Jumaat, 25 September 2009
Excellent Project
Last Breath
A muffled sob, a hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then i know my soul must fly,
A chilly wind begins to blow,
Within my soul,from head to toe,
And then,las breath escapes my lips,
It's time to leave. and i must go!
So,it is true(but it's to late)
They said:each soul has it's given death,
When it must leave body's core,
And meet with its eternal fate,
Oh mark the words that i do say,
Who knows?tomorrow could be your day,
At last,it comes to heaven or hell,
Decide which now,do not delay!
Come on my brother let us pray,
Decide which now,do not delay!
Oh God!oh God!i cannot see!
My eyes are blind!am i stil me,
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a priceless fee,
Alas to dust we all return,
Some shall rejoice,while others burn,
If i only knew that before,
The line grew short,and came my turn!
And now,as beneath the sod
They lay me(with my record flawed)
They cry,not knowing i cry worse,
For,they go home,i face my God!
Oh marks the words that i do say,
Who knows,tomorrow could be your day,
At last,it comes to heaven or hell,
Decide which now,do not delay!
Come on my brothers let's pray,
Khamis, 24 September 2009
cerita baru..
alhamdulillah dan insyaAllah di dalam blog tingkatan ini akan tersiarnya cerita yang akan ditayangkan mengikut episod..jadi antunna semua diharap jangan ketinggalan untuk membaca cerita ini...cerita ini hanyalah rekaan semata-mata,tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah mati..
tajuk besar tak tahu...
Aku menghadap ke belakang menghalakan muka kearah baratku,
di situ.. seakan-akan cahaya merah semakin menjulang ke langit..
apakah kiamat??
huh!
aku tersedar rupa-rupanya, aku terlelap tadi..
_______________________________________________
"kau pasal ah??"
senyuman masih tak lekang dari bibirnya..
"kau pikir, kau senyum macam tu.. aku senang je nak bagi kau blah??"
dia masih tersenyum..
"aku tak kisah, kau nak tengking-tengking aku.. asalkan..
kau bahagia dengan ape yg aku sudah buat.. walaup0n,
aku taw kau tak taw ape yang aku sudah buat kan??"
"kau pikir, aku nak terhegeh-hegeh mintak maap kat kau??"
'Raqiz' masih lagi tersenyum..(RaQiz gabungan name Rabiya+Aqila
+Azra, kwn yg plg syg)
alunan ayat2 Al-Quran merdu menjadi halwa telinga 'SyaZi'
(SyaZi gabungan name Aisyah ngan rahsia~)
"urmm.. RaQiz, rasenye.. dia tak kan dengar cakap anti!"
SyaZi sakit hati apabila teman rapatnya di tengking begitu..
dia cuba meleraikan..
"ana tak rase yang anti dah penat dengan dakwahkan??
dan ana rase, anti masih mahukan teman ana ke Syurga??
nak kan??"
SyaZi tersenyum.. dia menyentuh bahu pemuda yang menengking RaQiz..
PEMUDA??
"weh!! kau pikir, dengan perangai macam ni, mama tunggu ke nak jumpe
ngan kau kat sane?? mama ade cakap ke?? mama nak anak mama jadi jahat??
mama tak ckp kan?? kau pun tahu.. bukan ke RaQiz yang bagi JiFa mas0k
h0spital.. kau ingat aku suke ke die mas0k h0spital?? ke RaQiz bukannye
memang nak cederakan JiFa!! kau pikir la biar waras.."
SyaZi mengerutkan dahinya, bukan niatnya untuk memarahi adik nya begitu,
cuma dia juga tidak tahan dengan perangai adiknya yg kian menjadi-jadi..
dia rasa bersalah terhadap temannya RaQiz..
"tak ape lah SyaZi.. ana tak kisah pun.. 1 hari nanti, WahSyi mesti tahu..
dan waktu tu, WahSyi dah dapat pikir dengan matang.."
RaQiz tersenyum..
dia tahu, risik0 nya tinggi untuk mendermakan c0rnea matanya kepada
JiFa, namun dia berasa perlu menebus kembali kesalahannya..
