Sabtu, 18 September 2010

Perginya lagi seorang murobbi....


Sewaktu mendapat berita

"Ust. Dahlan dah MENINGGAL"

Tiada kata yang terungkap,
Terkejut,
Sedih,
Hiba,

Siapa tahu, beliau pergi pada saat kita semua bercuti di rumah.
Dan sebenarnya .........ana selaku moderator yang ditugaskan untuk meng''update'' blog ini pun tidak tahu ingin menulis apa...

Tergamam..itulah perasaan yang dirasa saat ini. Selepas mendapat berita pemergian ust. dahlan, terus saya mendapatkan laptop dan meng`on` kan internet.

Ust Dahlan, banyak sungguh jasanya. Beliaulah yang mengasaskan Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) pada Ogos 1987. Dan seperti yang kita saksikan sendiri, sudah banyak kemenangan yang diraih sejak MATRI ditubuhkan.

Ust Dahlan,
Dialah murobbi, Dialah suami, dialah ayah, dialah penyeri
Pemergiannya tiada pengganti
Jasanya tidak dapat diganti
Budinya tidak terbalas dengan harta duniawi
Dialah sang MUROBBI!!




Kami mengikrar janji,
akan meneruskan perjuangan panji islami,
Menyebarkan dakwah dan fikrah tarbawi,
Moga ALLAH memberkati!!
ALLAHU AKBAR!!

Berjuang menempah susah,
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka,
Seorang mujahid memburu syahid,

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan rasul-Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Khamis, 16 September 2010

ERTI SAHABAT

Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.




Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.




Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jumaat, 10 September 2010

Salam lebaran dari kami-16th Generation of MATRI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dalam kesempatan yang ada, kami, Generasi ke-16 Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah Al-Islamiyah menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada yang daripada kami pernah membuat anda terasa, tersilap bicara, atau apapun yang membuat anda semua tidak senang dengan kami semua.

Kami, 16th Generation of MATRI hanyalah manusia biasa yang acapkali membuat silap dan salah. Justeru, bersempena Eid Mubarak ini, sudilah kiranya para pembaca memaafkan kami seikhlasnya..

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLILFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZIN kepada semua pengunjung blog kami ini. Moga Ramadhan yang baru berlalu benar-benar membuatkan kita kepada fitrah seorang muslim yang sebenar,
Insya-Allah..

Di kesempatan ini juga kami memohon doa dari semua pembaca untuk kejayaan kami di dunia dan akhirat amnya dan untuk SPM yang bakal tiba khasnya..
Semoga kita semua dirahmati Allah hendaknya..

Khamis, 2 September 2010

16th Generation- Ramadhan terakhir di MATRI



Sedar tak sedar, sudah lima tahun kita berada di bumi wakafan ini. Tak lama lagi, kita akan keluar pula, hmm apa agak2nya persiapan kita ya??

Namun, bukan itu yang ana ingin ketengahkan sebenarnya, tetapi keberadaan kita yang melalui Ramadhan terakhir di MATRI tahun ini. Rasa rindu pula. Memang betul kata nabi, Ramadhan itu musim bunga bagi orang mu`min. Cuba tengok bunga ni.Cantikkan?? Walaupun ianya hanya bunga di taman sains sebelah koperasi MATRI.


Pada tahun ini, Ramadhan yang dilalui mungkin sedikit berbeza dari tahun lalu. Apatah lagi kehilangan murobbi-murobbi yang dicintai. Di MATRI, suasan Ramadhan itu sangat manis. Ditambah lagi kebisingan suara pelajar2nya di musolla yang sibuk membaca Al-Quran. Suasana iftar yang sangat menyenangkan. Oh!Indahnya!! Agak2 nya bila lagi kita semua akan merasai suasana itu??


SEKITAR RAMADHAN DI MATRI

Tadarus Al-Quran sesi hafazan petang



Cawan2 plastik yang digunakan untuk iftar di dataran (Kami pasti merinduimu!!)

Menunggu giliran mengambil talam (Iftar jama`ie)

Menunggu waktu berbuka puasa

Ada juga yang berbuka puasa bersama-sama ahli halaqah

Allah juga telah mengizinkan kita untuk menempuhi musim peperiksaan percubaan di dalam bulan yang mulia ini. Satu cabaran sebenarnya kerana terpksa mengharungi suasana lapar dan dahaga sepanjang peperiksaan dijalankan. Ditambah pula dengan waktu malam yang diisi dengan solat tarawih. Letih rasanya. Namun, demi mencapai takwa-Nya, semua itu dapat dilalui dengan baik sekali. Malah, semuanya tampak bersungguh-sungguh untuk melipatgandakan amalan masing-masing di bulan ini. Mabruk `alaih!!

Dewan peperiksaan percubaan SPM

Sedar tak sedar, musim bunga ini akan berakhir tidak lama lagi. Kita juga sudah memasuki fasa ke-3 Ramadhan di mana pada fasa ini terdapat satu malam di mana Allah telah melipatgandakan pahalanya lebih baik dari 1000 bulan. Dalam fasa ini juga kita haruslah bersungguh-sungguh untuk memohon keampunan dari Allah serta memohon agar terhindar dari api neraka.Oleh itu, sama-samalah kita beramal dengan sepenuh kudrat yang ada. Siapa tahu, ini Ramadhan terakhir buat kita kan??


"Celakalah bagi hamba-Ku yang keluar dari bulan Ramadhan tetapi

dosanya tidak diampunkan"
-alhadith-


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


RAMADHAN KAREEM!!

hambanya yang sombong..

Bismillah..

Alhamdulillah.. 10 akhir Ramadhan membuka tirainya.. tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menjalani ibadah puasa.. bagaimana pengambilan keberkatan pada bulan ini?

Fasa pertama, fasa kerahmatan sudah pun berlalu..
Fasa kedua, fasa keampunan sudah pun berlalu..
Tinggal fasa ketiga, fasa terselamat dari api neraka yang masih menunggu..

Teman-teman sekalian,
Ramdhan datangnya hanya setahun sekali.. Bulannya penuh barakah. Pada zaman Rasulullah saw, bulan ini amat dinanti-nantikan.. Pada akhir bulan Ramadhan ini, sahabat-sahabat menangis melihat ianya pergi.. Tapi kita?

Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin."
[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad].

fikir-fikirkanlah..

Sesejuk maaf di kalbu


Pertama sekali ana ingin pohon kemaafan kepada semua mujahidah permata 16 kerana mungkin post yang ana baru delete sebelum ni menimbulkan banyak konspirasi. Mungkin ada pihak yang setuju dan ada sebahagian yang tidak setuju. Terima kasih atas teguran yang diberikan. Indahnya hidup bila mengamalkan islam kan?? Semuanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Hmm... jadi apabila kita keluar dr MATRI x lama lagi, salinglah tegur-menegur macam ni... Barulah hidup itu indah kerana ukhuwah kerana-Nya..Wallahu`alam