Jumaat, 20 Mac 2009

Jaga Pandangan

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran diperdengarkan oleh kakak-kakak dengan penuh merdu dan penghayatan malam tadi. Terjemahan ayat-ayat surah An-Nisa’ dibacakan satu persatu. Ternyata memang setiap ayat Al-Quran adalah nasihat bagi pembacanya. Satu ayat yang ingin ku kongsikan adalah ayat ke 31 yang diantaranya bermaksud :

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat….

Ini hanya sebahagian dari surah An-Nisa’ ayat 31…hari ni nak highlight satu je.. Kita perempuan yang beriman kena jaga pandanggannya, ni bukan bermaksud tutup mata dengan spek hitam ke, tunduk muka sampai langgar tiang elektrik ke tapi sebenarnya kita halang mata kita dari lihat sesuatu yang tak membawa kepada manfaat. Ia tak menambah keimanan kita atau ilmu kita dan tak membeir kita apa-apa. Ada juga yang tak tambah iman, tak tambah ilmu tapi tambah dosa, tu memang kena elak dari memandang.. Contoh-contohnya, cerita Korea, Jepun, Taiwan, Orang Puteh, Sinetron, Carekarama, Realiti TV, Hiburan, Konsert dan yang seangkatan dengannya.. Ini teguran bagi diriku sendiri yang tengah mencuba reduce tenguk cerita jepun yang tak membawa manfaat.. Tapi kalau benda tu bawa manfaat, silakan tapi betulkan niat. Niat nak tenguk benda tu kerana ………………………………… Kalau niat ok, dapat manfaat insyaAllah ok.. Jadi disini, sama-samalah kita menjaga pandangan kita yer.

Wallahu’alam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan