Ahad, 20 Mac 2011

REunion GENerasi 16 - Puteri --[REGEN I]--


Assalamualaikum wrb. Dengan hati yang gembira, ana menjemput sahabat-sahabat sekalian ke REunion GENerasi 16 [REGEN16] sesi 2011. Alhamdulillah dengan berkat doa kalian, reunion kita akan diadakan minggu ni di Bumi Wakafan tercinta inshaAllah.

Diharap semua dapat hadir sehingga ke akhir program. Tentatifnya seperti berikut:-

22 Mac 2011

06:30 Ketibaan, Santapan Pagi, Slot 1
17:30 Persiapan Bilik Result
19:30 Slot 2- Intropreksi Iman
21:00 Mesyuarat Perdana
22:00 Tayangan Multimedia
23:00 Himpun Daya

23 Mac 2011

07:00 Tazkirah Subuh, Santapan Pagi
09:00 Sharing Moments
10:00 Slot 3-Intropreksi Hati
14:00 Lambaian Bukit Ayer
18:00 Hop Back to MATRI
19:30 Halaqah
21:00 Slot 4-Bersama Adinda
22:30 Tayangan Multimedia & Himpun Daya

24 Mac 2011

07:00 Tazkirah Subuh, Santapan Pagi
08:00 Saat Waktu Terhenti
08:30 Amal Jama'ie
10:00 Slot 5-Penerusan DnT
12:00 Kalimah Akhirah
13:00 Bersurai

Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh hubungi Saudari Tasnim bt Mohd Taib & Khaulah bt Mohamad Adi.

Datanglah beramai-ramai...!!! ^^


Sabtu, 12 Mac 2011

Masa.. Pembaziran & Mengisi Masa Kosong Ke Arah Kebaikan


Pembaziran Masa

‘Buang masa’ merupakan suatu istilah yang sering kali disebut. Kita dapat lihat siang malam bagaimana segolongan orang membazirkan masa. Soal haram atau halal tidak mereka pertikaikan lagi, kerana sudah lupa Allah, lupa waktu sembahyang dan lupa dari segala kewajipan dunia dan akhirat.

Dimana-mata sahaja kita dapat dengar dan lihat dengan mata kepala, orang Islam membazirkan masa. Tidak siapapun yang boleh bertindak terhadap golongan ini, selagi mereka sendiri tidak insaf betapa bahanyanya akibat pembaziran masa!!!

Pengisian Masa Kosong

Nikmat kelapangan, merupakan suatu nikmat yang ramai di antara yang lalai atau tidak tahu bersyukur di atas nikmat tersebut. Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua nikmat di antara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kaburi mata melihatnya - masa sihat dan masa lapang.’

Masa kelapangan ialah masa-masa yang tidak sibuk dengan urusan kerja buat di dunia, yang sampai menghalang seorang itu dari melakukan amalan akhirat. Didalam satu hadis Rasulullah SAW yang masyhur maksudnya:

‘Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum lima waktu yang lain: Masa hidup sebelum kamu mati, masa sihat sebelum kamu sakit, masa lapang sebelum kamu sibuk, masa muda sebelum kamu tua, masa senang sebelum kamu susah.’

Masa lapang tidak akan kekal. Di masa kekosongan pasti diisi dengan perkara yang baik atau yang jahat, kerana seseorang itu di waktu kosong akan berfikir sama ada perkara yang baik atau yang buruk.

Berlumba-luma ke Jalan Kebaikan

Al Quran sangat-sangat memberi galakan kepada kita supaya mengerjakan kebaikan, sebelum datangnya masa kesibukan dan kesusahan.

“ Untuk tiap-tiap umat diantara kamu (umat Muhammad dan sebelumnya), kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikanNya satu umat saja. Tetapi Allah hendak menguju kamu terhadap pemberianNya, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan”.

(Q.S. al-Maidah: 48)




Sifat-sifat Orang Beruntung.. Menjaga masa!


Alhamdulillah, setinggi syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana dengan izin dan rahmatNya. Firman Allah dalam surah Al mu’minun ayat 1-5 menjelaskan sifat-sifat orang yang beruntung.

Mahfumnya; ‘Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,
dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.
Dan orang yang menunaikan zakat,
dan orang yang memelihara kemaluannya,…’

Ciri orang yang beruntung yang kedua ialah menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.

Ini termasuk menjaga masa.

Seorang penyair Arab telah bersyair:
‘Pekerjaan hari ini ditrangguh besok,
Kerana segan bukannya sebuk,
Siapa tahu hari besok,
Mungkin ajal datang menjenguk.’

Isnin, 7 Mac 2011

JDK Zon Tgh Siri 3

Sambungan siri Perkongsian dari JDK Zon Tengah...

Bismillah. Sebenarnya, siri ini dimulakan oleh permata yang lebih hebat penulisannya. Namun, kerana beliau menyertai Kursus Intensif Bahasa Arab [KIBAR] nun jauh di bumi wakafan, maka dengan itu, siri ini tergantung.

Bila melihat laman sesawang ini semakin bersawang, terdetik di hati saya untuk mencoret sesuatu dan saya memilih untuk menyambung siri Perkongsian dari JDK Zon Tengah yang ke3.

Seperti yang telah sahabat saya ceritakan sebelum ini, kami seramai 13 orang puteri permata16 mengikuti Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan. Kami berkampung selama 22 hari 23 malam di ILIM Bangi dan menjalani kursus yang melatih diri menjadi pemuda yang berguna untuk agama, bangsa dan negara InshaAllah.

Setakat yang dicertakan, kami telah melalui modul anjakan paradigma dan memasuki hari kedua modul Khidmat Masyarakat.`Pada hari kedua kami melalui LBS Training iaitu Latihan LIFE BASIC SUPPORT. Dengan didikan dan bantuan abang-abang dan kakak-kakak CUCMS (Cyberjaya University College of Medical Science), kami belajar 2 bantuan kecemasan iaitu choking dan Cardiopulmonary resuscitation (CPR).

Kami berta’aruf dengan dua model untuk bantuan choking. Mereka ialah anak patung baby yang comel dan si Choking Charlie.

Bagi bahagian CPR pulak, bertemu pula dengan si baby comel dan ummm… patung itu… Alhamdulillah, seharian duduk di Dewan kami dapat ilmu baru dan dapat mempraktikkannya. Bila dah dengar teori dari ketua faci, rasa macam senang jer… Tapi bila nak praktikalnya, walaupun dengan patung, rasa ‘alahaiii… susahnya.’ Tak boleh nak bayang kalau benda terjadi di depan mata. Walaupun begitu, andai tetap berlaku insiden-insiden cemas seperti ini, inshaAllah, peserta Jati Diri Wilayah Tengah bersiap sedia untuk membantu seadanya.

TO BE CONTINUED...