JiFa masih bayi, mamanya meninggal semasa melahirkan nya..
bkn dia yang minta mamanya mati, tetapi.. TAKDIR Allah lah itu..
RaQiz tidak mahu masa depan BAYI kecil itu musnah kerananya..
________________________________________________
apakah kiamat sudah dekat, sehingga aku termimpi-mimpi tentang nya??
apakah aku sudah bersedia jika ia benar-benar sudah dekat??
aku melangkah ke mus0lla.. membasahi muka ku dengan wuduk..
kemudian s0lat 2 rakaat.. kini aku.. terasa lemah memikirkan
KIAMAT sudah DEKAT!
(ape kaitan 2-2 cerita kat atas ni??
nak tahu?? hehe.. teruskanlah membaca!)
ok yang ini episod satu..jadi jika ingin mengetahui apa sambungannya,jangan lupa untuk mengikuti cerita tersebut sehingga habis...
salam...
InGaTKaN ALLaH...temanku
Sekadar ingatan buatmu kalian....teman2 deeni pencorak masa depan islam….
Kulihat….
Terasa hebat si pemudi bijaksana itu,
Begitu bangga si dara jelita itu,
Bermesra dengan pemuda pembuaya durjana,
Bergandingan dengan si teruna pendusta,
Tanpa segan silu…
Di manakah Tuhan di hatimu??
Pangkat dan darjat kegilaan manusia,
Sanggup buat apa saja x kira masa,
Siang dan malam bahang riak terus mekar di dada,
Sampai lupa siapa dirinya.
Apakah tanggung jawabmu sebagai anak??
Apakah perananmu sbgi pelajar??
Apa pula tugasmu sbgi HAMBA???
Begitulah manusia….
Tanpa hidayah iman di jiwa,
Dunia….matlamat hidupnya,
Rakus pada harta, Cinta pada dunia….
Hebat dgn maksiat, Megah dalam dosa…
Dunia bagaikan syurga,
Syaitan bagaikan rakan sekomplotnya,
Bersatu…..Bersama….
DErhaka pada Tuhannya…
Takbur pada Penciptanya…
SEdangkan tanpa disedarinya,
Usianya sudah di penghujung senja,
Entah esok entah lusa, Entah sesaat sedetik lagi,
Izrail datang…mengintai nyawa,
Walau secerdik mana akal licikmu,
Walau sehebat mana kebijaksaanmu,
Walau seindah mana rupa parasmu,
Walau setinggi mana pangkat darjatmu,
Walau selantang mana kau suara bantahanmu,
SEmuanya akan musnah jua…
Andai..Tiba saatnya..
Kau kembali mejadi tanah!
QULLU NAFSIN ZAAIQOTUL MAUT…
Setiap yang hidup….Pasti akan merasai maut..
Di kala itu…
Jasad kakumu akhirnya….
X lah segagah mana…
WAjah pucatmu…
X lah sehebat mana..
Akal kosongmu akhirnya…
X lah sebijak mana..
Lebih gagah lagi si anai-anai memamahnya…
Lebih hebat lagi si ulat yg menjamahnya…
Lebih bijak lagi si semut mengusungnya…
Saat itu…
Segalanya sudah tidak berguna,
SEcebis harapan…..sia-sia belaka..
Ingatlah….wahai diri…
Azab Allah lebih hebat,
Dari sezarah nikmat,
Yang kau kecap,
Ketika kau angkuh berpesta..
Di alam fana.
Insaflah…wahai diri,
Lemahnya diri ini,
Hinanya diri ini,
Kerdilnya diri ini,
Sipalah aku…dihadapanMU, iLahi…
Renunglah wahai insan,
Tika nyawa sudah di tenggorokan,
Apakah yang telah kau tinggalkan sebagai bekalan??
Untuk dipersembahkan,
Menghadapi hari kebangkitan….
Apakah saham yg telah kau laburkan?
Bagi menuai faedah di hari penghisaban…
Jangan laburkan saham maksiat,
Kerna dirimu bakal diazab…
Jangan kau laburkan saham dosa,
Kerna kau bakal disiksa…
Jangan kau labur saham dunia,
Kerna belum pasti enkau bahagia..
Jangan kau labur saham syaitani,
Kerna di sana…NERAKA menanti..
TAPI…
Laburlah …saham takwa,
Imbalannya..kasih Pencipta..
Laburlah…saham pahala,
Tuainnya…di syurga Allah…
Laburlah..saham Illahi,
Di sana JANNAHnya mennanti..
Segeralah wahai insan,
Tundukkan keangkuhanmu,
Dengan sinar iman..
Leburkan ketakburanmu,
Dengan cahaya takwa…
Tunjukkan keperkasaan dirimu,
Sebagai mujahidah Allah…
Persembahkan kehebatan cintamu,
Sebagai a’bidah Allah..
Pamerkan kebijaksaanmu,
Sebagai mukminah penyeri dunia sejati…
Buanglah sauh maksiat di lautan nespa sepi..
Layarkan bahtera taat, marilah kta berTAUBAT…
Sebelum…SEGALANYA TERLAMBAT…
Kaulah wanita seindah hiasan, pemudi harapan,
tauladan sepanjang zaman…
“Dan kembalilah kamu kepada TUHANmu dan..berserah dirilah kepada NYA sebelum datang AZAB kepadamu.. kemudian, kamu x dapat ditolong lagi…(54). Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamua dari TUHANmu, sebelum datang AZAB kepadamu dengan tiba-tiba sedangkan kamu x menyedarinya..(55). Supaya jangan ada orang yang menyatakan…: Amat besarlah penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap ALLAH sedangkan aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan agama ALLAH…(56)”
SURAH AZ-ZUMAR 39: AYAT 54-45
Hasil Nukilan….iLLaHi LoVeR09
Rabu, 23 September 2009
FiNaL ExAm da DEKAT......???
Satu perkataan yang SANGAT digeruni oleh jiwa-jiwa yang agak kurang berusaha...atau boleh dikenali sebagai...MALASSS...
tetapi.....bg golongan yg agak tegAR bersengkang mata pula.... mungkin x gerun sangat...cuma dinsihatkan agar teruskan usaha kerana ukan semua yang berusaha akan berjaya.....SETIAP KEJAYAAN TU milik ALLAH..jadi terpulanglah kepadaNya.untu memberi kita kejayaan atau sebaliknya......... oleh itu tidak perlu terlalu yakin mahupun terlalu gerun mengahadapi ujian yang kecil ini.................)
Ujian di dunia ni hanyalah ujian yang kecil sahaja..lagi-lagi periksa..kalau kita tak lulus kita ada peluang untuk mengambilnya semula..tetapi tidak ujian di akhirat yang akan menetukan syurga dan akhirat kita..Ambillah peluang ini untuk melakukan periksa akhir tahu ni betul-betul ya!!!
hermmm..sma2 la kta muhasabah dri kembali..
sama-samalah kita berusaha semaksima mungkin umtuk menaikkan KALAMULLAH ke puncak tertinggi
ingatlah!!
ALLAH sentiasa membantu hamba-hambaNya di jalan yang benar
Kita adalah generasi islam..baik buruknya islam bergantung pada diri kita sendiri....
dan selalu lah ingat
KITA ADALAH JUARA!!
Isnin, 21 September 2009
AiDiLFiRi KiTa...
ramadhan yg pergi...byk mncalitkn warna2 suci d hati kta kn shibh2ku syg???
rindunya...
MAHAR CINTA SYAWAL
Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir
Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!
Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!
Tindakan yang perlu kita buat selepas Ramadan.
Justeru, bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar shbh2 ana syg memastikan beberapa panduan di bawah ini....huhu..
1) Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain, memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.
2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.
3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.
4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.
5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.
6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).
7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.
8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.
9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.
10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna.
11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.
12) Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.
13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain. (yg neyh...mgkn x kot..kn??)
14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang menghalang diri dari menunaikan solat lima waktu.
15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.
Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa.
Lastly...
Salam LeBaRan.....