Isnin, 30 November 2009

ILMU IKHLAS...


“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.


Sumber: Majalah solusi isu 10

Kekuatan...

DI ANTARA KEKUATAN YANG HARUS DIPERHATIKAN DAN DIKEMBANGKAN DEMI MERAIH KEJAYAAN ISLAM..


1.KEKUATAN AKIDAH...
iaitu dengan menjadikan iman kepada Allah Ta'ala sebagai asas kesedaran,keyakinan,motivasi dan kekuatan penggerak dalam melakukan perjuangan agar sikap dan posisi perjuangan selalu berada di atas kebenaran.



2.KEKUATAN ILMU
iaitu mengembalikan semua gagasan,pemikiran dan konse perubahan serta jalan yang ditempuh
bersumber dan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.



3.KEKUATAN AKHLAK
iaitu adanya rasa keterikatan,semangat kebersamaan,persaudaraan,semangat berkorban,solidariti personal dan organisasi serta keyakinan akan kemenangan.Allah Ta'ala berfirman:"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan,yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah.Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar."(Al-Anfal:46)



4.KEKUATAN JIHAD DAN SIYASAH
iaitu agar ummat islam dengan pasti mampu mengantisipasi gerakan lawan sekaligus usaha memukul balik serangan lawan.Jihad meliputi:jihad an-Nafs(Mengalahkan Hawa Nafsu),jihad melawan syaitan,jihad melawan ahli maksiat,
jihad melawan orang munafik,dan jihad terhadap orang kafir..



5.KEKUATAN MATERIAL DAN DOA
material sebagai faktor pendokong yang penting dalam menyedikan sarana-sarana dakwah dan kelangsungan dakwah islamiyah dan doa adalah senjata orang mukmin.

Hendaklah kita memperbanyakkan berdoa dan mengajak kaum muslimin di mana saja berada untuk berdoa demi tercapainya kemuliaan islam.Hanya kepada Allah jualah kami berharap.



Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan islam,
apabila kita mencari kemuliaan dengan selain islam
pasti Allah menghina kita..

Beauty of math..

From a strictly mathematical viewpoint:What equals 100%?
what does it mean to give MORE than 100%?Ever wonder
about those people who say they are giving more than 100%?
we have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.How about ACHIEVING 101%?what equals
100% in life?
here's a little mathematical formula that might help answer
these questons:

If:A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z is
represented as:1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26.


If:H-A-R-D-W-O-R-K
8+1+18+4+23+15+18+11=98%

And: K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5=96%

But: A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5=100%

Then,look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4=101%


Therefore,one can conclude with mathematical certainly that:
While Hard Work and Knowledge will get you close,and Attitude
wll get you there,It's the Love of God that will put you over the
top! SUBHANALLAH.........

Sesungguhnya tiada suatu pun yang kebetulan,hatta sehelai daun
yang berguguran...melainkan semuanya dalam pengetahuan Allah...

"Ya Rabb kami,tiadalah Engkau menciptakan ni dengan
sia-sia Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari
siksa neraka.."(QS.3:191)

Selasa, 24 November 2009

Happy Holiday.. or not

Assalamualaikum..

Greetings to all readers and fellow pearls of the 16th batch..
As we are entering the time of freedom and rest, just a quick reminder
my dearest.. we all have our SPM coming up!! Don't rest too long..

To all readers just something you might have a penny for your thought...


~*~ Darkness to Light ~*~

One day, I step forward..
Reaching through the darkness..
One time, I look through this mess..
I felt at lost, alone..

Can't breath, can't see..
Where is the world taking me..
Get a grip! Hold on..
There's light at the far end..
There's still time to mend..

To all seekers..
To all searchers..
Seek His Forgiveness..
Search His Love..
Just maybe one day..
You'll see..
The world ain't dark after all.
One day you'll see..
He is always with you,
The light is shining on you!

~*~ Darkness to Light ~*~

Isnin, 23 November 2009

Program Jati Diri Insan 2009 -Part 1

BULETIN PROGRAM JATI DIRI INSAN MATRI


MATRI- Pada tanggal 9 November lalu, Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah atau lebih dikenali sebagai MATRI telah mengadakan satu program khusus untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4 yang telah habis menduduiki peperiksaan akhir tahun.Program ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa yang terluang selama 2 minggu sebelum sesi persekolahan berakhir pada 20 November 2009. Segala aktiviti yang dijalankan dalam program ini telah di atur mengikut lima platun yang telah dibahagikan iaitu Khaibar, Qadisiyah, Yarmouk, Badar dan Khaibar. Sebelum program dijalankan, setiap platun ditanggungjawabkan untuk menyusun carta organisasi, mmembuat bendera , lagu, slogan , trademark dan semua yang berkaitan dengan platun..

Dan paparan di bawah ini menunjukkan kreativiti platun masing-masing.

KHAIBAR

Kapten : Siti Maisarah Bt Mohamad Kamal

Sarjon Major : Amanina Binti Ahmad Saleh


Bendera Khaibar

Lagu platun KHAIBAR


Ayuh Khaibar majulah ke hadapan

Berjanjilah untuk bermujahadah

dan berjuang laksana mujahid pilihan
Redha Allah pasti bersama kita

Khaibar menjadi saksi

Janji Allah benar dan pasti
Khaibar juga menjadi saksi
Jihad kami di sini
Ketika mereka semua membantaimu
Usah sesekali kau berputus asa
Teguhkanlah ukhuwah eratkan mahabbah
Bersatu hati membina kejayaan
Kepayahan akan dibayar dengan syurga
Tenang dalam cintaNya..

Lagu asal : Merah Saga

Gubahan : Siti Maisarah dan Amanina


Trademark platun Khaibar

Kapten : Amalillah!!

Prebet : Khaibar!!!


Itulah serba sedikit berkenaan platun Khaibar. Sekarang mari kita tinjau pula berkenaan platun Qadisiyah.


QADISIYAH


Kapten : Siti Masitah Binti Amalludin

Sarjan Major:Afiqah Syadiyah Binti Daud




Bendera Qadisiyah

Lagu platun Qadisiyah

Q.A.D.I.S.I.Y.A.H

Qadisiyah is our team

So don`t be mean come and hear what we will sing

From the letter sort by the king

Quality children of MATRI the only one

Deception of the evil ignore them away

sharing and cooperating ( cooperating )

intelligence and courages ( and courages )

Yes it is!!

We can make it!!

Allah is with us

Helping all the way trough

Allah is with us

Helping all the way trough

Q.A.D.I.S.I.Y.A.H (x2)

QADISIYAH!!

Lagu asal : Seniour tingkatan 5 2006


Slogan platun Qadisiyah

Kapten : Siapa kita??

Prebet : Asadullah!!

Kapten : Apa matlamat kita??

Prebet : Redha Allah!!!

Kapten : Kita berjuang untuk siapa??

Prebet : Untuk Islam!!

Kapten : Qadisiyah!!

Prebet : Mumtaz!!

Kapten :Dange hase hate

Prebet : QAAAADIIIII


Trademark platun Qadisiyah

Kapten : Redha Allah!!

Prebet : Qadisiyah!!




Hmm...Khaibar dah..Qadisiyah pun dah..ape kata kita tengok pula platun Yarmouk!!!



YARMOUK

Kapten : Noor Syafina Binti Shu`ib

Sarjan Major : Nurul Nadiah Binti Zaini




Bendera YARMOUK

LAGU PLATUN YARMOUK

1.VOCESS OF YARMOUK

Nahnu Yarmouk

Najtahid kulla yaum

Linahsulu mardhotillah

Ijtahid ya nisa`ie

Don`t give up

Never say we`re losing

Let`s go conquer the world of Al-Islam

We are the young caliphs

Standing for the new great foundation

Make the world full of al-jihad

We are the symbol of the ukhuwah

We fight the darkness of al-jahiliyah

Kamilah Yarmouk

Tak takut gentar

Berjuang seikhlas hati

Harapan kami martabatkan cita

Biarlah apapun terjadi

Lagu asal : Aku Hanya Umar ( rangkap " tidurmu di rimbunan tamar")

Gubahan : Ahli Yarmouk


2.MUJAHIDAH OF YARMOUK

Kita .....

