Jumaat : 11 Mei 2012
15:00 – Kehadiran semua pelajar lepasan dan check kehadiran
16:15 – bersiap untuk solat asar di musolla matri
16:30 – Solat Asar dan Al-mathurat
17:00 – bersiap untuk pertandingan - tuju kasut/bola jaring (padang aspuri)
17:30 – perlawanan bermula
18:45¬¬ - perlawan berakhir
19:00 – 19.30 – bersiap utk solat maghrib di musolla
19:30- Solat maghrib (Musolla MATRI )
20:00 – Makan malam
20:30- Solat Isyak (Musollah MATRI)
21:30- Pengenalan program / briefing ( P.I.C -
- Slot sharing moment batch 16 - ( P.I.C – pelajar khassah)
23.30 – Bersurai – pulang ke rumah tumpangan
SABTU : 12 Mei 2012
06:00- Bangun dan bersiap untuk solat subuh
06:30- Solat Subuh (Musolla MATRI)
08:30 – Sarapan di Cafe Matri
10:00 – Tayangan tarbawi (Dewan Makan aspuri)
15:30 – Bertolak ke Kangar
17:30 – Makan di RFC
19:00 – Bersiap untuk balik ke MATRI
19:30 – Solat maghrib Dan Isyak (Musollah MATRI)
21:30 –Slot bersama Murobbi (L) – Darurah Tamayyuz(pengasingan secara total)- Sir Nasser - ( Di dewan makan puteri )
23:00 – Bersurai
AHAD : 13 Mei 2012
06:00- Bersiap untuk solat subuh
06:30- Solat subuh
07:30 – Sarapan pagi
08:30- Amal jama’ie bersama adik2 (ASPURI)
10:30 – Bertolak ke rumah cikgu dan makcik halaqah yang telah ditetapkan
13:00- Balik dan bersiap untuk solat zohor ( Musolla MATRI )
13:30 – Solat zohor
14:00 – makan tengahari
15:00 – rehat / bebas
16:30- solat asar
17:00 – istijmaam
18:30 – makan malam
19:30-solat maghrib
19:45- perkongsian pelajar lepasan bersama adik-adik puteri matri
20:45- Solat isyak
21:30- Slot bersama Murobbi (P) – Ustzh khairol / cg rosmawar . cg zaiton / teacher norizan -( Di dewan makan puteri )
23:00 - Bersurai
by:M.A
Selasa, 8 Mei 2012
Khamis, 3 Mei 2012
Kembali menyintai
Bicara dua orang sahabat..
“ Lina, anti paling sayang siapa dalam hidup anti?”
“ Ape nie Dhia.. mesti la Allah, pas tu, mak
ayah aku, & kawan-kawan aku” , sambil mengerling ke arah sahabatnya itu.
“ Em..tp..pakwe anti? anti tak sayang dia ka?”
“ Err..mesti la aku sayang dia Dhia..dia buah
hati aku..”
“ Lina..mesti anti jaga gila buah hati anti tu
kan?”
“ Haha..mesti la. Aku tak akan buat dia sakit
hati dengan aku, aku akan buat dia senang bila bersama dengan aku, sebab aku
sayang gila kat dia Dhia..”
“ Oo..macam tue..Lina..ana nak tanya la..antara
Allah dan buah hati anti, anti cinta dan sayang lebih kat sape?”
“ Wei..apa la soalan kau nie..mesti la
Allah..Dia pencipta kita..”
Dhia merenung ke wajah sahabatnya itu sambil
memegang bahu Azlina.
“ Lina..ana tanya anti sekali lagi, siapa yang
anti paling cinta?”
“ Allah !!!”, jawab Lina.
“ Lin..betul ker??? susah ana nak percaya..”
“ Wei..apa nie Dhia..sahabat baik kau pun, kau
xkenal ke? Kita kawan dari kecil, sekolah sama-sama..dan hinggalah
sekarang..kita kan sahabat baik?”
“ Lina..law betol anti sayang dan
cintakan Allah, kenapa anti sakiti Dia?”
“errr…apa aku dah buat Dhia?”
“ Lina..kita selalu ke majlis ilmu,
tazkirah..ana yakin anti tahu Lina..”
“ Aku masih tak tahu..” Wajah Lina
berpeluh-peluh.
“ Cuba anti sebut apa yang Allah tak suka?”
“ Benda yang haram, buat apa yang Allah
larang..bla..bla..bla..”
“ Anti couple, keluar berdating, berpegang
tangan dan jalan berdua haram tak?”
Terkedu Lina buat seketika.
“ Lina..anti rasa-rasa Allah suka ke macam
tue?”
Lina semakin menundukkan kepalanya.
“ Lina..kalau betul anti sayang dan cintakan
Allah..anti sepatutnya buat macam anti buat kat buah hati anti..jge hati Dia,
buat apa yang Dia suka dan tinggalkan apa yang Dia benci. Mana bukti anti
sayangkan Allah? Padahal anti buat benda yang Dia tak suka…Inikah yang anti
katakan kepada ana yang anti lebih sayang dan cintakan Allah?”
“ Dhia..aku tak sanggup kehilangan pakwe aku..”
“ oo…anti sanggup berjauhan dengan
Allah..sedangkan tadi anti mengaku anti lebih sayangkan Dia???”
Lina semakin mengerutkan dahinya dan memandang
sahabatnya itu.
“ Lina..fikir-fikirkanlah…apa tujuan Allah
menciptakan kita. Tak lain, tak bukan adalah untuk menyembah kepada-Nya. Kalau
kau nak terus bercouple dan teruskan dengan gaya hidup anti sekarang ini..anti
jangan cakap kat ana yang anti cintakan Allah ! Itu namanya hipokrit.”
Tiba-tiba Lina terjatuh, tersungkur atas
lantai, seolah-olah lututnya tidak berfungsi lagi. Bergegas Dhia mendapatkannya.
“ Allah..Allah..Allah..,” perkataan yang terbit
dari bibir Lina.
“ Lina..ana sayangkan anti sebagai sahabat ana
kerana Allah., ana nak bersama-sama dengan anti meraih redha dan cinta Allah,
dan menuju syurga-Nya,”
“ Allahuakbar! Aku berdosa ! Aku berdosa !
Astaghfirullahalazim..Apa yang aku dah buat? Menyentuh lelaki yang bukan muhrim
seolah-olah menyentuh babi..HARAM! Masyaallah..Dhia..Mulai saat nie, aku akan
bertaubat..aku akan jadi pencinta-Nya..aku nak buktikan kepada Allah, yang aku
betul-betul sayang dan cinta kepada-Nya..”
“ Alhamdulillah…bersyukur kepada-Nya yang
membuka hatimu, wahai sahabatku. Kembali dengan taubat bukanlah kemunduran
tetapi kemajuan, kembali dengan taubat bukanlah kelemahan tetapi kekuatan
kawalan dan kembali dengan taubat bukanlah kesalahan tetapi kesedaran positif.”
“ Dhia..Allah masih mahukah untuk mengampuni
dosa-dosa aku?”
“ Lina..dalam surah Asy-Syura, ayat 25-26,
Allah telah berfirman :
Ertinya :
“ Dialah yang menerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampuni
seluruh dosa-dosa dan mengetahui apa-apa yang kamu perbuat dan menerima ibadah
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menambah kepada mereka dari
kurnia-Nya. Dan orang-orang yang kufur, bagi mereka seksa yang pedih.”
Akhirnya, mereka berpelukan ukhwah , menitis air mata kerana ingin menggapai
cinta dan redha-Nya.
**********
Pembaca yang dirahmati Allah,
Pengajarannya di sini, belum terlambat untuk kita bertaubat. Tahukah kalian
bahawa suara yang paling merdu di sisi-Nya di akhirat adalah suara orang yang
bertaubat kepada Allah s.w.t. Ingatlah, setiap detik perbuatan yang kita
lakukan diperhatikan-Nya, Allah Maha Melihat. Bahkan, orang yang paling bodoh
adalah orang yang masih melakukan maksiat sedangkan dia tahu ada malaikat yang
sentiasa mencatit setiap amalannya. Marilah kita muhasabah diri. Moga-moga kita
tergolong dalam kategori orang-orang yang beriman kelak.
Wallahualam.
by.M.A
Deadline buat kita
Dialog Harian,
Encik A: iskh..sibuk betul la skrg ni, banyak betul DEADLINE nak kejar, tak kejar jadinya...
Encik B: ye la, bila la nak rileks nih...
Sibuk, kerja banyak, tak sempat siapkan tugasan...deadline, deadline, deadline...... Itulah luahan yang biasa didengar, bukan sahaja di kalangan pelajar, tapi juga di kalangan pekerja.
Sebelum lebih lanjut berbicara, suka saya mengajak sahabat-sahabat semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih berpeluang untuk hidup pada hari ini. Allah masih menyambung talian hayat kita, sedar tak sedar umur kita bertambah dengan pertambahan hari. Saban hari kita mengejar deadline yang ditetapkan di dunia ini. Siapkan tugasan sekolah, universiti, projek di tempat kerja, dan pelbagai lagi.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang deadline yang sedikit berbeza dari deadline yang biasanya kita fahami, iaitu deadline yang pasti tapi kita tidak mengetahui bila tarikhnya. Pelik bukan? Ada deadline tapi tiada tarikhnya. Sebenarnya tarikh itu diketahui, tapi hanya oleh pencipta kita, Allah. Deadline yang saya maksudkan di sini ialah KEMATIAN.
Encik A: iskh..sibuk betul la skrg ni, banyak betul DEADLINE nak kejar, tak kejar jadinya...
Encik B: ye la, bila la nak rileks nih...
Sibuk, kerja banyak, tak sempat siapkan tugasan...deadline, deadline, deadline...... Itulah luahan yang biasa didengar, bukan sahaja di kalangan pelajar, tapi juga di kalangan pekerja.
Sebelum lebih lanjut berbicara, suka saya mengajak sahabat-sahabat semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih berpeluang untuk hidup pada hari ini. Allah masih menyambung talian hayat kita, sedar tak sedar umur kita bertambah dengan pertambahan hari. Saban hari kita mengejar deadline yang ditetapkan di dunia ini. Siapkan tugasan sekolah, universiti, projek di tempat kerja, dan pelbagai lagi.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang deadline yang sedikit berbeza dari deadline yang biasanya kita fahami, iaitu deadline yang pasti tapi kita tidak mengetahui bila tarikhnya. Pelik bukan? Ada deadline tapi tiada tarikhnya. Sebenarnya tarikh itu diketahui, tapi hanya oleh pencipta kita, Allah. Deadline yang saya maksudkan di sini ialah KEMATIAN.
Ya, kematian yang sering menghambat kita saban hari. Namun, akibat kita tidak tahu tarikhnya, kita tidak selalu mengikuti deadline atau menunggu tarikh "menghantarnya".
Firman Allah dalam Surah An-Nisaa' (4:78):
di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada Dalam benteng-benteng Yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini adalah dari (sesuatu nahas) Yang ada padamu". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
Sahabat-sahabat sekalian,
Saya ingin bertanya kepada anda:
1) Adakah kita sering mengingati deadline yang paling akhir ini?
2) Sedarkah kita selepas deadline ini, terputus segala deadline yang lain di dunia ini?
3) Bagaimana persediaan kita menghadapi deadline yang terakhir ini?
Saya juga kadang-kala terlupa dengan deadline ini, dengan segala nikmat di dunia, kita terleka, terbawa dengan keseronokan sementara. Tetapi apabila difikirkan, bila kita mengingatinya kita akan dianjak ke hadapan. Bagaimana? Dengan "zikrul maut", iaitu mengingati mati. Jadi, apakah kepentingan mengingati mati?
1) Mengingati dapat menghidupkan hati kerana kita sering sedar kekurangan dan kelemahan diri, lantas sentiasa berusaha untuk menambah amal.
2) Orang yang paling cerdik adalah orang yang mengingati mati dan bersiap untuk menghadapinya. Niat bagi setiap amalannya sentiasa diluruskan hanya kepada Allah.
3) Melahirkan perasaan berhati-hati. Ibaratnya sebelum kita keluar rumah kita akan memastikan kita telah mengunci rumah sebagai langkah berhati-hati dan mengelakkan kecurian. Begitulah juga kita berhati-hati dalam setiap perbuatan kita.
Jika urusan dunia kita meletakkan perhatian sepenuhnya terhadap tindak tanduk kita, apa lagi urusan akhirat yang akan menentukan nasib kita akhirnya nanti. Kita hanya ada dua pilihan; syurga atau neraka. Tiada pilihan di pertengahan, tiada talian hayat.
Oleh itu, sahabat-sahabatku, kejarlah deadline di dunia ini, tapi jangan dilupakan deadline Allah yang sangat pasti. Peganglah dunia di tanganmu dan peganglah akhirat di hatimu. Bila berjauhan dari dunia, hati tidak terasa sempit kerana adanya akhirat yang lebih dekat dengan diri. Walaupun kita tidak mengetahui tarikhnya, yakinlah kematian itu sentiasa menjemput tanpa mengira persiapan kita.
Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama mengkoreksi diri dan memperbanyak taubat, dalam apa jua keadaan. Jadilah seperti orang yang bertaqwa yang dinyatakan dalam firmanNYA.
firman-Nya (Surah Qaf (50:33):
"(Iaitu) orang Yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) Dengan hati Yang tunduk taat".
Sebelum berakhir, saya ingin berkongsi doa yang dinamakan sebagai penghulu istighfar. Mengambil isi dari buku doa, zikir dan munajat; sekiranya seseorang itu mengucapkan istighfar ini dengan yakin pada setiap pagi, lalu jika dia meninggal dunia, nescaya dia akan masuk syurga dan sekiranya dia mengucapkan dengan yakin pada setiap petang, nescaya dia akan masuk syurga (Riwayat An-Nasa'i).
Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya sebagai taubat kita dalam setiap amalan yang telah kita lakukan. Jika perbuatan kita buruk moga Allah ampunkan kita, jika amalannya baik, moga Allah ikhlaskan niat kita dalam mengamalkannya.
Bersiap sedialah sahabatku..apabila Izrael datang memanggil, tiada apa yang dapat menghalang...
by:M.A
Langgan:
Catatan (Atom)