Mexico, kristal-kristal ini terbentuk di sebuah gua yang seluruhnya tertutup karang batu. Sebuah geodesi penuh dengan kristal yang mengagumkan setinggi pohon cemara, dan pada beberapa tempat sekelilingnya kristal tersebut ada yang berwarna sebening emas dan perak dengan berbagai rupa dan bentuk yang luar biasa. Gua kristal raksasa ini ditemukan di antara badan batu kapur, daerah yang sama ditemukannya biji perak dan timah yang dieksploitasi oleh tambang dan kemungkinan dihasilkan dari pelarutan zat cair panas yang sama yang menyimpan logam dengan gips yang telah dikristalisasi selama tahap penyusutan dalam proses mineralisasi.


Gua kristal raksasa, Mexico.



Lembah Antelope (Arizona, AS)

Merupakan jurang di Barat daya Amerika yang paling sering dikunjungi dan diabadikan gambarnya. Lembah Antelope ini bertempat di daratan Navojo dekat Page, Arizona. Ia meliputi 2 bagian lembah terpisah yang indah, masing-masing di sebut sebagai Jurang Antelope bagian atas – atau “The Crack” – dan Jurang Antelope bagian bawah–atau “The Corkscrew”.

Nama Navojo untuk Jurang Antelope adalah Tse’ bighanilini, yang berarti “tempat di mana air mengalir melewati batu”. Jurang Antelope bagian bawah adalah Hasdestwazi, atau “Monumen Batu Spiral”. Keduanya berlokasi di antara LeChee Chapter di Negara Navojo.


Lembah Antelope di Arizona, AS.



Mata Sahara (Mauritania)

Daratan luas spektakuler di Mauritania, bagian barat-selatan gurun Sahara adalah sangat besar dengan diameter 30 mil yang dapat dilihat dari luar angkasa. Disebut struktur Richat – atau mata sahara – pada awalnya pembentukan ini diperkirakan disebabkan oleh tubrukan batu meteor, namun sekarang ahli geologi percaya itu adalah hasil dari peninggian tanah dan erosi. Penyebab dari bentuknya yang melingkar masih merupakan misteri.


Kiri: Gua danau biru di brazil. Kanan: Foto dari atas dislah satu area di Sahara yang mirip mata.



Gua Danau Biru (Brazil)

Wilayah Mato Grosso do Sul di Brazil (dan khususnya kota sunyi Bonito) membanggakan dengan banyak danau bawah tanah yang mengagumkan: Gruta do Lago Azul, Gruta do Mimoso, Aquario Natural. Yang terkenal di dunia “Gruta do Lago Azul” ( Gua Danau Biru ) adalah sebuah gua alam yang bagian dalamnya terbentuk dari stalaktit, stalakmit, dan terdapat sebuah danau biru yang besar dan mengagumkan. Keindahan dari danau ini benar-benar sesuatu yang mengesankan. Gua Danau Biru mempunyai keanekaragaman bentuk geologi yang besar tetapi yang paling utama berkesan adalah air berwarna biru tua yang berada di dalam danau.

Jalan Lintas Raksasa (Irlandia)

Sebuah daerah yang terdiri atas 40,000 batu vulkanis yang saling berhimpitan, Jalan Lintasan Raksasa adalah hasil dari ledakan lava vulkanik purba. Bertempat di timur-utara tepi laut Irlandia Utara, sebagian besar pilarnya berbentuk segienam, meskipun ada beberapa yang memiliki 4, 5, 7, dan 8 sisi. Yang tertinggi berukuran 12 meter, dan lava yang telah mengeras di tebing bukit setebal 28 meter. Dalam sebuah jajak pendapat 2005 oleh pembaca Radio Times, Jalan Lintasan ini dijuluki sebagai keajaiban alam terhebat keempat di Inggris Raya.



Kiri: Jalan lintas raksasa di Irlandia. Kanan: Lubang Biru Besar di Belize, Amerika Selatan


Lubang Biru Besar (Belize)

Bagian dari sistem batu menara api, Lubang Biru besar terletak kira-kira 60 mil dari daratan diluar Belize, Amerika Selatan. Lingkaran lubang besar yang hampir sempurna mempunyai jarak lintas kira-kira seperempat dari 1 mil (0.4 km), ia merupakan salah satu tempat terjun paling menakjubkan yang ditemukan di Bumi. Di dalam lubang ini, terdapat air berjarak 480 kaki (145 m) dan kedalaman air memberikan struktur berwarna biru tua yang menyebabkan dunia menyebutnya sebagai “Lubang Biru”.

Batu Ombak (Australia)

Batu Ombak adalah sebuah formasi batu alami yang berlokasi di Australia Barat. Nama tersebut diperoleh dari kenyataan bahwa ia berbentuk menyerupai ombak laut yang tinggi. Seluruh bagian permukaan menutupi beberapa hektar, bagian “ombak” dari batu itu sekitar 15 meter tingginya dan kira-kira 110 meter panjangnya. Satu aspek dari Batu Ombak yang jarang terlihat dalam foto adalah dinding penahan sekitar se-tengah ke atas dari batu. Susunannya mengikuti garis batas dan memperbolehkan air hujan ditampung di sebuah bendungan. Ia dibangun pada 1951 oleh Departemen Pekerjaan Umum, dan dinding seperti ini banyak dijumpai di banyak batu yang sama di daerah gandum.



Kiri: Batu Ombak di Australia. Kanan: Bukit Coklat di Filipina.



Bukit Cokelat (Filipina)

Terdiri dari sekitar 1,268 bukit berbentuk kerucut sempurna dengan ukuran hampir sama yang tersebar di area seluas lebih dari 50 km2. Merupakan formasi geologi yang sangat tak biasa, dinamakan Bukit Cokelat, berlokasi di Bohol, Filipina. Ada beberapa hipotesa yang berhubungan dengan formasi bukit. Meliputi kerusakan batu kapur yang sederhana, sub-lautan vulkanik, dorongan dari dasar laut dan teori yang baru-baru ini yang mempertahankan prinsip bahwa sebagai gunung berapi aktif penghancur-diri, ia memuntahkan balok batu besar yang kemudian muntahan ini terlapisi dengan batu kapur dan belakangan didorong maju dari dasar laut.

Ahad, 14 Mac 2010

Allah sentiasa berikan yang terbaik..

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memberi kita nikmat yang tak ternilai harganya.
Pelbagai nikmat yang diberikan kepada kita tanpa menyuruh kita membayar dengan harga tertentu..Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sebagai hamba-Nya,kita perlulah rasa bersyukur dengan semua ini.Apa yang berlaku adalah yang terbaik dari Allah..
Bercakap mengenai "terbaik dari Allah"..ana wakil dari moderater blog form 5 ni..nak kongsi sedikit motivasi yang disampaikan oleh akhi Hilal Asyraf..
Baru-baru ni keputusan SPM 2009 keluar,jadi pelbagai reaksi atau raut wajah yang kita lihat,adakah mereka terima dengan hati yang redha,itu adalah keputusan yang Allah berikan adalah yang terbaik bagi mereka..





Apa pun keputusan Allah, ia adalah yang terbaik. Tinggal kita  sahaja yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.

Apa pun keputusan Allah, ia adalah yang terbaik. Tinggal kita sahaja yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.




Jordan ketika saya sedang menulis ini, baru pukul 6.45 pagi. Tetapi saya tahu bahawa Malaysia sekarang sudah menjejak sekitar pukul 1 petang. Pastinya, acara kemuncak pada 11 Mac 2010 yang mempunyai 1001 rasa telah berlalu.


Bagaimana keputusan SPM dan STAM anda?


Ya. Pelbagai orang, pastinya pelbagai gaya keputusan.


Tahukah anda, walau apa pun keputusan yang anda dapat, sesungguhnya itulah yang terbaik? Ini bukan sekadar menyentuh SPM/STAM/PMR dan lain-lain peperiksaan. Ini juga menyentuh keputusan-keputusan yang kita perolehi dalam mana-mana stesen kehidupan kita yang lain.


Hal ini kerana, Allah SWT tidak pernah memberikan yang tidak baik pada hamba-hamba- Nya.


Cuma pokoknya, apakah kita mampu menerima keputusan Allah dalam keadaan terbaik, yakni dalam keadaan redha pada-Nya?


Itu persoalannya.


Sikap orang beriman terhadap keputusan Allah SWT.


Orang Islam itu tidak ajaib. Tetapi, orang beriman diiktiraf sebagai menakjubkan. Kenapakah orang beriman mencapai tahap yang menakjubkan?


Hal ini kerana mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.


Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiad ayang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.


Ya. Itu dia orang beriman. Segala keputusan Allah adalah baik. Anugerah kecemerlangan dan kegemilangan hidup tidak menjadikannya riya’, takabbur, ujub sehingga menyeretnya ke neraka. Timpaan musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyeretnya ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur.


Kenapa Rasulullah SAW menyebut ‘orang beriman’, tetapi bukan orang yang memeluk Islam?


Hal ini kerana, hanya yang ber’iman’ sahaja mampu menghubungkan jiwanya dengan Allah SWT, untuk redha dengan segala keputusan-Nya. Tunduk taat pada ketentuan-Nya. Hal ini kerana, hanya orang beriman sahaja yang percaya 100% tanpa ragu kepada Allah SWT.


Keburukan itu, hasil daripada tangan sendiri


Musibah-musibah yang menimpa kita dalam kehidupan, biasanya adalah daripada tangan kita sendiri. Tidak semestinya secara terus ia berkait.


Sebagai contoh, seorang pelajar gagal dalam peperiksaan. Tidak semestinya kerana dia tidak rajin studi. Tetapi kegagalannya di dalam peperiksaan, adalah teguran Allah SWT atas sikapnya yang angkuh, atas hubungan dengan ibu bapanya yang buruk, atas pembazirannya, atas kelupaannya dalam melaksanakan perintah-perintah fardhu da 1001 sebab lain.


Allah SWT tidak akan memberikan keburukan, melainkan kita sendiri yang menjemput keburukan itu. Lihatlah betapa pengasihnya Allah SWT menghantar rasul-rasul pada ummat yang tidak mengetahui. Allah tidak akan mengazab sesuatu kaum melainkan telah disampaikan rasul kepada mereka.


“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).” Surah Al-Israa’ ayat 15.


Tetapi, manusia memilih untuk ingkar. Sebab itu Allah menurunkan musibah kepada mereka.


Akhirnya benarlah firman Allah SWT:


“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syu’ara ayat 30.




Ini juga satu ujian


Bila Allah SWT menunjukkan keputusan-Nya pada kita atas sesuatu perkara, kita perlu ingat, bahawa bagaimana pun keputusan itu, semuanya adalah untuk menguji kita.


Cemerlang atau gagal, berjaya atau tewas, menang atau kalah, kedua-dua sisi keputusan itu mempunyai ujiannya yang tersendiri.


Cemerlang diuji hebat dengan ujub, riya’, takabbur, dan lupa diri.


Gagal diuji hebat dengan putus asa, kecewa, sangka dan buruk pada Allah SWT.


Maka, hakikatnya, kita perlu berhati-hati dengan keadaan ini. Baik kita cemerlang, mahupun kita di posisi gagal. Baik kita dikurniakan kejayaan, mahupun kita di posisi ditimpa musibah.


Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya:


“Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditingalkan dengan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji(keimanan mereka itu)?” Surah Al-Ankabut ayat 2.


Adakah check semula markah itu tanda tidak sangka baik dengan Allah?


Ini soalan yang menyeronokkan, dan hangat pada setiap pengambil keputusan peperiksaan.


Tidak salah. Hal ini kerana, check semula keputusan itu bukannya kita sangka buruk dengan Allah SWT yang memberikan kita keputusan yang kurang baik. Bahkan, check semula keputusan itu adalah satu USAHA untuk kita mencapai kecemerlangan.


Selepas check, dan telah kita dapat keputusan yang sebenarnya, ketika itu kalau tidak redha juga, maka barulah termask dari kalangan yang tidak bersyukur, dan tidak bersangka baik dengan Allah SWT.


Maka, jika anda rasa anda layak mendapat kecemerlangan pada keputusan peperiksaan anda, tetapi keputusan menunjukkan anda gagal, tiada salahnya anda pergi memeriksa.


Anggaplah, keputusan gagal yang mungkin silap itu, sebagai pengajaran besar oleh Allah SWT kepada anda.


Dan bila anda disahkan berjaya, jangan lupa bersyukur kepada-Nya.


Dan bila anda disahkan tetap gagal, jangan lupa juga muhasabah kembali diri anda.


Tiadalah pemberian Allah itu yang tidak baik.


Tetapi kitalah yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.


Penutup: Allah sentiasa memberikan yang terbaik.


Dunia ini merupakan kembar dengan ujian. Baik buruk di dalam dunia ini adalah ujian. Mendapat kebaikan itu juga ujian, mendapat keburukan juga adalah ujian.


Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik. Cuma kita yang gagal menilainya.


Bila Allah berikan kita kejayaan, itu kebaikan dari segi balasan usaha kita. Bila Allah berikan kita kegagalan, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.


Yang menjadikan pemberian Allah itu buruk adalah kita.


Bila Allah berikan kita kejayaan, kita riya’, takabbur, ujub, angkuh dan melupakan-Nya. Bila Allah berikan kita kegagalan, kita kecewa, sakit hati, putus asa dan mengeji-Nya.


Segala yang baik itu memang daripada Allah SWT. Kita sahaja yang memburukkan diri kita.


Maka marilah kita sama-sama, mendidik diri untuk redha dengan keputusan yang Allah SWT berikan.


Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik.


Tetapi kitalah yang kita perlu belajar bagaimana hendak menerima keputusan Allah dengan baik.

Sabtu, 13 Februari 2010



Di cni...ana ada sesuatu untuk diluahkan buat semua sahibah ana tersayang...
mga rahmat dan kasih sayang allah sentiasa mengalir dalam sanubari kalian....

Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah..

Semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah RasulNya dan dapat mengubati segala penyakit-penyakit hati. Said Ramadhan pernah menyebut dalam bukunya “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah..

Sahabatku Harapanku..

Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan kepada hanya segelintir manusia sahaja. Semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah pilih kita.. Segala puji bagi Allah!

Sahabatku Sayangku..

Putera dan puteri islam ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam tetapi orang lain menggunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Di mana saja kita akan bertemu dengan putera dan puteri islam tetapi bagaimana keadan mereka? Sebahagian besar mereka hari ini telah dirosakkan pemikiran mereka, dilemahkan jiwa mereka dengan dipenuhi nafsu syahwah. Akhlak mereka bukan lagi akhlak muslim yang luhur tetapi akhlak yang campur aduk..

Sahabatku..

Aku sentiasa mendoakan keimananmu kerana dunia ini memerlukanmu. Nilai keimanan puteri remaja sepertimu jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk mencapai keredhaan Allah..

Jadilah “belajar” wasilah untuk mendekatkan diri pada Allah. Semoga darjatmu diangkat oleh Allah. Rantailah nafsumu dengan aturan Islam..

Sahabatku..

Semoga kita tidak banyak bergaul dengan manusia hingga membawa gangguan hati dan menjauh hubungan dengan Allah..

Perkara yang paling penting untuk menolong kita sentiasa berfikir dan berzikir ialah selalu bersama orang-orang soleh dan condong kepada mereka. Semoga Allah lindungi kita dari orang yang dilihat selalu mendekatkan diri kepada Allah, namun hatinya sebenarnya sangat jauh dari Allah..

Sahabatku..

Rasa tidak dikasihi yang kau dan aku rasakan sejak kecil hingga kini merupakan dorongan Allah supaya kita dapat hayati makna kemanusiaan, penuh kasih sayang kepada semua orang dan kasihan belas kepada orang yang menderita. Pengalaman ini juga sebagai dorongan untuk kita lebih memahami perasaan orang lain..

Ibn Jauzi ada menyatakan dalam kitabnya “Mahabatullah”; “Orang yang melihat dirinya serba kurang akan menyebabkan kedekatannya dengan Allah”..

Sahabatku..

Rasanya cukup dulu buat kali ini..

Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang mempebaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia..

p/s: Moga2 apa yg cuba disampaikan meresap ke jiwa-jiwa kalian....