Mujahidah agama

Pejuang dan pembela

Menanti sinar keredhaanNya

(kapten : 1..2...3)

Yarmouk nyala dan membara

Menerang yang gelita

di tengah kegelapan

Menyinarkan cahayanya

Disuluh keimanan

Meraih keredhaan

Bersama ayuh kita gegas bangkit

Menuju impian setinggi langit

Kekal semangat tiada hujungnya

Hingga ke akhir masa

Mereka tiada punya kuasa

Menghalang suratan yang Maha Esa

Kan yarmouk bangkit berusaha

Tiada berputus asa...(x2)

Lagu asal : Hanyut

Gubahan : Syafina Shuib



SLOGAN YARMOUK

United we Stand

Devided we fall

Hadapi lawan di dalam padang

Terus maju

Berusaha

Yakinkan diri kuatkan hati

One Sound One Band ....Yarmouk!! Yarmouk!! (x2)

Lagu asal : Tom Tom Bak

Gubahan : Form 2 Yarmouk



Trademark Yarmouk

Kapten : One Sound !!

Prebet : One Band !!

Kapten : We are!!

Prebet : Yarmouk!!

Kapten : United we stand!!

Prebet : Devided we fall!!

Kapten : We are!

Prebet : Yarmouk!!


Sama-sama pula kita lihat serba sedikit tentang platun Badar!!


BADAR


Kapten : Tasnim Binti Mohd Taib

Sarjan Major : Alia Izah Binti Zaini


Bendera Badar

Lagu platun Badar

Mentari pagi hari bermula

Bersemangat kami tingkatkan usaha

Takbir bergema kalimah Yang Esa

Harapan yang ada semakin membara

Bersatu BADAR

Berjuang bersama

Yakinkan dirimu sepenuhnya

Berlari ke arah keredhaan (2-kemenangan)

Melangkah jauh dari yang biasa

Bersatu Badar

Berjuang bersama

Yakinkan dirimu sepenuhnya

Berlari ke arah keredhaan

Melangkah jauh dari yang biasa

Isbir ya Badar

An-Najah fi yadina

We try our best to be the best

Insya-ALLAH

Lagu asal : Gemuruh

Gubahan : Tasnim Mohd Taib


SLOGAN PLATUN BADAR

Kapten : 1 - 2 - 3

Kapten + Prebet : Isbir Ya Badar An Najah Fi Yadina


TRADEMARK PLATUN BADAR

Kapten : B to the A to the D to the A to the R!!!

Prebet : BADAR!! ALLAHUAKBAR!!

Kapten : ba ila dal ila ra

Prebet : Badar!! Chaiyok chaiyok!! Ganbatte ganbatte!!

Kapten : B to the A to the D to the A to the R!!!

Prebet : BADAR!! ALLAHUAKBAR!!



Khaibar sudah, Qadisiyah sudah, Yarmouk sudah dan Badar pun sudah..Jeng3 tibalah masanya untuk UHUD!!


UHUD


Kapten : Asma` Binti Mohd Kamal

Sarjon Major : Nabilah Izzati Binti Muhd Fauzi


Bendera Uhud


LAGU PLATUN UHUD


Uhud tegar bersama semangat

Yang tiada bandingannya

Gemuruh suara bertakbir

Melaung kalimah Yang Esa

Uhud bangkit membawa cahaya

Bersinar bergemerlapan

Menggengam panji kemenangan

Menuju ke puncak impian

Oh Uhud

Bangkitlah berjuang

Bebaskan dirimu dari kekalahan

Tiada lagi tembok menghalang

Uhud tiada bandingan

Uuu..ooo!!

Lagu asal : Isra` Mikraj

Gubahan : Asma` Kamal dan Nabilah Izzati


SLOGAN PLATUN UHUD


Everywhere we go

People want to know

Who we are

Soldier of Allah

Happy happy takbir

Allahuakbar

Kapten : Uhud!!

Prebet : The great !!


TRADEMARK PLATUN UHUD

Kapten : We are fighting back

Prebet : Allah..Allah..

Kapten : We..we..we fighter!! we fighter!!!

Prebet : Uhud!!Uhud!!

Kapten : We fighter!! We fighter!!

Prebet : Uhud!! Uhud!!

Kapten : TAKBIR!!

Prebet : Allahuakbar!!

Kapten : We are fighter!!

Prebet : Uhud!!


Itulah serba sedikit pengenalan berkenaan program Jati Diri Insan yang telah dijalankan.Nantikan post seterusnya untuk kupasan aktiviti pula.Tunggu!!...



Khamis, 5 November 2009

DiLeMA seOrANg sAhabAT....


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:


“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.



iLLaHi LoVeR09