Selasa, 10 Mei 2011

MAKANAN ROHANI




Semalam, saya sengaja melakukan 'blog walking'. Seperti mencari sesuatu. Sesuatu yang saya kira boleh menjadi makanan rohani saya.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..


Dengan izin-Nya, hanya dengan sebaris ayat yang pendek telah merungkai segala kekusutan dihati dan minda saya.


"sekiranya kita tidak menyibukkan diri untuk meningkatkan diri, maka apa yang akan berlaku adalah proses kita makin menurun. Tidak ada istilah 'maintain' dalam diri."


Ya, memang benar! Sekiranya kita bermalas-malasan dan terlalu banyak masa lapang diluangkan tanpa sebarang aktiviti yang dapat meningkatkan diri, maka proses penurunan akan berlaku. Proses yang boleh mengurangkan sifat sensitif kita pada dosa. Proses yang hanya melambatkan pergerakan kita dalam meraih cinta-Nya.




Saya teringat kata-kata murobbi yang sangat saya hormati dan sayangi, Cikgu Zaiton. Beliau berpesan pada saya, "kita memang perlu sentiasa berbaik sangka pada orang lain. Tetapi jangan sesekali berbaik sangka pada diri sendiri."


Ketika itu, baru saya tersedar. Bagai hati ini dirobek-robek kerana begitu daifnya saya dalam menjadi seorang hamba ini.


Benarlah, jangan sesekali berbaik sangka pada diri. Jangan sesekali merasa diri ini 'dah ok' atau dengan kata lain 'maintain' dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah.


Hanya kerana fikiran sebegitulah yang dalam diam2, akan menyebabkan kita jauh dari-Nya tanpa kita sedari.


Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya memperbaiki diri yang terlalu banyak kekurangan ini.


ANDA PULA BAGAIMANA?




~seorang hamba~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan