Rabu, 18 Mei 2011

Analogi kehidupan 1-bot, enjin & buih

Assalamualaikum..
Mohon maaf atas kekosongan post selama beberapa hari ni... Ramai yang sibuk dengan urusan Matriks/Asasi/STP/STAM masing-masing. Mohon maaf yer!!

Kali ini saya ingin kongsi pengisian IKIM slot Prof Dr Muhaya pagi tadi. Diambil dan diubah suai mengikut citarasa saya sendiri.. Analogi kehidupan..

Kita sedang menaiki sebuah bot berkuasa engin. Apabila kita bergerak, apakah yang menggerakkan kita- enjin atau buih yang keluar?? Semestinya enjin. Analoginya disini, bayangkan kehidupan ini sebuah bot. Enjin yang menggerakkannya. Enjin yang bagus, berjenama akan menggerakkan bot dengan cepat dan selamat. Begitu juga dengan kehidupan. Kehidupan memerlukan enjin yang bagus dan terbaik untuk menggerakkan kita ke arah yang baik di masa hadapan.

Lalu apa itu buih?? Buih ialah masa lalu. Kenangan yang bersisa. Yang juga memberi kesan pada kehidupan. Namun ianya tak perlu dijadikan penggerak. Kerana buih-buih ini tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kedepan sedikit, hatta ke belekang. Jadikan masa lalu itu kenangan, pengajaran dan membesarlah dengannya.

Sama-sama kita fikirkan. Apakah kita bergerak dengan enjin atau dengan buih??

Terus bergerak kehadapan!
Ingat! Anda Mampu Melakukan Perubahan!

Wallahu'alam ^^

1 ulasan:

  1. yup2...dgn 'enjin'..tp 'buih' yg lalu menjadi ibrah utk kita melalui mase depan...adakh 'buih' yg dihasilkan berkualiti n menepati citarase...jd dgn mnjdkn 'buih' yg lalu sbg kayu ukur utk memperbaiki hidup yg akan dtg..moge2 kite menjd hambaNya yg terpilih..
    all the best semua...
    mari same2 kita penuhi maslahat ummah..
    doakan ana tetp teguh diatas jlnNya...
    dan juge utk shbt2 kite yg lain...
    SELAMAT BERJUANG!!

    BalasPadam