Sabtu, 3 Ogos 2013

Ramadhan. Sekurang-kurangnya 3 perkara.

Assalamualaikum wrb. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan izinNya, kita semua bernafas, tersenyum pada hari ini. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, Rasul ummat kita, juga pada keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda kerana dengan usaha mereka beserta keizinan Allah kita dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu IMAN dan ISLAM. Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan setahun sekali,
Kini tinggal 5 hari lagi,
Mohon maaf lama menyepi,
Mengumpul kekuatan untuk mengisi.

Menahan lapar dahaga ujian puasa,
Menanam sabar juga mendidik hati,
Bulan puasa hentian bekalan kita,
Bekalan hadapi hari-hari menanti.

Ya Rabb! Sangatlah teruk pantun. :D

Perkongsian kali ini seperti tajuk di atas, Ramadhan. Sekurang-kurangnya 3 perkara.

(1) Iktikaf
(2) Lailatul Qadar
(3) Munajat & Doa

Iktikaf ni ada bulan Ramadhan je sebab iktikaf ni syaratnya BERPUASA. Rasulullah memperbanyakkan iktikaf pada 10 malam terakhir. Iktikaf di masjid bagi lelaki, dan ruang ibadat bagi perempuan. Tapi ulama' telah berbahas dan membenarkan wanita pon untuk beriktikaf di masjid dengan syarat tidak membawa fitnah & mendapat keizinan suami (bagi yang sudah berkahwin). =)

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya:
كان رسول الله يعتكف العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan” HR Bukhari dan Muslim

Apa yang dilakukan waktu iktikaf??? Solat tahiyyatul masjid (sunat 2 rakaat masuk2 masjid), solat2 sunat, munajat, zikir, tadarus alQuran... ^.^
Lailatul Qadar ialah 1 malam yang sangat3 mulia yang ada pada bulan Ramadhan sahaja. Allah berfirman dalam surah Al Qadr- "The night of Al-Qadr is better than a thousand months." Al Qadr97:3
Allah merahsiakan tarikh Lailatul Qadar untuk kita bersungguh2 mencarinya. Kesungguhan kita mencari malam lailatul qadar sepatutnya sama macam kesungguhan kita berdoa. Sebab apa? Bila berdoa, kita tidak pasti sama ada doa kita akan dimakbulkan ataupun tidak kan? Tapi dah Allah kata "berdoalah padaku, Akan ku makbulkan" - Al Baqarah:186.
Begitu juga bila kita beramal di malam-malam terakhir bulan Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadar. Kita tidak pasti sama ada kita dapat ke tidak Lailatul Qadar tu tapi kita berusaha sungguh-sungguh juga. Sebab nak dapat. Macam doa tadi. ;-)
Munajat & Doa adalah amalan yang SANGAT2 perlu diperbanyakkan. Secebis dari hadis riwayat Imam Ibnu Huzaimah, khutbah Nabi dihujung Sya'ban menjelang Ramadhan.
Banyakkanlah 4 perkara; 2 mencari redha Allah, 2 nak bagi kita cukup
Cari redha Allah dengan (i) kesaksian pada Allah (La Ilaha Illa Allah) & (ii) Istighfar memohon keampunan.
Nak bagi kita cukup dengan (i) mohon syurga Allah (Allahumma inna asaluka al jannah). (ii) perlindungan dari api neraka (a'uzubika minna an nar).

Ok. Banyak dah. Itu setakat ini. InshaAllah jumpa lagi.

Penyampaian Ijtima' Kawasan Bangi-Kajang-Serdang
Ust Manaf, Masjid Putrajaya
2/8/2013
25 Ramadhan 1434H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan