Rabu, 18 Mac 2009

sahabat??hemm..


"engkaulah sahabat ku dunia akhirat"...

"engkaulah sahabat sejatiku"...

"engkaulah teman dikala ku duka,dikala ku gembira....bla....bla....bla..."...

"engkau tetap dihatiku"...

"engkaulah penguat semangatku"...

dan memacam lagilah ayat2 power yg slalu kita guna utk diabadikan atas kertas,dlm sms,time chatting,time berborak n sebagainya....
apa yg dapat ku lihat,yg dapat kurasai,perubahan masa telah memudarkan nilai2 insan yg menggalas gelaran sahabat..

menyelak kembali lembaran sejarah para sahabat....
kisah ini berlaku time tentera islam dlm perjalanan nk mana ntah(ana x ingat)....
ada seorang tentera A nih,dia turun dari kuda dia...than, dia tertunduk2 seperti mencari sesuatu...
tentera B  pun pelik la melihat kelakuan sahabatnya...tentera B pun bertanya kpd tentera A apa yg sebenarnya berlaku....tentera A pun cakap la kat tentera B yg botol airnya hilang..
tentera B pun turun dari kuda dan tlg tentera A cari btl airnya....
dan begitulah yg berlaku pada tentera2 yg seterusnya sehinggakan semua tentera islam yg berada di situ tertunduk2 mencari botol air tentera A...

kita dapat melihat di sini bahawa ukhuwah yg telah para sahabat bina begitu akrab...
berbeza dengan zaman skarang...nk baca kisah persahabatan zaman skang bagaimana pula??...
yg baik jadikan teladan,yg buruk jadikan sempadan...

alkisahnya berbunyi begini...
di sebuah sekolah ni,terdapat beberapa pelajar yg akrab persahabatan mereka...mereka bernama zhulaika,suraya,amira n saleha....mereka ibarat isi dengan kuku....x boleh dipisahkan... study skali, mandi skali,makan skali dan banyak lagilah skali nya....
satu hari,cermin mata zhulaika hilang...zhulaika mencari cermin matanya di merata tempat...tapi dia x jumpa...dia pon tanya la kengkawan yg dia rapat tuh dengan harapan kengkawan dia dapat membantu mencari cermin mata tu...
pabila zhulaika bertanyakan ttg spek mata dia yg hilang tu,kengkawan dia hanya menggeleng dan menjungkit bahu tanpa turut serta dlm pencarian cermin mata zhulaika yg hilang tu....
(kisah ini tiada kaitan dengan yg masih hidup atau mati...kalu sama ianya hanyalah kebetulan sahaja yg boleh diambil pengajaran)

see...kita boleh lihatkan perbezaannya....ukhuwah generasi awal dan sekarang....
adakah ayat2 pawer yg slalu bermain dibibir2 kita benar2 kita maksudkannya?atau ianya sekadar halwa mulut?

 sahabat....sahabat....sahabat....
ertinya amat besar bagiku...kita sering saja meluahkan perasaan kita pada insan yg bergelar sahabat...suka,duka,sedih,gembira,ketawa,menangis....dan dia setia menadahkan telinganya utk mendengar luahan hati kita...sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dlm persahabatan,begitu juga dia...

tapi,kengkadang kita lupa....lupa untuk mendengar luahan hatinya....terlalu asyik bercerita ttg diri kita....bila tiba je time rehat kat sekolah,dia belanja kita makan....walau hanya sebiji  coklat....setiap kali kita mengantuk dalam kelas,pasti dia akan mengurut belakang kita kerana dia x nk kita ketinggalan dalam pelajaran...bila kita ada masalah ekonomi(huhu),dia hulurkan bantuan....bila kita nk basuh baju waktu mlm kat kolah yg x der lampu tu,dia sudi menemani  kita...

semua itu dia lakukan kerna ingin menjaga sebuah persahabatan....itulah yg dinamakan pengorbanan seorang sahabat....
adakah kita sanggup melakukan semua itu??...senyum ketika hati terluka,ketawa ketika hati menangis....adakah kita layak bergelar sahabat?
utk menjadi sahabat yg sebenarnya adalah amat sukar...
cubalah utk memahami org lain,barulah mereka akan memahami kita......

"ya Allah,kurniakan lah kpd ku seorang sahabat yg dapat membimbing tangan ini ke syurgaMu..."

(sbnrnya mata nih dah ngantuk...sory kalau ayat pon dah x betul)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan