Sabtu, 12 Mac 2011

Masa.. Pembaziran & Mengisi Masa Kosong Ke Arah Kebaikan


Pembaziran Masa

‘Buang masa’ merupakan suatu istilah yang sering kali disebut. Kita dapat lihat siang malam bagaimana segolongan orang membazirkan masa. Soal haram atau halal tidak mereka pertikaikan lagi, kerana sudah lupa Allah, lupa waktu sembahyang dan lupa dari segala kewajipan dunia dan akhirat.

Dimana-mata sahaja kita dapat dengar dan lihat dengan mata kepala, orang Islam membazirkan masa. Tidak siapapun yang boleh bertindak terhadap golongan ini, selagi mereka sendiri tidak insaf betapa bahanyanya akibat pembaziran masa!!!

Pengisian Masa Kosong

Nikmat kelapangan, merupakan suatu nikmat yang ramai di antara yang lalai atau tidak tahu bersyukur di atas nikmat tersebut. Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua nikmat di antara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kaburi mata melihatnya - masa sihat dan masa lapang.’

Masa kelapangan ialah masa-masa yang tidak sibuk dengan urusan kerja buat di dunia, yang sampai menghalang seorang itu dari melakukan amalan akhirat. Didalam satu hadis Rasulullah SAW yang masyhur maksudnya:

‘Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum lima waktu yang lain: Masa hidup sebelum kamu mati, masa sihat sebelum kamu sakit, masa lapang sebelum kamu sibuk, masa muda sebelum kamu tua, masa senang sebelum kamu susah.’

Masa lapang tidak akan kekal. Di masa kekosongan pasti diisi dengan perkara yang baik atau yang jahat, kerana seseorang itu di waktu kosong akan berfikir sama ada perkara yang baik atau yang buruk.

Berlumba-luma ke Jalan Kebaikan

Al Quran sangat-sangat memberi galakan kepada kita supaya mengerjakan kebaikan, sebelum datangnya masa kesibukan dan kesusahan.

“ Untuk tiap-tiap umat diantara kamu (umat Muhammad dan sebelumnya), kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikanNya satu umat saja. Tetapi Allah hendak menguju kamu terhadap pemberianNya, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan”.

(Q.S. al-Maidah: 48)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan