Isnin, 7 Mac 2011

JDK Zon Tgh Siri 3

Sambungan siri Perkongsian dari JDK Zon Tengah...

Bismillah. Sebenarnya, siri ini dimulakan oleh permata yang lebih hebat penulisannya. Namun, kerana beliau menyertai Kursus Intensif Bahasa Arab [KIBAR] nun jauh di bumi wakafan, maka dengan itu, siri ini tergantung.

Bila melihat laman sesawang ini semakin bersawang, terdetik di hati saya untuk mencoret sesuatu dan saya memilih untuk menyambung siri Perkongsian dari JDK Zon Tengah yang ke3.

Seperti yang telah sahabat saya ceritakan sebelum ini, kami seramai 13 orang puteri permata16 mengikuti Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan. Kami berkampung selama 22 hari 23 malam di ILIM Bangi dan menjalani kursus yang melatih diri menjadi pemuda yang berguna untuk agama, bangsa dan negara InshaAllah.

Setakat yang dicertakan, kami telah melalui modul anjakan paradigma dan memasuki hari kedua modul Khidmat Masyarakat.`Pada hari kedua kami melalui LBS Training iaitu Latihan LIFE BASIC SUPPORT. Dengan didikan dan bantuan abang-abang dan kakak-kakak CUCMS (Cyberjaya University College of Medical Science), kami belajar 2 bantuan kecemasan iaitu choking dan Cardiopulmonary resuscitation (CPR).

Kami berta’aruf dengan dua model untuk bantuan choking. Mereka ialah anak patung baby yang comel dan si Choking Charlie.

Bagi bahagian CPR pulak, bertemu pula dengan si baby comel dan ummm… patung itu… Alhamdulillah, seharian duduk di Dewan kami dapat ilmu baru dan dapat mempraktikkannya. Bila dah dengar teori dari ketua faci, rasa macam senang jer… Tapi bila nak praktikalnya, walaupun dengan patung, rasa ‘alahaiii… susahnya.’ Tak boleh nak bayang kalau benda terjadi di depan mata. Walaupun begitu, andai tetap berlaku insiden-insiden cemas seperti ini, inshaAllah, peserta Jati Diri Wilayah Tengah bersiap sedia untuk membantu seadanya.

TO BE CONTINUED...

2 ulasan:

  1. andai masa bisa diputar kembali..
    ingin sje dihentikan masa darpd terus berlalu..
    namun semua itu jauh sekali dari kuasa...

    BalasPadam