Jumaat, 29 April 2011

Cemerlang Akademik Dinamik


Alhamdulillah..Akhirnya dapat juga saya mengungkap sedikit demi sedikit tentang apa yang kami permata 16 dapat sewaktu seminar Hijrah Menara Gading 2011 baru-baru ini.

Posting saya kali ini,mengenai apa yang telah disampaikan oleh seorang penceramah yang tidak asing lagi bagi semua..seorang pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) iaitu Dr. Azizan yang akan membincangkan topik mengenai ..

CEMERLANG AKADEMIK DINAMIK

Sebelum mula,Dr. satu ayat..

"Jika kamu syukur akan ku tambah tetapi
jika kamu kufur,tunggulah azab di akhirat"..


Apa tujuan kita bertemu pada hari ini??

Semestinya untuk menjadi seorang yang 'Alim + Mujahid..
Jadi,untuk menjadi seorang yang 'Alim + Mujahid itu mestilah cemerlang akademik dan dinamik....

Apakah itu cemerlang menurut Al-Quran??

Al-Imran : 185
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

Al-Quran adalah sumber didikan demi mencapai kecemerlangan hakiki..
Al-Baqarah : 2
"Kitab(ini) tiada keraguan padanya,petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.."

Apakah peranan kita??

Tentunya seorang khalifah yang cemerlang.

Al-An'am : 165
a"Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Di mengangkat darjat sebahagian kamu di atas yang lain,untuk mengujimu atas (karunia) yang diberikan-Nya kepadamu.Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat membri hukuman dan sungguh,Dia Maha Pengampun,Maha Penyayang"(165)

"Barangsiapa yang keluar rumah untuk menuntut ilmu,Allah permudahkan baginya
jalan ke syurga"..
hadis rasulullah

Cemerlang hamba abdi??

Az-Zariyat : 56
"Aku tidak menciptakan jin dan manusisa melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"

Carilah hikmah kerana hikmah itu adalah barang mukmin yang tercicir

Al-Baqarah : 269
"Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki.Barangsiapa diberi
hikmah,sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak.Dan tidak ada yang
dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat"

"Yang berilmu bukanlah mereka yang banyak menghafal hadis tetapi yang berilmu ialah mereka yang takut kepada Allah."
-Abdullah Ibn mas'ud-

Ilmu terbahagi kepada 2 iaitu:
ilmu waq'ie(pengurusan)
ilmu syara'(agama)

Potensi manusia bersinar selepas digosok dengan kedua-dua ilmu ini..

Prasyarat untuk mendapat ilmu ini.:
  1. Hati yang baik
  2. Ikhlas
  3. Belajar adalah ibadah
  4. Perancangan yang rapi
  5. Zikir dan fikir
  6. Menjaga syara'
  7. Bersungguh-sungguh

DINAMIK??
-Memiliki kemahiran insaniah yang tinggi

Imej positif:
-sahsiah dan akhlak

-jihad dan mujahadah
Al-Ankabut : 69
"Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari kerdhaan) Kami,
Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik"

-menyertai organisasi

-mengutamakan kualiti dalam setiap aspek

-suka khidmat masyarakat

-hulurkan bantuan

Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan daripada apa yang kami dapat..
Maaf andai penulisan kali ini agak tidak memuaskan..
salam sayang dari permata 16..



...HIMEGA 11..



Alhamdulillah...
kita masih lagi dapat merasai 2 nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.Tanpa kita lupa juga, 2 nikmat yang manusia sering lupa iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang...

Pada 22hb April yang lalu,Allah telah mengizinkan seramai 32 orang ahli permata 16,mengikuti seminar iaitu Hijrah Menara Gading (HIMEGA 11) yang berlangsung di UIAM,Gombak selama 3 hari 2 malam..yang bertemakan "Nurturing 'Alim Mujahid".Seminar ini dianjurkan oleh Haluansiswa dan bekerjasama dengan Journalism Club.Program ini terdiri daripada pelajar lepasan SPM 2010 yang terdiri diseluruh pelusuk negara.

Seminar ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Mu'tasim B. Hj Nik Abd Rahman merangkap penasihat kelab siswa HALUAN(Haluan siswa)..Memetik ucapan beliau."Semua bakal mahasiswa mestilah mempunyai sifat,iaitu sifat yang mendaki yang memerlukan banyak tenaga.Kejayaan yang sebenar ialah kita dapat laksanakan apa yang Allah tetapkan untuk kita mendapat keredhaanNya.

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau.Jika kamu beriman serta bertaqwa,Allah akan memberikan pahala kepadamu,Dia tidak akan meminta hartamu"..(surah Muhammad:36)



Seminar ini bukan sahaja tercapai pada objektifnya,malah kami permata 16 dapat berkumpul semula.pertemuan seperti ini mana mungkin dapat berulang,ada yang masuk waktu tingkatan 1 tetapi keluar di tingkatan 2,dan sebagainya.."16 generation"..bersama mengejar ketaqwaan dan redhaNya...

-Each of us have different talents,different dreams...
Yet we all have the power to make
a new tomorrow with great happiness...
To strive the very best to the one and only destination.

TOGETHER WE MODERATE THE TRUE ISLAM...






Kami juga begambar beramai-ramai.bersama fasilitator dan urusetia yang lain...sekeping gambar membawa 1000 kenangan bersamanya...


Harapan mereka dan juga harapan kami:

Agar menjadi seorang yang 'Alim Mujahid iaitu seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk mencapai kereadhaanNya di dunia malah di akhirat..Serta bukan hanya menutur di bibir tetapi mempunyai JIDDIYAH dan ILTIZAM bukan saja pelajaran malah dakwah dan tarbiyah juga..

Dan mencukupi 5 ciri yang terdapat pada seorang yang bergelar 'Alim Mujahid.:
  1. Aqidah yang sejahtera
  2. Kefahaman yang jernih
  3. Cemerlang dalam akademik
  4. Aktif dalam berdakwah
  5. Berkerjaya

kata-kata Syed Qutb:

"Kezaliman nampak kuat tetapi tidak akan berjaya,
kebaikan nampak lemah tetapi akan berjaya"..



Selasa, 26 April 2011

pemberian hidayah...

Assalammualaikum pembaca  yang dikasihi fillah…
Semoga hati -hati kita ini sering kali menikmati keindahan islam yang  sedang kita  alami , 
INSYAALLAH…,

Bukan bicara saja- saja …tetapi bicara sebagai sepasang kekasih yang sentiasa mengharapkan kasih dan rahmat dari sang penciptaNYA…

BISMILLAHIROHMANNIRROHIM..
segala pujian hanyalah untukMU..

"Seandainya mesin masa doraemon wujud,

Dapat kita pusingkan kembali lpatan sejarah ulung kita seperti di zaman Rasullulah."

"Akan tetapi adakah kita ini pada waktu itu berada dalam posisi yang benar atau sebaliknya??
Mahukah kita dalam posisi seperti mereka ini
Abu Talib, Abu Jahal, @ Abu Lahab………….."


 Walau apa –apa yang berlaku…ianya bermula dari titik tolak yang berasal dari hati…serta berlandaskan keimanan kepada Allah….
kadang kala hati ini memerlukan hidayah yang lebih untuk membimbingnya kearah kebenaran …betul tidak?? 
Dan apabila sudah mencapai tahap kemanisan ..tiada siapa yang tidak merasainya melalui alam kehidupan..kerana segala gala baginya adlah satu keindahan…


Meneliti surah al-buruj dari lembaran kitab suci al-quran telah memaklumkan kita pada ayatnya mengenai kisah ASHABUL UKHDUD..yang dibimbing oleh seorang mursyid kearah kebenaran yang diredhoi Allah .


Kerana sebuah hidayah itu amat bernilai…..


Dalam kehidupan kita ini, sedar tidak sedar banyak  nikmat yang telah diberikan oleh Allah.
.lebih – lebih lagi nikmat iman dan islam…
Begitu juga dengan hidayah ..,Allah hanya menghendaki apabila mahu…kerana manusia itu bukan layak memberi hidayah ianya diluar kuasa kita sebagai manusia…

Jadi apa yang kita harus lakukan …banyakkan berdoa supaya Allah memberikan kawan kawan kita diluar sana supaya dicampakkan hidayah dalam diri nya ..INSHA-ALLAH..

by : sis hakimi :

Khamis, 21 April 2011

IT`S TIME TO CHANGE!!



"Lay man talks about others
Average man talks about events

Great man talks about ideas"



Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah dipanjatkan sekali lagi kepada Illahi kerana memberi saya peluang untuk mengisi laman Permata16 ini. Hmm.. nampaknya ada beberapa komen yang meminta agar post2 yang dituliskan ringkas, padat dan menarik. Bagaimana ya?? Bukanlah bermakna saya ini seorang yang pandai menulis sehingga setiap tulisan itu harus panjang, tidak, tetepi manusia itu pelbagai. Ada yang minta saya huraikan sesuatu tajuk itu dengan panjang dan terpeinci agar kefahaman yang diperolehi lebih jelas. Saya berfikir, bagaimana harus saya lakukan agar dapat memuaskan hati pembaca? Ya! akhirnya saya menemui jawapan, setiap tulisan saya itu haruslah berbeza-beza agar semua pengunjung beroleh manfaatnya Insya-Allah.

PERKONGSIAN

Pada post kali ini, saya hanya hendak berkongsi satu kisah dan pengalaman di Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR). Ketika itu, sesi pembelajaran bersama Sir Nassir Salleh, seorang veteran di MATRI. Saya masih ingat, ketika itu waktu pembelajarannya adalah hari Rabu, jam 7.40 pagi. Beliau masuk dengan membawa dua buah bakul yang setiap satunya berisi satu jag dan beberapa biji cawan. Ada yang belum dibasuh dan ada yang bersih.

Sir Nassir menyuruh kami minum air kopi Radix yang dibawanya dimana keadaannya masih panas. Wah.. kami semua pun seronoklah kerana pagi-pagi sudah dihidangkan dengan minuman yang lazat. Kami semua pastinya memilih cawan yang bersih sahaja. Sir hanya memerhatikan. Melihat gelagat kami yang pelbagai rupa.

Setelah habis minum, sir hanya menyuruh kami meletakkan kembali cawan-cawan itu ditempatnya tanpa perlu membasuhnya. Kami semua kehairanan

"tak yah basuh ke?"


Setelah semuanya selesai, Sir Nassir pun memulakan percakapannya.

"Apa yang ana lihat, kamu semua belum bersedia melakukan perubahan "

" Eh, kenapa? bukan ke tadi kita cuma minum kopi? " monolog peserta KIBAR

" Tadi awal-awal cikgu ada kata yang ada di antara cawan-cawan itu yang bersih dan kotor. Nampaknya semua peserta memilih yang bersih. Tiada seorang pun diantara kamu yang ada inisiatif untuk memilih cawan yang kotor itu dan membasuhnya. Semuanya mahu ambil jalan mudah sahaja. Kalau kamu basuh cawan yang kotor tadi, pahala kamu dapat, rezeki pun kamu dapat. Nampaknya kamu dah rugi satu pahala kerana kamu belum bersedia melakukan perubahan"

Sambungan kisahnya tidak perlulah saya ceritakan di sini kerana anda pasti sudah tahu apa yang kami 'dapat' setelah itu. Pastinya keazaman untuk berubah meningkat tinggi selepas sesi bersama Sir Nassir itu.

Jika anda berada di situasi yang sama, apa agaknya tindakan dan perkara yang berada di benak fikiran anda??

Rabu, 20 April 2011

Jejaka Idaman ,Gadis Pingitan- Bagaimana ya??

~Islam itu indah~

PROLOG

Salam kunjungan buat semua pengunjung Permata16. Alhamdulillah akhirnya Allah memberi keizinan kepada saya untuk mengemas kini laman Permata16 tercinta ini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Pertamanya, saya mohon maaf kerana tidak terlalu kerap mengisi entry di laman ini. Namun, saya cuba berusaha semaksima mungkin untuk melakukan yang terbaik .Insya-Allah.

Hmm.. post kali ini mengenai jejaka idaman dan gadis pingitan. Agak-agaknya , mengapa saya tergerak hati untuk menulis tentang tajuk ini ya?? Lihatlah sendiri realiti masyarakat kini yang kian runtuh peribadi muslimnya. Bahkan, hampir tiada! Jadi Allah telah memberi saya ilham untuk mengisi entry baru mengenai tajuk yang bagi saya sukar untuk dihuraikan. Namun, saya akan cuba yang terbaik buat anda. Insya-Allah.


DI MANA REMAJA HARAPAN?

Persoalan pertama yang muncul di benak fikiran saya apabila melihat realiti para remaja kini adalah, bagaimana nasib negara pada masa hadapan? Saidina Ali pernah menuturkan

"Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya masa kini"


Nah, persoalan itu sering bermain-main di benak fikiran saya. Jadi, apakah hukumnya jika manusia yang mengetahui tentang sesuatu ilmu tetapi tidak beramal dan mengajarkannya kepada yang lain? Anda pasti tahu jawapannya! Oleh kerana itu, di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai serba sedikit ilmu yang saya ada. Insya-Allah.


MEMBENTUK REMAJA DI SEKOLAH

Fokus kali ini adalah tertumpu kepada bagaimana membentuk remaja muslim di sekolah. Ini kerana, masa remaja banyak dihabiskan di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah seperti guru- guru, kakitangan, warden, bahkan tukang kebun sekalipun memainkan peranan yang pernting dalam membentuk remaja. Rasulullah ada berfirman mafhumnya,

" Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin "

Ada empat asas bagi membentuk remaja yang mulia iatu

1. Peranan Ibu bapa
2. Peranan Guru
3. Peranan Rakan sebaya
4. Peranan anggota masyarakat

Oleh kerana fokus kita kali ini adalah di sekolah, oleh itu saya utamakan dahulu peranan guru dalam post ini. Dan bagi anda yang ingin mengetahui 3 asas yang lain bolehlah cari di laman sesawang Google dengan menaipkan "Empat Asas Membentuk Remaja Mulia". Insya-Allah.


PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK REMAJA MULIA

Rasulullah adalah contoh tauladan terbaik sekalian ummat. Oleh itu, dalam apa perkara yang kita lakukan sekalipun, sunnah itu perlu diutamakan. Teladanilah asas pendidikan yang Rasulullah bawa. Baginda bersabda

"Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan."

Apakah asas pendidikan yang Rasulullah bawa? Tentulah Qudwah Hasanah yang ditonjolkan. Peribadi beliau yang sangat mantap itu membuatkan orang disekelilingnya berasa aman dan tenang sehinggakan mampu mencairkan hati manusia yang dahulunya kekafirannya menentang Rasulullah cukup hebat. Teladan sebelum ajakan. Itulah main point yang saya mahu anda teliti dan hayati kali ini. Ketahuilah bahawa perbuatan itu lebih berkesan daripada perkataan.


ANALOGI


Andai ada seorang pemimpin di sebuah syarikat muslim yang berkata-kata mengenai keburukan tidur selepas subuh dihadapan orang bawahannya. Kata-katanya begitu gah sehinggakan semua orang menghormati beliau dan berazam tidak mahu tidur selepas subuh. Pada suatu hari syarikat tersebut mengadakan kursus di sebuah tempat. Beberapa orang ditempatkan bersama pemimpin di syarikat tersebut. Seusai solat subuh berjemaah, pemimpin tersebut tidur kerana rasa mengatuk yang tidak dapat ditahan setelah sehari suntuk berkursus pada hari sebelumnya. Agak-agak anda apakah yang akan difikirkan oleh rakan sebilik pemimpin tersebut? Ya, mungkin akan ada sebhagian dari mereka yang bersangka baik. Tapi, yamg jenis "biasa2" sahaja, bagaimana? Mereka pasti akan mempertikaikan tingkah laku pemimpin mereka.

Lain pula ceritanya jika seorang pemimpin yang lain yang memang mengamalkan amalan tidak tidur selepas subuh, tetapi tidak terlau menonjol ke hadapan . Pekerja di sekelilingnya pasti akan berasa segan dengan beliau walaupun beliau tidak berkata-kata. Tambah-tambah lagi apabila sebilik!


AYUH BERTINDAK SEGERA!!

Oleh itu, GURU bukanlah setakat mengajar pelajaran di sekolah sahaja, tetapi bertanggungjawab dalam membentuk shakhsiah pelajar ke arah berakhlak mulia. Antara perkara yang boleh dilakukan dalam mempamerkan Qudwah Hasanah kepada para pelajar adalah :

- Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku
guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi
ikutan.

- Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup
berkorban masa dan tenaga.

- Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan
sebagai 'role model' kepada pelajar.

- Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan
berakhlak yang sebenar-benarnya.

- Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan
Rabbani.
( sumber :http://halaqah.net/v10/index.php?topic=372.0 )


ANDAI TAK BERJAYA??

Allah itu bukannya kejam. Yang dinilai olehNya adalah usaha bukan natijah. Berusahalah semaksimum mungkin kerana usaha itu yang dipandang Allah. Hakikatnya, banyak cara dan tindakan susulan lain yang boleh dibuat bagi membentuk pelajar menjadi JEJAKA IDAMAN dan GADIS PINGITAN atau sinonimnya Remaja SOLEH dan SOLEHAH. Antaranya, mewujudkan sistem mentor mentee di sekolah ataupun nama islamiknya Usrah @ Halaqah. Melalui cara ini, hati pelajar lebih mudah didekati dan dibelai. Aktiviti tahunan seperti Kem Anak Soleh dan seumpamanya juga bisa membantu pelajar ke arah itu. Yang penting, USAHA!


KONKLUSI

Membentuk pelajar menjadi remaja berperibadi muslim bukanlah seperti memetik jari. Tetapi, ia memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Tanggungjawab ini juga tidak tertumpu kepada satu pihak sahaja seperti ibubapa dan guru. Tetapi ia melibatkan seluruh lapisan anggota masyarakat. Oleh itu, ayuh kita bangkit bagi membina revolusi ummah dalam diri para remaja. Ingatlah Rasulullah s.a.w ada bersabda, mafhumnya

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

Jadi mana satu pilihan anda?

~Fikir-fikirkanlah~




Sabtu, 16 April 2011

COUPLE ISLAMIK??

Salam ukhuwah buat semua pengunjung Permata16. Hmm..baru2 ini saya telah menerima satu note di dalam facebook mengenai couple islamik. Mula2 dapat, rasa malas nak baca sebab kononnya merasakan diri tidak terjebak dengan bahana itu. Tidak lama selepas itu, saya sedar bahawa ilmu itu tidak ada batasnya. Saya harus baca note itu kerana di situ mungkin terdapat ilmu baru yang saya bisa pelajari dan sampaikan kepada orang lain. Setelah selesai membaca, hati berasa senag kerana ada ilmu dan hujah baru untuk saya sampaikan kepada mad`u. Oleh kerana saya rasakan note itu sangat menarik, jadi saya ingin kongsikan bersama anda di sini. Terimalah!

COUPLE ISLAMIK..BAHAGIANYA!!!! (^_^)


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Sy...afiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.




Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".


Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.


Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”


Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...


PENUTUP

Alghayah la tubazzilul wasillah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Walau dengan apa cara sekalipun, yang haram tetap haram. Jika diperhatikan manusia kini sering memperkotak katikkan hukum Allah serta mengambil dalil Al-Quran dan sunnah umtuk kepentingan diri. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil pengajaran dari kisah di atas. Jika anda hendak copy dan paste pun saya tidak kisah kerana ilmu itu harus disampaikan. Doakan Permata16 ya!!

Khamis, 14 April 2011

Pengumuman

Assalamualaikum semua. Maaf ya kerana sudah lama tidak meninggalkan jejak di sini. Buat pengetahuan pengunjung, blog ini sdang dalam proses kemas kini. Oleh itu, pihak Permata16 mohon maaf sekiranya terdapat cacat cela buat masa ini. Harap maklum.

HIJRAH MENARA GADING 2011

Dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini. Jumpa di sana ya!! InsyaAllah



.



Rabu, 13 April 2011

C.I.N.T.A.....


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......




Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,akhirnya Allah dapat juga membenarkan ana untuk mencoret sedikit perkongsian yang boleh kita ambil iktibar dan sebagai pengajaran dalam kehidupan harian kita...

Ana pasti setelah berada di luar kawasan zon selamat(itu),kita sering lupa..leka..lalai dengan godaan syaitan dan juga godaan dunia yang akan menghancurkan kita....seperti yang kita semua maklum,syaitan adalah musuh utama kita..syaitan juga telah berjanji untuk tidak tunduk pada manusia,malah ingin menghasut kita untuk menunduk pula kepadanya...

Apa ana nak cerita untuk kali ini ialah cerita tentang:

AKAL DAN HATI BERBICARA TENTANG CINTA



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam…

Akal : Apa khabar iman anda?



Hati terdiam…

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.



Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.



Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.



Hati terdiam lagi…

Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?



Hati diam dan tertunduk…

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!



Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala…



Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!



Hati mulai menangis… Sepi… Kesal…



Marilah kita berfikir sejenak..

Setiap manusia mempunyai fitrah untuk merasa CINTA..tapi adakah kita dapat menguasai CINTA itu hanya untuk yang Satu...

Muhasabah kembali....

