Rabu, 7 Disember 2011

sebagai Mahasiswa???



Bismillahirrahmanirahim....
In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful..

Pada post yang lalu,kita telah menyebut tentang Hijrah,dimana hijrah yang sepertimana kita semua tahu adalah perpindahan...Jadi disini lebih suka saya mengajak kita semua untuk berpindah dari satu yang lebih baik.Dalam konteks kita menjadi seorang yang bergelar Mahasiswa perlulah mempunyai perubahan untuk menjadi seorang yang matang,bertanggungjawab dan sebagainya..


Jika kita kembali kepada kata-kata post yang lalu..



Marilah sama-sama kita muhasabah kembali...
Bagaimanakah tanggungjawab kita sebagai Mahasiswa..???

Apabila kita menyebut tentang tanggungjawab pasti ramai yang mengetahui makna perkataan itu.Maksud tanggungjawab ialah kewajipan yang dipikul oleh seseorang,segala yang wajib ditanggungnya.Sebagai mahasiswa,kita mempunyaii tanggungjawab yang cukup besar pada diri,keluarga,agama,masyarakat seterusnya negara.Kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar kerana pada usia inilah kita amat diperlukan untuk berkhidmat.Usia muda kita perlulah sentiasa diisi dengan pelbagai tanggungjawab besar yang merupakan tarbiyah secara tidak langsung untuk kita menghadapi pada masa depan.


Tanggungjawab kita sebagai mahasiswa pada diri sendiri,hendaklah kita memenuhi tuntutan ibadah iaitu mencari ilmu sebanyak yang mungkin.Tidak bermaksud apabila usia sudah lanjut tidak perlu mencari ilmu,tetapi pada usia muda beginilah kita sentiasa dahagakan ilmu.Ilmu pengetahuan itu sangat penting.Kita perlulah menyeimbangi ilmu duniawi dan juga ilmu ukhrawi.Hal ini kerana Allah sangat mementingkan kedua-dua ilmu tersebut kerana ilmuu merupakan saham untuk akhirat kita.

Sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:


"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu negeri akhirat,dan janganlah
kamu melupakan bahagianmu dari duniawi dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan,"
[Al-Qasas,28:77]





Maka dengan itu,kita haruslah bijak dalam mencari ilmu dan mentafsir sama ada ilmu itu baik atau buruk untuk kita.

Selain itu,kita mempunyai tanggungjawab kepada keluarga.Setiap ibu dan ayah pasti ingin melihat kejayaan anak mereka.Jadi,kita sebagai mahasiswa haruslah sentiasa belajar dan memperolehi kejayaan yang cemerlang kerana kitalah yang akan membela meraka pada hari tua mereka kelak.Kejayaan kita merupakan satu kebanggaan kepada ibu dan ayah.Setiap kegembiraan mereka dan kata-kata mereka merupakan keberkatan dan doa yang Allah sertakan untuk setiap anak yang soleh dan solehah.

Allah telah berfirman dalam ayat-Nya yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya.."
[Al-Israa',17:23]

Sesunggunhya,pelajar yang baik akhlaknya akan sentiasa mendoakan ibu bapanya setiap masa.
Seterusnya,tanggungjawab pelajar tidak akan pernah berhenti.Kita sebagai pelajar akan terus belajar untuk memegang tanggungjawab yang besar kerana kelak apabila kita menempuh alam masyarakat luar,kita pula yang akan menggantikan tempat mereka yang terdahulu yang akan pergi meninggalkan kita.Tanggungjawab kita kepada agama tidak akan bertemu noktahnya.Kita sebagai pelajar haruslah sentiasa mencari ilmu untuk memperkuatkan diri untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi di luar sana.Pelajar seperti kita yang amat diperlukan oleh agama dalam menegakkan kalimah islam.Pemuda-pemudi Islam harus bangun berjihad bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam segenap hal kehidupan.Mahasiswa sekarang yang akan bertanggungjawab dalam membentuk generasi islam seterusnya kepada sebuah masa depan Islam yang gemilang.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan) Kami,benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.."
[Al-Ankabut:29:69]

Tanggungjawab kita amat besar pada negara kita.Mahasiswa seperti kita yang akan mencorakkan Malaysi pada masa akan datang.Maka,bangunlah kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan