Sabtu, 29 Januari 2011

Perkongsian dari JDK Zon Tengah -Siri 2

Pertama dan selamanya , ayuhlah kita lafazkan hamdalah kepada Allah...Alhamdulillah!! Saya juga pohon maaf andai membuat pembaca tertunggu2 post perkongsian dari JDK tengah ini. Maaf ya!!..Ok jom kita sambung cerita, Tangan saya pun dah tak sabar2 nak menaip ni..
________________________________________________________________

Modul anjakan paradigma berlalu begitu pantas sekali..tup tup, dah habis. Namun banyak ilmu dan pengalaman yang kami perolehi melalui modul ini. Sayang sekali rasanya mahu meninggalkan teknik Quranuna kerana bila habis sahaja modul anjakan paradigma, maka secara automatik, tiadalah lagi sesi halaqah Al-Quran selepas solat Isya`. Namun, insya-Allah kami beriltizam untuk terus istiqomah menghabiskan hafalan surah as-sajadah menggunakan teknik Quranuna ini.Selain itu, kami juga dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai seni mempertahankan diri ThiFan. Ouuh..pada sesi awal pembelajaran, susah juga nak ingat. Ianya terbahagi tiga -tepisan, tangan dan kaki. Dan pada setiap daripada itu pula terdapat 7 step. Jadi semuanya ada 1 step yang perlu diingat. Bagi kami peserta yang baru nak belajar, sakit otot juga dibuatnya dek terlalu berlatih sangat(kononnya).

iKafeteria - penyaksian ukhuwah kami ketika makan
Fatayat bergambar setelah selesai bersukan

Oh!!..kasut2 kami tersusun di tangga surau


Khusyu` mendengar taklimat Thifan..huhu fokus2


Tiba masanya!!! Sparring Thifan

1/1/2011-Hari kelapan
2010 melabuhkan tirainya dan 2011 membuka lembaran baru. Serentak dengan itu, kami juga diperkenalkan dengan satu modul lagi iaitu modul khidmat masyarakat dan asas kewanitaan. Hm..setelah seminggu diberi pendedahan tentang pelbagai ilmu, kini cabaran untuk mengaplikasikan serba sedikit ilmu yang diperolehi bermula. Kami telah ditugaskan untuk memberi khidmat masyarakat kepada penduduk di Kg. Dato` Abu Bakar Baginda atau singkatannya KDABB. Kami telah bertolak dari ILIM selepas sarapan. Di KDABB, kami telah melakukan banyak perkara sebagai sumbang bakti kami kepada masyarakat. Ha.. nak tahu, apa yang kami dh buat??


Perjalanan ke KDABB

Mendengar ucapan daripada ketua KDABB

Menikmati sarapan sebelum memulakan tugasan

Sempat lagi buat 'peace'!!

Jom kutip pahala!!

Banner khidmat masyarakat JDK di KDABB

Kutip lagi..

Berehat dan makan setelah penat bekerja

Itu sebelah pagi hingga tengahari. Setelah itu, kami khailulah dan makan di Surau Mustaqim. Pada sebelah petang, kami diberi tugasan mengikut kumpulan untuk menziarahi 2 buah rumah penduduk kampung. Hm.. di sinilah kami bakal mengaplikasikan ilmu yang kami dapat di Modul Anjakan Paradigma. Nak sampaikan islam pada mad`u ada stepnya. Mula2 ziarah, agak kaku lah juga. Tapi, kita perlu sesuaikan diri dengan suasana, bukan suasana yang menyeuaikan diri dengan kita. Oleh itu, sesi berta`aruf antara kami dengan opah pun berlangsung. Untuk syabab, mereka mungkin banyak bertaaruf dengan wak (atuk lelaki) . Hakikatnya, generasi tua kini sangat2 mengharapkan generasi muda agar membina diri menjadi insan rabbani untuk memimpin negara pada masa hadapan. Sesetengah daripada opah yang kami ziarahi meluahkan perasaan dengan penuh syahdu sehingga menitiskan air mata kepada kami anak muda kini. Wah, terasa bersemangat untuk membina diri agar hajat opah tersebut kami penuhi. Di akhir sesi ziarah, setipa kumpulan akan memberikan sebuah hamper sebagai tanda saguhati kami kepada masyarakat KDABB.


Opah, kami balik dulu ya..

Taaruf2....

Group Muti`ah..

Group Sumayyah

Penyerahan hamper kepada opah

Kalau siang kami sakan buat kerja khidmat masyarakat, pada sebelah malam pula, kami akan dengar ceramah daripada orang berpengalaman. Pada malam pertama modul ini, kami mendengar tentang ceramah kekeluargaan yang disampaikan oleh Sir Rosdi. Sangat seronok!! Mungkin ceramah itu lebih memfokuskan kepada tanggungjawab ibubapa terhadap anak, secara tidak langsung, kami sebagai peserta dan anak, merasa bahawa tanggungjawab sebagai seorang ibu mahupun ayah adalah tanggungjawab yang besar dan untuk menjadi ibu bapa yang baik bukanlah dilatih apabila sudah mempunyai anak, tetapi dari zaman remaja lagi. Apalagi jika menginginkan keluarga hingga ke syurga..betul tak??. Salah satu ayat Sir Rosdi yang saya tertarik adalah- projek kita adalah projek masuk syurga!!. Dan antara input lain, nak membina hubungan dengan anak ada 3T.
-Time
-Touch
-Talk
Ketiga2 elemen ini sangat penting. Kita harus meluangkan masa, memberikan sentuhan dan berkomunikasi dengan anak2 dalam proses mendidik mereka menjadi insan rabbani. Begitulah antara kata2 sir yang masih terngiang2 di telinga saya.

Khusyu` mendengar

Hari pertama Modul Khidmat Masyarakat sudah pun berlalu. Hari kedua pula menjelang. Nak tahu cerita selanjutnya??..Nantikan di siri akan datang!!. Insya-Allah dalam kesuntukan waktu yang ada kerana beberapa hari lagi bakal menyambng semula perjuangan, akan saya buat yang terbaik untuk menghabiskan siri JDK Zon Tengah ini.Insya-Allah.



Khamis, 27 Januari 2011

Puteri Permata 16 yg dpt Lesen P??

Assalamualaikum shbt dan pembaca sekalian..

Marilah sama-sama kita mendoakan shbt kita Nur Syazwani bt Azizan.. Beliau akan menduduki ujian kereta untuk dapat lesen P hari ni..

'Ya Allah.. Berilah Yang Terbaik Baginya.. dan Dampingilah Dia Di Setiap Waktu dan Di Mana-mana Tempat.. Ameen*

^^ Wani.. Gambatte-masu! Chaiyok2! ^^

Rabu, 26 Januari 2011

Perkongsian dari JDK Zon Tengah - Siri 1

25 Disember 2010

Hakikatnya, sesi ta`aruf dalam kalangan peserta sudah bermula ketika kami sama2 menjejakkan kaki ke ILIM. Namun sesi ini dihangatkan lagi dengan permainan Ice Breaking oleh Pak Cik Engliman

Salam semut, laga pipi

Tulis nama anda!!

ok..jalan semua

Begitulah antara aktiviti yang dilakukan pada hari pertama. Kami juga berkesempatan mengenali siapa adik dan siapa kakak antara kami. Sungguh indah saat itu. Saya sangat merinduinya. Ya Rabbul Izzati, pertemukanlah kami kembali, tidak di dunia, izainkanlah pertemuan itu di syurgaMu..Amin!!


26 Disember 2010

Subuh pertama di ILIM. Subhanallah! Majoriti fatayat bangun awal. Siap dh mandi pukul 5.30 pg. (Biasalah awal2 kursus memang macam tu). Amalan dan qudwah yang patut dicontohi dan diteruskan hakikatnya. Ramai dari kalangan fatayat yang berqiamullail dan baca Al-Quran sebelum subuh hari ini. Ahh.. tenang rasanya duduk dalam suasana begini.

Solat subuh berjemaah


Pak Cik Ibrahim memberi taklimat perjalanan program harian

Khusyuk mendengar kuliah subuh

Hari kedua berada di ILIM, kehangatan JDK Zon Tengah masih belum terasa. Sebahagian peserta merungut mahu balik ke rumah. Pada sebelah pagi, kami menjalani sesi raptai bagi majlis perasmian pembukaan. Sesi perasmian yang 'real' diadakan selepas Zohor. Kehadiran naib juara Akademi Quran 3 memeriahkan lagi suasana. Bacaan adik Muhammad yang merdu menggamit setiap hati yang mendengarnya. Apatah lagi beliau mengalunkan surah Luqman dari ayat 12 hingga 19 dengan jenis bacaan dan lagu tilawah yang berbeza.

Nanyian lagu tema di majlis perasmian


27 Disember 2010

Modul anjakan paradigma bermula. Kami semua peserta dipisahkan kepada 2 kumpulan. Satu ujian dan cabaran sebenarnya kerana dengan perpisahan sementara ini, semangat assabiah akan bertambah kuat. Di sinilah ujian ukhuwah yang sebenar berlaku. Bagi sesetengah peserta modul ini adalah satu modul yang membosankan kerana hanya duduk dengar ceramah selama seminggu. Hakikatnya, banyak input berguna yang kami peroleh untuk diaplikasikan di IPT nanti. Pelabagai slot ceramah yang kami lalui. Antaranya 10 ciri peribadi muslim, Konsep Dakwah, Tasawur tarbiyah dan kepentingan halaqah, dan banyaaaaak lagi.

Pembentangan kumpulan

Sesi perbincangan

Ayuh!! Gerak Jati Diri bermula..

Pada sebelah malam kami dikehendaki duduk dalam halaqah Al-Quran. Tapi sebelum itu, ujian penilaian tajwid harus ditempuhi terlebih dahulu. Hm.. bagi yang dah lama meninggalkan ilmu tajwid, berpusing-pusing juga mencari jawapan. Namun ianya sedikit sebanyak membangkitkan kesedaran peserta agar mengambil berat akan ilmu tajwid ini.


Setelah selesai. kami dibahagikan mengikut kumpulan masing2 yang berbentuk halaqah. Modul yang digunakan bagi sesi halaqah ini adalah Quranuna. Ouhh... pertama kali melihat kertas hafalan, banyak rungutan yang keluar dari kalangan peserta
"banyaknya yang kena tanda!! Kecil2 pulak tu... "
" ala...buat apalah tanda banyak2, bukannya tak hafal surah sajadah ni"


Tetapi, impak yang kami dapat setelah menggunakan teknik ini begitu mengujakan! Andai ustaz Rahim tanya - ok, ayat 12 , automatik mulut kami akan menyebut "walau taraaa izil mujrimu...". Begitu juga dengan "kuiz matematik" yang ustaz rahim buat- " 1+2 berapa?" Jawapannya bukan tiga tetapi " am yaqulu naftarah" (ayat ketiga surah tersebut). Teknik yang sangat berkesan walaupun lambat. Dengan itu secara automatik, dalam keadaan menghafal, ada sesetengah peserta yang membuka Al-Quran untuk menghayati maksud surah tersebut. Mungkin tahap hafalan sesetengah peserta berbeza, namun ia bukanlah satu penghalang untuk kami terus tabah menghabiskan setiap daripada ayat surah ini. Berani?? Cubalah!!!



Perkongsian dari JDK Zon Tengah - Prolog

Hari pertama menapakkan kaki ke Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Pelbagai perkara yang menerjah kotak fikiran setiap peserta yang hadir ke sini. Apatah lagi melihat wajah2 baru sahabat2 yang belum pernah jumpa sebelum ini. Masing2 mempunyai penilaian masing2 mengenai JDK ketika pertama kali menjejakkan kaki di ILIM Bangi.


Pemandangan ILIM dari asrama

Lif untuk ke bilik penginapan

Tangga asrama

Bilik penginapan



Auditorium As-Syafie


Court Bola tampar dan sepak takraw

Ke surau

Dewan Ibn Khaldun


Di hadapan kaunter rasmi


Bangunan asrama wanita


Begitulah antara tempat2 di ILIM.Untuk selanjutnya, akan bersambung di siri akan datang!

Isnin, 24 Januari 2011

Bakal menjelang : Siri JDK Zon Tengah


Pertama dan selamanya marilah sama2 kita panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana telah mengizinkan saya dan para pembaca untuk singgah di laman ini. Pertamanya saya pohon seribu kemaafan kerana sudah lama tidak meng"post" apa2 entry baru di sini. Mungkin tiada kesempatan untuk saya mengemaskini tapak permata16 ini. Asif jiddan. Cuma untuk makluman semua , semasa di Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010/2011 saya telah mengambil inisiatif untuk menulis catatan perjalanan harian ketika di sana untuk coretan di tapak permata16 ini. Cuma saya pohon maaf sekali lagi kerana ketika ini saya ada keperluan lain yang harus segera saya selesaikan. Pohon maaf sekali lagi. Dan untuk semua ahli Permata16 , antunna bolehla mengupdate blog ini dan mungkin antunna juga boleh menceritakan pengalaman dan hikmah yang antunna perolehi di JDK masing2 . Wallahu`alam

Sabtu, 22 Januari 2011

Istimewa buat Zahidah...


Tanggal 22 Januari 2011,merupakan tarikh keramat bagi seorang mujahidah permata16 yang telah berangkat ke Sudan pada tarikh tersebut.Perginya dia bukan sebagai duta negara mahupun sebagai menteri ternama..Namun,keberangkatannya tetap dibangga kerana berangkatnya dia adalah sebagai mujahidah yang bakal menggegar dunia dengan ilmunya...Insyaallah..
Zahidah..dengan bermulanya langkahan baru di dalam hidupmu,kami doakan agar setiap langkahan berikutnya sentiasa didalam lindungan dan kasih sayang Allah.Ingatlah sahabat,tersungkurnya kita dipertengahan jalan adalah kerana kesilapan kita di titik permulaan..oleh itu,mulakanlah langkahanmu ini dengan niat serta wasilah yang hanif..
Lastly..MABRUK ALAIK!
sebab jadi warga generasi 16 matri yang pertama melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas SPM..

Jumaat, 21 Januari 2011

Peta Pemikiran.. Mind Map

Bismillah..

There's one morning slot with Pak Cik Ibrahim, Pengurus JDK ZOn Tgh where he talked about mind map..

The thing is in this world u know.. what you think is what you get! Seriously..!! You are what you believe!

Ok.. lets make a picture in our mind.. every morning we wake up right? we thought in our heads... solat subuh.. and then just go trough the day.. Solat-Breakfast-Lunch-Zuhur-Tea-Asar-Dinner-Maghrib-Quran-Isya'-Sleep.. everyday is going with the flow.. waiting and waiting till the results come out.. right? and then when the result come out, that is the time when we decide what we'll do.. lame.. That is soo lame..

So Mind Mapping is actually what you set out in your mind.. In the days waiting for the SPM result to come out of the Lembaga Peperiksaan, you should aim something new.. Maybe today I'll memorize a surah? or Maybe today I'll learn a new recipe? or Maybe today I'll write something USEFUL in my blog n FB? You can draw the whole day in your head and go through the day doing actually something benificial..

So people! Lets start mindmapping.. VIRTUALLY.. no need for kertas mahjong or marker pens.. just draw out the picture of your day in your mind.. REFRESH your INTENTION lillahi ta'ala and make sure your are in the ROAD OF TRUTH.. then go on and live your life..!!

Mind map your day doing something that can make this world a better place to live in! so.. come on.. heads up! keep smiling and..

KEEP MOVING FORWARD!

~~The Choice is in Your HANDS~~

JOM!

16 Januari 2011

Sumayyah(bkn nama sebenar) meng'on'kan internat dan terus menaip http://permata16.blogspot.com/,dengan harapan mendapat sedikit pengisian dan perkongsian drpd sahabat2nya yang baru pulang dari kursus JDK."emm..takde papepon..x pe lah,diorang baru balik..penat kot..."dia bermonolog didalam hati.

17 Januari 2011

Hari-harinya yang sibuk dilalui seperti biasa.Menolong ibu melakukan kerja2 rumah,mendaftar upu,belajar memandu..Namun,disebalik kerja2 hariannya,jauh disudut hatinya,sumayyah sangat merindui perinagatan/tazkirah seperti yang sering dia dapat di matri dahulu,baik daripada sahabat se'batch' mahupun murabbi2..Dia menyedari lemahnya dia utk bermujahadah,beristiqamah membaca buku2 fikrah ataupun membuat usrah dirumah..lalu Sumayyah menghubungi sahabat2nya,alhamdulillah,bebual denagn mereka sedikit sebanyak mengisi kekosongan hatinya..

20 Januari 2011

Ingin dihubungi sahabat2,kredit pulak dah merah.."xkan nak suruh org call aku,sedangkan aku yang nak pengisian..nak mintak mak topup,seganla.. Kefuturan dan kekosongan hati kembali menghantui..Sumayyah sekali lagi membuka blog permata16,namun blog itu tetap sepi.Harapannya utk mendapat pengisian dan perkongsian dari sahabat2 seperjuangan,tidak kesampaian.Bukan tiada pengisian yang boleh dicari di laman web ataupun blog2 yang lain..Tetapi peringatan dari sahabat seperjuangan selama 5 tahun itu,baginya,lebih bermakna dan menyentuh hati.

Pada malamnya,sumayyah meng'on'kan laman sosial kegemaran ramai,facebook,atau lebih dikenali sebagai fb..

"perghh!!ramai jiddan online..eh,ada org invite,join alumni jdk...join je lah.."beberapa saat kemudian,terpaparlah di skrin komputernya,group alumni tersebut.."hurmm..ramainya org saling komen-mengomen,bagi peringatan,tukar2 pendapat..rajinnya diorang bukak fb..eh,ada budak laki skali?Ish!apalah aku ni,budak laki pun pergi jdk gak,lupe lak.."sumayyah bermonolog sendirian.."kenapa dalam fb ni diorang rajin jer bukak,komen,dah la laki pompuan..Tapi xde pun yang update blog..."syaitan memulakan tugasnya menanam su'uzhon di dalam hati sumayyah.."ish,ape la aku ni,x baik sangka yang bukan2..x pe,biar aku yang mengimarahkan kembali blog tu.."Tekadnya di dalam hati..baginya,biarlah orang melihat blog ini sebagai medium yang lapuk,tetapiu baginya,inilah salah satu medium terbaik utuk mereka saling ingat memperingati dan berkongsi,di samping berhubung melalui telefon..


(Jom la...share something..ana rindu tazkirah dan kata2 daripada antunna..x perlu pun nak buat ayat sedap2 ke,panjang2 ke..biarlah datang dari hati,moga sampai jua ke hati..boleh kan?Ana RIIINNNDUUU sangat!)



*kisah ini berdasarkan kisah benar,tetapi telah diedit untuk menjaga privasi penulisnya..

by:sumayyah(bukan nama sebenar..hehe)