Tentang Kami


Permata16 merupakan satu nama khas bagi puteri 16thGeneration Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah. Kalimah PERMATA telah diilhamkan oleh salah seorang batch kami iaitu Tasnim Taib. Manakala 16 pula diletakkan kerana kami adalah generasi ke16 MATRI.

Kalimah PERMATA direka kerana mengambil analogi wanita solehah umpama permata dicelahan kaca. PERMATA  juga melambangkan satu produk berharga yang telah diproses di satu bumi tarbiyah iaitu MATRI.

Permata16 telah wujud di MATRI sejak tahun 2006 lagi dimana ketika itu kami semua berada di tingkatan 1. Pelbagai ujian dan cabaran ukhuwah telah kami lalui sehinggalah tahun 2010. Insan yang berada di Permata16 juga ada yang silih berganti. Kebanyakan ahli Permata16 telah berpindah ke sekolah lain setelah tamat di tingkatan 3. Akhirnya pada tahun 2010 bilangan yang tinggal hanyalah berjumlah 49 orang. Namun, kami tetap berusaha agar penerusan ukhuwah di kalangan rakan2 yang telah berpindah berjalan dengan baik.

Kini. Permata16 adalah salah satu generasi yang telah menjadi ahli Persatuan Lepasan MATRI (PLM). Setelah tamat SPM pada tahun 2010 kami semua membawa haluan masing-masing. Reunion pertama telah diadakan pada 23 Mac 2011 ketika keputusan SPM diumumkan. Keetika artikel ini ditulis, ahli Permata16 sedang menunggu surat tawaran daripada mana-mana IPT untuk menyambung pelajaran.

Kami berharap agar semua pembaca sentiasa mendoakan kejayaan kami dan anda semestinya!