Isnin, 14 Februari 2011

lampu MERAH untuk HARI VALENTINE


Assalamualaikum semua. Mohon maaf atas lama membiarkan sesawang ini bersawang. Hehehe..

Hari ini kalau tak silap lah kan, Hari Valentine kan? Hmmmm... Tahu tak anda semua sejarah disebalik Hari Valentine ini? Mari hamba kongsikan...

Dalam buku Ensiklopedia Katolik, ada 3 versi disebalik nama Valentine. Versi pertama yang paling popular ialah kisah seorang paderi yang bernama St Valentine yang hidup di akhir abad 3M sewaktu pemerintahan Raja Romawi Claudius II. Ceritanya, paderi ni menentang banyak perintah Raja lalu Raja Claudius II ini menghukum mati pada paderi ini tanggal 14 Februari 270M iaitu bersamaan dengan tarikh hari ini cuma tahunnye yang berbeza.

Versi kedua pula kisah cinta pulak. Waktu zaman Claudius II ni, yang bujang-bujang semuanya kuat nak pi ikut perang. Lebih kuat dan lebih tabah dari yang dah berkahwin. Jadinya, Raja Claudius II ni mengeluarkan arahan untuk melarang perkahwinan. Dalam istilah kita meng'haram'kan perkahwinan. Tapi... Valentine ni dia menentang perintah ini dan terus mengahwinkan orang yang nak kahwin dalam gereja secara senyap-senyap. Huuuu.. macam cerita novel pulak..! Nak kata cerita lah kan, akhirnya pekerjaan Valentine secara sulit ini dikesan dan beliau dipenjarakan. Waktu dalam penjara, Valentine berkenalan dengan puteri penjaga penjara yang sakit. Dia pon rawatlah puteri ni sampai dia sembuh.. Jeng jeng jeng! Dia pon jatuh cinta. Al kisahnya berakhir bila dia beri satu kad yang bertulis 'dari yang tulus cintanya, Valentine' kepada gadis tersebut setelah gadis itu memeluk agama nasrani [kristian].

Versi ketiga ialah satu kisah di salah satu desa yang dimana pemuda-pemudanya akan menulis nama-nama gadis di desa itu dan meletakkannya di dalam sebuah kotak. Kemudian setiap pemuda akan mengambil satu kertas dan nama gadis yang tertera di kertas itu akan menjadi kekasihnya untuk tahun itu. Kad bertulis 'Dengan nama Tuhan Ibu, saya mengirimkan kamu kad ini.' Memandangkan ianya amat susah untuk mengubah tradisi Romawi ini, paderi-paderi menukar kata-kata itu 'Dengan nama Valentine, saya mengirimkan kamu kad ini' untuk mengikat mereka pada agama nasrani.

Dapat lihat jelas, terang, lagi bersuluh yang Hari Valentine ini merupakan hari yang disambut untuk memperingati satu sejarah sesebuah agama lalu ianya BUKAN untuk disambut oleh kita, agama Islam.

Fikir-Fikirkanlah-






Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 'siapa yang mengikuti sesuatu kaum, dia adalah sebahagian dari kaum itu.'

Wallahu'alam
^^
Bergerak langsung kehadapan.
Ingat! Anda mampu melakukan perubahan!

1 ulasan:

  1. assalamualaikum...
    huhuhu..
    awai comei sgt gambar2 kat atas nieh..
    senanyer just nak kater..
    rindu jiddan2 kat shabat2 ana..
    kita tak nk jumpe ker?????

    BalasPadam