DUDUK SEBENTAR MEMPERBAHARUI IMAN..



alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

"orang mukmin itu bergetar hatinya apabila disebut ayat-ayat Allah"

mari bersama kita refresh iman kita!


seorang HAMBA,
pEmBuRu SyUhAdA'



AKU ; masih aku!!

in the name of Allah


*Aku = Umair Mustaqeem


"Mus!! hoi Mus!!" Aku menoleh mencari enpunya pemanggil, seorang pemuda hitam manis memegang rotan panjang mengangkat bilah rotan sambil menuju ke arah ku, aku bingung lantas aku juga menuju ke arahnya. "Nape nih??" aku bertanya, belum sempat dia menjawab, rotan itu hinggap di belakangku. Pedih menusuk. Aku jatuh menahan pedih, sekali lagi rotan itu hinggap di belakangku. sakit, tapi aku tidak melawan. lalu pemuda hitam manis itu bersuara "Perangai macam ni kau nak tunjukkan kat adek kau ye?? sia-sia sekolah pilih kau jadi ketua pelajar!! Nampak hari-hari ke surau, tapi.. perangai jauh menyempang!! KAU LETAK ALLAH KAT MANE HAH??". Aku tersentak dengan soalan itu. Apa lagi kesalahan ku?? ada saja yang aku lakukan salah dimata AYAH, 'AKU, LETAKKAN ALLAH DIMANA?? MASIHKAH ALLAH ITU DIHATIKU??'



Aku sempat melihat wajah milik ayah, dia menangis. kali terakhir aku melihat dia menangis adalah pada hari Ummi meninggalkan kami 2 beradik, aku Umair Mustaqeem dan adikku, Umar Muhafeez. Ayah menangis waktu itu sambil berdoa. Dia tidak meratapi pemergian ummi, mungkin terasa begitu berat tanggungjawab menjaga kami dua beradik. Aku lantas memeluk kaki ayah. "Ayah, ape lagi salah Mus? Ayah bagi tahu Mus, Mus takkan tahu selagi ayah tak cakap," Nada suaraku mendatar. pukulan Ayah semakin perlahan. pedih di hati ayah mungkin lebih parah hendak dibandingkan dengan pedih luka dibadanku


"Umair Mustaqeem! Diam!!" Ayah meninggikan suaranya lagi. Aku terdiam, membiarkan rotan menyiat-nyiat kulitku. pedih. Begitulah aku dididik oleh ayah, salah aku. Dia tidak banyak cakap, rotan akan hinggap. Salah adik, aku juga salah kerana tidak mendidik adik. Aku semakin kebal dengan rotan ayah. tapi dihati kesan kebal itu tak lut. Aku tahu, Ayah amat sayangkan kami. Ayah pernah pesan "Allah dihati, jangan dibuang. Kalau Allah tiada dihati, macam lah.. manusia tanpa tulang."


Mungkin salahku semalam, aku ke surau. bertembung sekumpulan muda, bermain gitar. Aku diam sahaja, permainan itu juga bakat. malah aku tidak memiliki bakat itu. selepas aku berlalu, azan berkumandang dan mereka masih bermain alat muzik itu. aku berpatah balik bagi menghormati panggilan solat. Bagiku, ia mudah. hanya perlu katakan.. "korang! aku nk join nk blaja!! tp, aku nk g solat dl~ jom solat same2!!" sambil tersenyum. Bagi aku, cara itu paling sesuai. mereka akan rase, mereka seperti pro, dan aku ibarat bayi.. jadi mereka akan rase dihormati. Lantas mereka menjawab "ko g laa solat dl.. t da abes solat, ktorang ajar ok??" Aku buntu. Apa patut aku jawab kembali?? spontan aku jawab "eh~ tak nk aku.. korang saje x nk turunkan ilmu kat akukan?? aku g solat, korang lari tinggalkan aku kan??" sekumpulan pemuda itu berpandangan antar satu sama lain. Bingung mereka. "dah2 laaa... kita bwat sistem tebusan. 3 org ktorang ikut kau, yang laen tunggu sini." Aku terdiam, seboleh-bolehnya aku mahu semua menunaikan solat. 3 orang yang mengikutku seperti berat punggung hendak bangun



Otak aku ligat mencari idea. sudah berjaya membawa 3, lagi 4 masih bermain. Aku terfikir idea yang tidak logik, tetapi berkesan! "ape kate, korang sume ikut aku?? mcm ni deal kt!! Aku akan jadi anak murid korang, tapi aku akan tgk sape solat paling terror~ then, aku akan jadi murid dy sampai aku jadi bijak pandai!~" hatiku kuat mengatakan caraku tidak akan berkesan. Namun, salah seorang daripada mereka berasa hebat, lalu berkata "Alah bab2 solat nih, aku je laa pandai antara ktorang~ dah laaa.. bawak aku sorang jeh!" yang lain rasa tercabar. Akhir sekali semua ke surau untuk solat tengahhari itu



Namun, aku terperangkap dengan kataku sendiri, di akhir solat, mereka berkumpul ditepi surau. "weh budak, ko tengok tak?? sape solat da best??" Aku terdiam. "hmm??" alamak, memakan diri tindakan tadi. jadi terpaksa lah aku cakap "sape solat kerana Allah?? that's da best~" mereka saling berpandangan. Aku diam. Namun bagi menjaga hati mereka, aku dudk sebentar bersama mereka, mempelajari not-not muzik dan serba sedikit bermain gitar



Mungkin ada pak cik-pak cik yang ternampak aku duduk bersama mereka lalu diperihalkan kebada ayah. inilah akibatnya. Aku disini, dengan kepedihan hati ayah. Mungkin salah aku. Aku tahu, ia salah aku. Ayah berlalu dengan rotannya Aku cuba untuk bangun. 'Terima Kasih Ayah!' aku hanya mampu berbisik. "Abang! tu laaa, Apih da cakap.. jangan duduk ngan orang-orang tuh sume.. tgk ape abang kene??" Aku tersenyum. Adikku, Umar Muhafeez. "Abang ok! Adik jangan ikut abang ye?" Umar hanya tersenyum dan dia secara diam-diam mengagumi abangnya itu. Aku malu sebenarnya dengan adik, Aku bukan abang yang baik, yang layak menunjukkan contoh bagi adik. "Apih kaaaannn... respect ngan abang~" dengan manja adikku yang seorang itu bersandar didadaku



Aku diam 'Aku bukanlah manusia yang patut dihormati. tindakan aku semalam, melukakan hati seorang yang hebat bernama ayah' Aku diam, adik hampir lena didadaku. aku biarkan sahaja walupun pedih-pedih rotan tadi masih membisa. kami bersandar di dinding rata.






*Aku = Farhan Asifa



Rumah kebajikan bingit dek berita gembira, satu-satunya 'kakak' mereka, Farhan Asifa.........



p/s: perhatian, blog ni macam tak berapa meriah laa, jadi kat sini.. pembaca2 sekalian, [tak berapa ramai kot] anda berpeluang menjadi penulis.. carenye, copy tajuk diatas utk tajuk cerita anda di blog anda, then.. copy link kami dan letak lepas anda catatkan BISMILLAH. then teruskan menyambung cerita ini mengikut kehendak anda!! selepas beberapa hari, admin akan tgk cerita mane paling sedap, dan akan dicopy paste ke sini.


1: comment post ini dgn meninggalkan link anda di bahagian comment[link blog anda yang telah menyambung cerita ini]


2: jalan cerita hendaklah hanya tentang Farhan Asifa (perempuan)


3: rasenye, x ramai akan join.. tp meriahkan laa sikit blog nih~ ramai2 laa join yeh~


4: x dapat hadiah, tapi maybe bakat penulisan anda dapat dikembangkan ag! and, mungkin cerita anda dapat memberi pengajaran yg baek kpd semua orang,


5: semuanya kerana Allah ye!!


6: HARAP2 RAMAI YANG TRY~ (malu je kalau x de sambutan~) tolong ye!!




Sekian, sayang Allah, sayang antunna!!

Selasa, 12 April 2011

HIDUPKAN HATIMU..

hati itu nadi kehidupan..

"Ya Allah yang membolak-balikkan hati, kau tetapkanlah hatiku diatas agama-Mu, dan tetapkanlah hatiku diatas ketaatanku kepada Mu."



sebenarnya,untuk menulis tentang 'hati' pada waktu dan ketika ini adalah sedikit sukar pada saya..tetapi saya cuba dan terus mencuba untuk mengumpul sedikit kekuatan... alhamdulillah Allah perkenankan...


"manusia itu dua matanya ibarat petunjuk , dua telinganya ibarat pemberi isyarat awas , lisannya sebagai penterjemah , dua tanganya sebagai sayap , dua kakinya ialah perutusan , hatinya pula sebagai raja . Kalau rajanya baik , maka baiklah bala tenteranya."

kerana hati itu raja yang akan menggerakkan bala tenteranya , seharusnya hati itu perlulah sentiasa subur.. maka dengan itu, saya cuba mengetuk 'raja hati' dalam diri saya, agar menyedari akan hakikat seorang HAMBA..


Rasulullah SAW juga ada bersabda:
"Dalam tubuh manusia terdapat segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk gumpalan darah itu, maka buruklah kesemuanya, ketahuilh bahawa gumpalan darah itu ialah hati."


Hati ialah anggota yang paling utama bagi seorang manusia. Jika hati yang menyimpan glikogen boleh dibelah dan didermakan, tidak demikian untuk hati yang menyimpan iman.
Kita tidak boleh membiarkan hati menjadi sarang 'virus' yang boleh mengancam kita. Sekiranya ia berlaku, maka virus tersebut akan merebak ke seluruh hati.

mungkin ada di antara anda yang menjegilkan mata ketika melihat perkataan 'virus hati'.. mungkin juga ada yang bertanya, "virus hati itu apa?"... mungkin juga ada yang menganggap virus hati itu adalah 'barah hati'..

ketahuilah wahai teman-teman, sesungguhnya virus hati yang dimaksudkan adalah dosa-dosa yang telah kita lakukan..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya hati itu berkarat seperti berkaratnya besi".


oleh itu, jagalah hati dengan penuh kesungguhan. Hati itu perlu dijaga dengan rapi agar dapat memenuhi matlamat kehidupan yakni menjadi HAMBA Allah yang RABBANI,menjadikan kehidupan itu sebagai satu ibadah..

Mulalah memberi perhatian pada hati agar hati kita terus subur dengan keimanan...hanya hati yang hidup sahaja akan merasa sensitif dengan maksiat.. hanya hati yang hidup sahaja yang mampu merasa kerdilnya akan hakikat penciptaan dirinya...

jika hati mulai sakit dan tenat, maka sifat sensitifnya akan berkurang sedikit demi sedikit kerana 'virus hati' merebak aktif...


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut 'ALLAH', gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimanannya, dan kepada Tuhan merekalah sahaja mereka bertawakal."
(Surah AL-Anfal:2)


tanda hati kita masih lagi subur ialah hati itu masih boleh bergetar apabila mendengar alunan alquran , subur dengan zikrullah dan ibadah-ibadah seharian...


"Dan beriknlh khabar gembira kpd mereka yg tunduk patuh(kpd ALLAH),( iaitu) mereka yg apabila disebut nama 'ALLAH', gementarlh hati mereka, mereka yg sabar terhadap apa yg menimpanya, yg m'dirikn solat dan menafkahkn sebahagian drpd apa yg Kami berikn kpd mereka."
(Surah AL-Hajj:34-35)


sesungguhnya,hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..


seorang HAMBA,

pEmBuRu SyUhAdA'

Ahad, 3 April 2011

Ubat Hati

Salam Mahabbah bersulamkan mawaddan pada semua pembaca.. Tema kita pada bulan 4 ini ialah -
AYUH RENOVATE! RENEW HATI KITA!

Untuk perkongsian tentang 'renovate hati' kali ini, ana suka berkongsi lirik satu lagu jowo.. hehehe. Nasyid Jawa syg!! Tajuk nasyid ini 'TOMBO HATI' yg bermaksud 'UBAT HATI'.

Dari keseluruhan nasyid ini, terdapat 5 cara mengubat hati yer kawan-kawan!
  1. Baca Quran dan maknanya
  2. Solat malam dirikanlah
  3. Bersama-sama dengan orang soleh.
  4. Berbanyaklah berpuasa.
  5. Zikir malam berpanjangan.
Dari ke-5-5 cara ini ana rasa yang paling senanglah kot ialah yang 1st. Yer la kan, sbb kalau nk solat malam, bangun malam pon tidak. Kalau nk bersama-sama dgn orang soleh, lesen P x dpt lagi.. Or x da transpot. Or x leh tanggung duit minyak. Hehehe. Kalo puasa tu, almaklumlah, susah skit.. Dapur rumah kan 'full house'. Dok kat asrama senang ler nak puasa sbb add suasana. Tapi apa salahnya kita sama-sama cuba puasa ramai-ramai kat rumah. InshaAllah, Allah melihat usaha! Yang ke 5 pula, zikir malam berpanjangan. Hmmm.. Kalau tenguk cerekarama malam berpanjangan mungkin boleh la, tapi kalau zikir malam.. entah kan? Baca ma'thurat petang-petang pon tersengguk-sengguk.. huhuhu.. haru-haru..

InshaAllah. Semua pembaca, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kita dan mendekatkan diri kita kepada Allah Ta'ala. Mudah-mudahan dengan menambahkan amalan, hati kita terubat dan kita bisa mengecapi ketengangan. INSHA ALLAH.

'Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi TENANG.'
-Quranul Kareem-Ar Ra'd:28-

Wallahu'alam.