Selasa, 16 Mac 2010

Kata-Kata Hikmah

Kau agungkan kepintaran mereka
Yang tenggelam dalam benak serakah
Kau tak sedar.......
Runtuh agamamu adalah sorakkan bagi mereka
Bagai lalang tunduk mengikut paluan angin
Turut engkau racuni jiwa masyarakatmu
Mereka tertawa melihat kamu
Memasang duri didalam diri
Ilmu kau jadikan seteru
Amalan kau jadikan tarian
Pulanglah ke pangkal jalan
Tanamkan Keimanan
Kembalilah kepada Al-Quran
Perang halus pasti ditempuh
Kenali helah musuh
Mereka pasti jatuh....
Mereka pasti jatuh....
Maksud hadis, "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan
bagi muslim lelaki dan wanita."

Untuk ke depan, elok sesekali kita imbas ke
belakang. Lihat pada apa yang telah kita tinggalkan.
Kita tidak akan menempuhnya lagi. Kita kini
bergerak ke depan, untuk menyahut seruan
kejayaan.

Gelombang kehidupan itu kadang-kala kecil,
kadang-kala besar. Kita akan ditimang gelombang
pada sepanjang kehidupan kita. Oleh itu, janganlah
kita takut dan bimbang kerana kita akan timbul
selagi kita berpegang kepada agama Allah.

Dalam menggarap kejayaan, kita seharusnya tidak
cepat berputus asa. Bayi yang baru belajar berjalan
biasanya kerap terjatuh. Tetapi ia akan berusaha
untuk bangun dan berjalan kembali. Orang dewasa
yang ingin memajukan dirinya perlu mempunyai jiwa
seorang bayi. Jangan sesekali berputus asa dalam
mengejar impian.

Mungkin kita tidak ingat betapa gembiranya ibu bapa
kita atas kejayaan-kejayaan kita yang lampau.
Lantaran itu, kembalikanlah semangat yang
berkobar-kobar itu kerana kita tentu tidak sanggup
menyerahkan kegagalan kita terhadap ibu bapa kita
yang telah banyak berkorban buat kita.

Sesungguhnya, kesempurnaan manusia ada tiga
perkara, ilmu pengetahuan, pengalaman dan
pemerhatian iaitu belajar pada alam.
Dari sehari ke sehari, kita melangkah dengan
semakin gah memijak bumi. Dari sehari ke sehari
jualah kedua-dua ibu bapa kita semakin meningkat
usia dan terlalu banyak pengorbanan yang telah
dilakukan oleh mereka yang pastinya tidak terbalas
oleh kita. Hargailah kehadiran mereka di sekeliling
kita sementara mereka masih ada kerana masa itu
tidak pernah menanti kita.

Nasihat Lukmanul Hakim terhadap anaknya, "Wahai
anakku, bergaullah dengan golongan berilmu dan
rapatkanlah kedua lututmu, kerana sesungguhnya
Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya
hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan tanah
yang mati dengan hujan lebat. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan