Selasa, 8 Mei 2012

MeGAH 2012

Jumaat : 11 Mei 2012

15:00 – Kehadiran semua pelajar lepasan dan check kehadiran
16:15 – bersiap untuk solat asar di musolla matri
16:30 – Solat Asar dan Al-mathurat
17:00 – bersiap untuk pertandingan - tuju kasut/bola jaring (padang aspuri)
17:30 – perlawanan bermula
18:45¬¬ - perlawan berakhir
19:00 – 19.30 – bersiap utk solat maghrib di musolla
19:30- Solat maghrib (Musolla MATRI )
20:00 – Makan malam
20:30- Solat Isyak (Musollah MATRI)
21:30- Pengenalan program / briefing ( P.I.C -
- Slot sharing moment batch 16 - ( P.I.C – pelajar khassah)
23.30 – Bersurai – pulang ke rumah tumpangan

SABTU : 12 Mei 2012

06:00- Bangun dan bersiap untuk solat subuh
06:30- Solat Subuh (Musolla MATRI)
08:30 – Sarapan di Cafe Matri
10:00 – Tayangan tarbawi (Dewan Makan aspuri)
15:30 – Bertolak ke Kangar
17:30 – Makan di RFC
19:00 – Bersiap untuk balik ke MATRI
19:30 – Solat maghrib Dan Isyak (Musollah MATRI)
21:30 –Slot bersama Murobbi (L) – Darurah Tamayyuz(pengasingan secara total)- Sir Nasser - ( Di dewan makan puteri )
23:00 – Bersurai

AHAD : 13 Mei 2012

06:00- Bersiap untuk solat subuh
06:30- Solat subuh
07:30 – Sarapan pagi
08:30- Amal jama’ie bersama adik2 (ASPURI)
10:30 – Bertolak ke rumah cikgu dan makcik halaqah yang telah ditetapkan
13:00- Balik dan bersiap untuk solat zohor ( Musolla MATRI )
13:30 – Solat zohor
14:00 – makan tengahari
15:00 – rehat / bebas
16:30- solat asar
17:00 – istijmaam
18:30 – makan malam
19:30-solat maghrib
19:45- perkongsian pelajar lepasan bersama adik-adik puteri matri
20:45- Solat isyak
21:30- Slot bersama Murobbi (P) – Ustzh khairol / cg rosmawar . cg zaiton / teacher norizan -( Di dewan makan puteri )
23:00 - Bersurai




by:M.A

Khamis, 3 Mei 2012

Kembali menyintai


                                                                   
Bicara dua orang sahabat..

“ Lina, anti paling sayang siapa dalam hidup anti?”

“ Ape nie Dhia.. mesti la Allah, pas tu, mak ayah aku, & kawan-kawan aku” , sambil mengerling ke arah sahabatnya itu.

                                                  

“ Em..tp..pakwe anti? anti tak sayang dia ka?”

“ Err..mesti la aku sayang dia Dhia..dia buah hati aku..”

“ Lina..mesti anti jaga gila buah hati anti tu kan?”

“ Haha..mesti la. Aku tak akan buat dia sakit hati dengan aku, aku akan buat dia senang bila bersama dengan aku, sebab aku sayang gila kat dia Dhia..”

“ Oo..macam tue..Lina..ana nak tanya la..antara Allah dan buah hati anti, anti cinta dan sayang lebih kat sape?”

“ Wei..apa la soalan kau nie..mesti la Allah..Dia pencipta kita..”

Dhia merenung ke wajah sahabatnya itu sambil memegang bahu Azlina.

“ Lina..ana tanya anti sekali lagi, siapa yang anti paling cinta?”

“ Allah !!!”, jawab Lina.

                                                     

“ Lin..betul ker??? susah ana nak percaya..”

“ Wei..apa nie Dhia..sahabat baik kau pun, kau xkenal ke? Kita kawan dari kecil, sekolah sama-sama..dan hinggalah sekarang..kita kan sahabat baik?”

“ Lina..law betol anti sayang dan  cintakan Allah, kenapa anti sakiti Dia?”

“errr…apa aku dah buat Dhia?”

“ Lina..kita selalu ke majlis ilmu, tazkirah..ana yakin anti tahu Lina..”

“ Aku masih tak tahu..” Wajah Lina berpeluh-peluh.

“ Cuba anti sebut apa yang Allah tak suka?”

“ Benda yang haram, buat apa yang Allah larang..bla..bla..bla..”

“ Anti couple, keluar berdating, berpegang tangan dan jalan berdua haram tak?”

                                             

Terkedu Lina buat seketika.

“ Lina..anti rasa-rasa Allah suka ke macam tue?”

Lina semakin menundukkan kepalanya.

“ Lina..kalau betul anti sayang dan cintakan Allah..anti sepatutnya buat macam anti buat kat buah hati anti..jge hati Dia, buat apa yang Dia suka dan tinggalkan apa yang Dia benci. Mana bukti anti sayangkan Allah? Padahal anti buat benda yang Dia tak suka…Inikah yang anti katakan kepada ana yang anti lebih sayang dan cintakan Allah?”

“ Dhia..aku tak sanggup kehilangan pakwe aku..”

“ oo…anti sanggup berjauhan dengan Allah..sedangkan tadi anti mengaku anti lebih sayangkan Dia???”

Lina semakin mengerutkan dahinya dan memandang sahabatnya itu.

“ Lina..fikir-fikirkanlah…apa tujuan Allah menciptakan kita. Tak lain, tak bukan adalah untuk menyembah kepada-Nya. Kalau kau nak terus bercouple dan teruskan dengan gaya hidup anti sekarang ini..anti jangan cakap kat ana yang anti cintakan Allah ! Itu namanya hipokrit.”

Tiba-tiba Lina terjatuh, tersungkur atas lantai, seolah-olah lututnya tidak berfungsi lagi. Bergegas Dhia mendapatkannya.

“ Allah..Allah..Allah..,” perkataan yang terbit dari bibir Lina.

“ Lina..ana sayangkan anti sebagai sahabat ana kerana Allah., ana nak bersama-sama dengan anti meraih redha dan cinta Allah, dan menuju syurga-Nya,”

                                               
“ Allahuakbar! Aku berdosa ! Aku berdosa ! Astaghfirullahalazim..Apa yang aku dah buat? Menyentuh lelaki yang bukan muhrim seolah-olah menyentuh babi..HARAM! Masyaallah..Dhia..Mulai saat nie, aku akan bertaubat..aku akan jadi pencinta-Nya..aku nak buktikan kepada Allah, yang aku betul-betul sayang dan cinta kepada-Nya..”

“ Alhamdulillah…bersyukur kepada-Nya yang membuka hatimu, wahai sahabatku. Kembali dengan taubat bukanlah kemunduran tetapi kemajuan, kembali dengan taubat bukanlah kelemahan tetapi kekuatan kawalan dan kembali dengan taubat bukanlah kesalahan tetapi kesedaran positif.”

“ Dhia..Allah masih mahukah untuk mengampuni dosa-dosa aku?”

“ Lina..dalam surah Asy-Syura, ayat 25-26, Allah telah berfirman :
Ertinya :
“ Dialah yang menerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampuni seluruh dosa-dosa dan mengetahui apa-apa yang kamu perbuat dan menerima ibadah orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Dan orang-orang yang kufur, bagi mereka seksa yang pedih.”

          Akhirnya, mereka berpelukan ukhwah , menitis air mata kerana ingin menggapai cinta dan redha-Nya.

**********
Pembaca yang dirahmati Allah,

          Pengajarannya di sini, belum terlambat untuk kita bertaubat. Tahukah kalian bahawa suara yang paling merdu di sisi-Nya di akhirat adalah suara orang yang bertaubat kepada Allah s.w.t. Ingatlah, setiap detik perbuatan yang kita lakukan diperhatikan-Nya, Allah Maha Melihat. Bahkan, orang yang paling bodoh adalah orang yang masih melakukan maksiat sedangkan dia tahu ada malaikat yang sentiasa mencatit setiap amalannya. Marilah kita muhasabah diri. Moga-moga kita tergolong dalam kategori orang-orang yang beriman kelak.

Wallahualam.


by.M.A

Deadline buat kita


Dialog Harian,

Encik A: iskh..sibuk betul la skrg ni, banyak betul DEADLINE nak kejar, tak kejar jadinya...


Encik B: ye la, bila la nak rileks nih...



Sibuk, kerja banyak, tak sempat siapkan tugasan...deadline, deadline, deadline...... Itulah luahan yang biasa didengar, bukan sahaja di kalangan pelajar, tapi juga di kalangan pekerja.

Sebelum lebih lanjut berbicara, suka saya mengajak sahabat-sahabat semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih berpeluang untuk hidup pada hari ini. Allah masih menyambung talian hayat kita, sedar tak sedar umur kita bertambah dengan pertambahan hari. Saban hari kita mengejar deadline yang ditetapkan di dunia ini. Siapkan tugasan sekolah, universiti, projek di tempat kerja, dan pelbagai lagi.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang deadline yang sedikit berbeza dari deadline yang biasanya kita fahami, iaitu deadline yang pasti tapi kita tidak mengetahui bila tarikhnya. Pelik bukan? Ada deadline tapi tiada tarikhnya. Sebenarnya tarikh itu diketahui, tapi hanya oleh pencipta kita, Allah. Deadline yang saya maksudkan di sini ialah KEMATIAN.





Ya, kematian yang sering menghambat kita saban hari. Namun, akibat kita tidak tahu tarikhnya, kita tidak selalu mengikuti deadline atau menunggu tarikh "menghantarnya".

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa' (4:78):
di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada Dalam benteng-benteng Yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini adalah dari (sesuatu nahas) Yang ada padamu". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?



Sahabat-sahabat sekalian,

Saya ingin bertanya kepada anda:

1) Adakah kita sering mengingati deadline yang paling akhir ini?

2) Sedarkah kita selepas deadline ini, terputus segala deadline yang lain di dunia ini?

3) Bagaimana persediaan kita menghadapi deadline yang terakhir ini?

Saya juga kadang-kala terlupa dengan deadline ini, dengan segala nikmat di dunia, kita terleka, terbawa dengan keseronokan sementara. Tetapi apabila difikirkan, bila kita mengingatinya kita akan dianjak ke hadapan. Bagaimana? Dengan "zikrul maut", iaitu mengingati mati. Jadi, apakah kepentingan mengingati mati?

1) Mengingati dapat menghidupkan hati kerana kita sering sedar kekurangan dan kelemahan diri, lantas sentiasa berusaha untuk menambah amal.

2) Orang yang paling cerdik adalah orang yang mengingati mati dan bersiap untuk menghadapinya. Niat bagi setiap amalannya sentiasa diluruskan hanya kepada Allah.

3) Melahirkan perasaan berhati-hati. Ibaratnya sebelum kita keluar rumah kita akan memastikan kita telah mengunci rumah sebagai langkah berhati-hati dan mengelakkan kecurian. Begitulah juga kita berhati-hati dalam setiap perbuatan kita.

Jika urusan dunia kita meletakkan perhatian sepenuhnya terhadap tindak tanduk kita, apa lagi urusan akhirat yang akan menentukan nasib kita akhirnya nanti. Kita hanya ada dua pilihan; syurga atau neraka. Tiada pilihan di pertengahan, tiada talian hayat.

Oleh itu, sahabat-sahabatku, kejarlah deadline di dunia ini, tapi jangan dilupakan deadline Allah yang sangat pasti. Peganglah dunia di tanganmu dan peganglah akhirat di hatimu. Bila berjauhan dari dunia, hati tidak terasa sempit kerana adanya akhirat yang lebih dekat dengan diri. Walaupun kita tidak mengetahui tarikhnya, yakinlah kematian itu sentiasa menjemput tanpa mengira persiapan kita.

Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama mengkoreksi diri dan memperbanyak taubat, dalam apa jua keadaan. Jadilah seperti orang yang bertaqwa yang dinyatakan dalam firmanNYA.

firman-Nya (Surah Qaf (50:33):

"(Iaitu) orang Yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) Dengan hati Yang tunduk taat".

Sebelum berakhir, saya ingin berkongsi doa yang dinamakan sebagai penghulu istighfar. Mengambil isi dari buku doa, zikir dan munajat; sekiranya seseorang itu mengucapkan istighfar ini dengan yakin pada setiap pagi, lalu jika dia meninggal dunia, nescaya dia akan masuk syurga dan sekiranya dia mengucapkan dengan yakin pada setiap petang, nescaya dia akan masuk syurga (Riwayat An-Nasa'i).

Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya sebagai taubat kita dalam setiap amalan yang telah kita lakukan. Jika perbuatan kita buruk moga Allah ampunkan kita, jika amalannya baik, moga Allah ikhlaskan niat kita dalam mengamalkannya.

Bersiap sedialah sahabatku..apabila Izrael datang memanggil, tiada apa yang dapat menghalang...


by:M.A

Jumaat, 30 Mac 2012

Kerana apa aku di uji?

Bismillah.

Assalamualaikum sidang pembaca, sahabat-sahabat semua. Sudah lama laman sesawang ini bersawang dan bertambah-tambah juga sawangnya setelah 2 bulan tiada nukilan hati dari warga permata16. Almaklumlah kesemuanya sedang sibuk mengharungi alam kampus yang masih terasa asing.

Kesempatan yang saya ada hanya untuk beberapa minit ini untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa amat berguna apabila ingin memujuk diri dan hati yang sedang di uji.

Allah swt bertitah dalam warkah cintaNYA surah Al Ankabut ayat 2-3:
"Apakah manusia megira bahwa merekan akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yg dusta."

Sahabat sekalian, sidang pembaca... Ada dua sebab utama kenapa kita diuji. Ujian yang datang itu mungkin kerana salah 1 sebab atau kedua-dua sebab ini.

  1. Allah ingin mengingatkan kita, siapa Dia. Dimana Dia di hati kita?
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

2. Allah ingin meningkatkan kekurangan kita, memperbaiki kelemahan kita.
Kalau sesuatu itu tidak susah, tidak payah... Apakah ia dinamakan ujian?

Sahabat sekalian, sidang pembaca. Bersabarlah melalui ujian-ujian Allah yang dihadapi hari demi hari, waktu demi saban waktu. Walaupun ujian itu datang dengan banyaknya pada satu masa, ataupun berterusan datang tidak henti, bersabarlah. Ingat "Innallaha ma'a as-sobirin"

"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan ksesenangan maka di bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." (Hadith Riwayat Muslim)

Sabtu, 21 Januari 2012

Syariat Allah dan Hukum Alam


Bismillah.

Ada satu cerita yang ingin saya sampaikan. Anda diminta menjawab persoalan yang diajukan didalam cerita ini.
Alkisahnya di sebuah kampung ada 2 orang petani yang menanam jagung dan menjualnya bagi mendapatkan wang pendapatan. 2 orang petani itu ialah Pak Haji dan Ah Chong. Kedua-dua petani ini memiliki gaya hidup yang berbeza.


Kebun Pak Haji terletak di tepi masjid. Pak Haji akan bangun awal untuk menunaikan solat subuh. Beliau beriktikaf di masjid hingga dhuha dan akan turun ke kebun pada jam 8 pagi. Pada jam 8 pagi, Pak Haji akan menanam butir jagung. Setiap barisan yang ditanam, Pak Haji akan berhenti dan menunaikan solat sunat 2 rakaat kemudian menyambung kembali kerjanya.
Pada pendapat anda, baik tidak Pak Haji ni? Semestinya kebunnya akan subur dan dia akan mendapat untng.
Kebun Ah Chong pula terletak di hujung kampung di sebelah tanah perkuburan jauh dari orang kampung. Ah Chong akan bangun seawal 6 pagi dan terus menanam jagung. Beliau akan membersihkan kebun dan menyiram tanaman setiap pagi. Apa pula pendapat anda pada Ah Chong.

Tiba pada musimnya, kebun Ah Chong sangat subur dan beliau mendapat keuntungan yang banyak. Kebun Pak Haji juga mendapat keuntungan tetapi tidak sebesar kebun Ah Chong. Apakah ini adil? Pak Haji yang beragama Islam dan sangat taat akan perintah Tuhan dan sering melakukan amalan sunat manakala Ah Chong bukan beragama Islam.

Sebenarnya apa yang kita dapat lihat disini berkait rapat dengan Syari'atullah dan Sunnatullah. Syari'atullah ialah apa yang dibentangkan di dalam Al Quran. Sunnatullah ialah hukum alam.
Dari kisah diatas kita melihat Pak Haji sangat mematuhi Syari'atullah akan tetapi beliau tidak mengikuti sunnatullah. Pak Haji seorang muslim, rajin beribadat dan taat kepada Allah tetapi beliau melanggar hukum alam dimana betih-betih jagung perlu ditanam di awal pagi, perlu disiram dan sebagainya. Lalu adillah keuntungan yang beliau dapat kurang.

Ah Chong pula tidak mematuhi Syari'atullah tetapi dia sangat mematuhi Sunnatullah. Beliau bangun di awal pagi, menanam betih-betih jagung pada waktunya, menjaga tanamannya dan kebunnya. Maka adillah keuntungannya lebih kerana ia mengikut hukum alam.
Akan tetapi, kedua-dua situasi ini tidak lengkap dan tidak akan dapat menghasilkan satu hasil yang terbaik. Seseorang petani itu haruslah menghayati dan memahami serta mempraktikan kedua-dua konsep ini dengan mematuhi kedua-dua Syari'atullah dan Sunnatullah. InshaAllah, ia akan mendatangkan keuntungan yang berganda dan impak yang sangat baik.


-~-~-~-
Dari cerita di atas, kita dapat letakkan situasi kita dan diri kita. Kadangkala kita merasakan ianya sudah cukup bila kita dah solat 5 waktu, mengaji setiap hari, mendirikan solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi. Tetapi kita kurang mengulangkaji dan berusaha dalam aspek-aspek yang lain. Kita merasakan apabila sudah mematuhi syari'atullah, Allah akan memberi kita keputusan yang cemerlang dan rezeki yang melimpah.

Kita lupa konsep lagi satu. Sunnatullah. Hukum alam.

'Law of Nature' adalah apa yang selalunya terjadi bila kita melakukan sesuatu. Hukum alamnya apabila orang berusaha, dia akan berjaya. Hukum alamnya apabila pelajar mengulang kaji dan membuat latihan, dia akan cemerlang. Hukum alamnya apabila kita beramah mesra dengan orang ramai, mereka akan menyenangi kehadiran kita.

Akhir kata, sesorang muslim yang sempurna keislamannya bukan hanya dituntut mematuhi syari'at Allah tetapi harus juga mematuhi sunnatullah.
.


Semoga kita akan lebih berusaha mempertingkatkan amalan dan berusaha menggapai kejayaan.

Mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan.

Wallahu'alam.

Isnin, 2 Januari 2012

aku nak jadi baik


"aku nak jadi baik" Ashraf Omar memulakan perbicaraan nya. Hariz Iskandar yang sedang terleka menikmati keindahan Han River memberi ruang untuk AO terus berbicara.
"Hariz, tolong aku...aku nak jadi baik." AO memandang ke kanan, inginkan jawapan dari sahabatnya sekampusnya, angin laut di malam hari menegur lembut pipi mereka.
Hariz menyedut nafas dan lepas perlahan-lahan, Hariz memandang ke kiri, wajah AO menyapa pandangannya. Mereka saling berpandangan.
"Heemmm, bagi kat aku definisi 'baik' yang kau maksudkan."
"baik tu baik la, macam kita kena beriman kepada allah" AO menjawab mengenai definisi 'baik' baginya.
"ye memang, memang beriman kepada Allah itu baik dan beri kat aku pula apa definisi 'beriman kepada Allah' pada engkau"
Bagi AO, memang susah apabila Hariz sudah memulakan soal jawab dengan nya, kerana Hariz seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dan belajar agama, bukan macam dia, nak tak nak je.
" errmm, melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang..."
"betul, tapi dalam Al-Quran ada menyatakan pada ayat 2:208 'Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.'
bagi aku nak jadi baik kena masuk islam secara keseluruhannya dari segi rohani , jasmani fizikal dan mental"
AO mendengar dengan teliti dan khusyuk
" susah juga nak jadi baik ni" AO mula bersuara setelah lama berfikir.
"What's make u turn upside down and inside out, mesti ad something kan bro, and satu lagi aku nak tahu kenapa kau tiba-tiba fly ke sini, adakah semata-mata nak jadi baik or something else" Hariz mulakan pertanyaan setelah sekian lama terpendam.
AO memandang ke arah hadapan, Han River dihadapan menjadi tumpuan untuk dia mencari jawapan.
" Mungkin betul, aku terbang ke sini memang nak jadi baik and aku dapat tawaran jika aku pass exam aku dapat fly ke sini dan alhamdulillah exam yang aku dah buat tu pass syarat-syarat dia"
" dan nak jadi baik itu adalah kerana apa?" Hariz bertanya dan terus menjawab " adakah sebab seorang perempuan"
AO memandang Hariz yang sedang minum nescafe tin. AO mengangguk kepalanya dan terus menikmati laut malam di Han River.
" Hermmm, dan kau tak nak ubah niat kau..."
"errm...for the fisrt time i admit that is all about that girl but after 2 years i have tried and i found u, ia adalah kehendak aku sendiri, mungkin dari seorang gadis aku mula sedar apa itu islam dan aku mula nak jadi baik"
Hariz menjadi pendengar setianya, baginya itu perkara biasa yang dah lama dia lalui, selama dia menjadi seorang rakan kepada rakan yang lain.
" Memang itu lumrah manusia, dan Allah akan bagi hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki, dan lebih baik kita perbetulkan niat kita supaya nak jadi baik itu adalah kerana Allah s.w.t, moga ia lebih memberi lebih manfaat berbanding niat yang pertama"
AO mengangguk...
" dan nak jadi baik itu bukan lah kita kena buat perkara baik dalam satu masa sahaja, macam engkau cakap susah nak jadi baik yang Islam kehendaki tapi itu bukan penghalangnya.."
AO masih memandang Hariz di kanannya, manakala Hariz...
" kerana Allah memandang pada usaha bukan natijahnya..."
Hariz memandang ke kiri, dan menepuk bahu sahabatnya."so, kau kena usaha untuk jadi baik, jalankan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang itu secara perlahan-lahan dan konsisten sepanjang masa sehingga kau tinggalkan dunia ni, dan tuntutlah ilmu agama, kerana ilmu itu tak kan hilang di muka bumi ni, dan kerana ilmu juga la darjat kita akan dinaikkan oleh Allah, akhir sekali aku nak bagitau engkau..."
AO menanti jawapan Hariz apabila Hariz terdiam seketika sambil berdirr menghadap Han River.
"dan itulah apa yang aku sedang aku lakukan, sama-samalah kita menjadi hamba yang baik yang diterima oleh Allah dan Rasul"
Hariz memberi huluran tangannya kepada AO. AO menyambutnya dengan hati yang berbunga sambil tersenyum ke arah Hariz."Thanks Hariz..."
"No sweat" Hariz membalas senyuman AO.
Mereka berjalan pulang ke rumah bersama sambil terus berbincang tentang ilmu yang ingin mereka kuasai dengan azam menjadi orang yang lebih 'baik'.

author:haidan zaini
"so, apakah definisi baik bagi anda, sama-samalah kita kongsi...:)"


p/s: to all 16 generation
maafkan saya kerana terleka dengan nikmat dunia dan tidak menjalankan amanah yang telah diberikan. tapi sebenarnya cerpen ini saya dah lama nak post cuma hati tak bersedia untuk post, kerana bagi saya walaupun benda kecil tapi setiap patah yang diucap itu besar amanatnya, dan anggaplah saya dari budak u minggu ini,so terimalah cerpen pendek yang saya sediakan, dan untuk pengetahuan anda cerpen ini adalah sebuah novel yang saya baca memberi impak besar kepada diri saya sendiri dan saya menyampaikan melalui cerpen yang saya buat sendiri supaya saya sampaikan main point dia, so apa-apa yang baik itu adalah dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri, maafkan saya jika ada salah dan silap.