Sabtu, 29 Januari 2011

Perkongsian dari JDK Zon Tengah -Siri 2

Pertama dan selamanya , ayuhlah kita lafazkan hamdalah kepada Allah...Alhamdulillah!! Saya juga pohon maaf andai membuat pembaca tertunggu2 post perkongsian dari JDK tengah ini. Maaf ya!!..Ok jom kita sambung cerita, Tangan saya pun dah tak sabar2 nak menaip ni..
________________________________________________________________

Modul anjakan paradigma berlalu begitu pantas sekali..tup tup, dah habis. Namun banyak ilmu dan pengalaman yang kami perolehi melalui modul ini. Sayang sekali rasanya mahu meninggalkan teknik Quranuna kerana bila habis sahaja modul anjakan paradigma, maka secara automatik, tiadalah lagi sesi halaqah Al-Quran selepas solat Isya`. Namun, insya-Allah kami beriltizam untuk terus istiqomah menghabiskan hafalan surah as-sajadah menggunakan teknik Quranuna ini.Selain itu, kami juga dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai seni mempertahankan diri ThiFan. Ouuh..pada sesi awal pembelajaran, susah juga nak ingat. Ianya terbahagi tiga -tepisan, tangan dan kaki. Dan pada setiap daripada itu pula terdapat 7 step. Jadi semuanya ada 1 step yang perlu diingat. Bagi kami peserta yang baru nak belajar, sakit otot juga dibuatnya dek terlalu berlatih sangat(kononnya).

iKafeteria - penyaksian ukhuwah kami ketika makan
Fatayat bergambar setelah selesai bersukan

Oh!!..kasut2 kami tersusun di tangga surau


Khusyu` mendengar taklimat Thifan..huhu fokus2


Tiba masanya!!! Sparring Thifan

1/1/2011-Hari kelapan
2010 melabuhkan tirainya dan 2011 membuka lembaran baru. Serentak dengan itu, kami juga diperkenalkan dengan satu modul lagi iaitu modul khidmat masyarakat dan asas kewanitaan. Hm..setelah seminggu diberi pendedahan tentang pelbagai ilmu, kini cabaran untuk mengaplikasikan serba sedikit ilmu yang diperolehi bermula. Kami telah ditugaskan untuk memberi khidmat masyarakat kepada penduduk di Kg. Dato` Abu Bakar Baginda atau singkatannya KDABB. Kami telah bertolak dari ILIM selepas sarapan. Di KDABB, kami telah melakukan banyak perkara sebagai sumbang bakti kami kepada masyarakat. Ha.. nak tahu, apa yang kami dh buat??


Perjalanan ke KDABB

Mendengar ucapan daripada ketua KDABB

Menikmati sarapan sebelum memulakan tugasan

Sempat lagi buat 'peace'!!

Jom kutip pahala!!

Banner khidmat masyarakat JDK di KDABB

Kutip lagi..

Berehat dan makan setelah penat bekerja

Itu sebelah pagi hingga tengahari. Setelah itu, kami khailulah dan makan di Surau Mustaqim. Pada sebelah petang, kami diberi tugasan mengikut kumpulan untuk menziarahi 2 buah rumah penduduk kampung. Hm.. di sinilah kami bakal mengaplikasikan ilmu yang kami dapat di Modul Anjakan Paradigma. Nak sampaikan islam pada mad`u ada stepnya. Mula2 ziarah, agak kaku lah juga. Tapi, kita perlu sesuaikan diri dengan suasana, bukan suasana yang menyeuaikan diri dengan kita. Oleh itu, sesi berta`aruf antara kami dengan opah pun berlangsung. Untuk syabab, mereka mungkin banyak bertaaruf dengan wak (atuk lelaki) . Hakikatnya, generasi tua kini sangat2 mengharapkan generasi muda agar membina diri menjadi insan rabbani untuk memimpin negara pada masa hadapan. Sesetengah daripada opah yang kami ziarahi meluahkan perasaan dengan penuh syahdu sehingga menitiskan air mata kepada kami anak muda kini. Wah, terasa bersemangat untuk membina diri agar hajat opah tersebut kami penuhi. Di akhir sesi ziarah, setipa kumpulan akan memberikan sebuah hamper sebagai tanda saguhati kami kepada masyarakat KDABB.


Opah, kami balik dulu ya..

Taaruf2....

Group Muti`ah..

Group Sumayyah

Penyerahan hamper kepada opah

Kalau siang kami sakan buat kerja khidmat masyarakat, pada sebelah malam pula, kami akan dengar ceramah daripada orang berpengalaman. Pada malam pertama modul ini, kami mendengar tentang ceramah kekeluargaan yang disampaikan oleh Sir Rosdi. Sangat seronok!! Mungkin ceramah itu lebih memfokuskan kepada tanggungjawab ibubapa terhadap anak, secara tidak langsung, kami sebagai peserta dan anak, merasa bahawa tanggungjawab sebagai seorang ibu mahupun ayah adalah tanggungjawab yang besar dan untuk menjadi ibu bapa yang baik bukanlah dilatih apabila sudah mempunyai anak, tetapi dari zaman remaja lagi. Apalagi jika menginginkan keluarga hingga ke syurga..betul tak??. Salah satu ayat Sir Rosdi yang saya tertarik adalah- projek kita adalah projek masuk syurga!!. Dan antara input lain, nak membina hubungan dengan anak ada 3T.
-Time
-Touch
-Talk
Ketiga2 elemen ini sangat penting. Kita harus meluangkan masa, memberikan sentuhan dan berkomunikasi dengan anak2 dalam proses mendidik mereka menjadi insan rabbani. Begitulah antara kata2 sir yang masih terngiang2 di telinga saya.

Khusyu` mendengar

Hari pertama Modul Khidmat Masyarakat sudah pun berlalu. Hari kedua pula menjelang. Nak tahu cerita selanjutnya??..Nantikan di siri akan datang!!. Insya-Allah dalam kesuntukan waktu yang ada kerana beberapa hari lagi bakal menyambng semula perjuangan, akan saya buat yang terbaik untuk menghabiskan siri JDK Zon Tengah ini.Insya-Allah.



3 ulasan:

  1. mantap..teringat segala aktiviti di sana..
    huhu rindunyaa...

    -wan nuur-

    BalasPadam
  2. mizz al this.....harap kita blh berkumpul semula...hampir mengalir air mata ini kerana merindui kalian....

    aishah humaira

    BalasPadam
  3. Dari ku:
    ku sangat merinduinya....tahniah kpd kawan2ku

    BalasPadam