Tahun lalu,
Kita disana,
Menuntut ilmu,
Nun di utara.
Tahun ini,
Kita merata,
Di sana-sini,
Mahasiswi pula.
Alhamdulillah setelah 2 bulan tidak meng'update' laman sesawang yang semakin bersawang ini, saya diberi peluang masa dan tenaga untuk mencoret sesuatu.
Sebelum itu, saya memohon MAAF atas ke'kosong'an laman sesawang ini selama 2 bulan. 2 bulan yang lalu merupakan bulan kritikal bagi kami, permata16 memasuki alam baru. Dulu kami pelajar, kini kami mahasiswi. Berat-berat.
InshaAllah di kesempatan ini, saya ingin berkongsi tentang satu INTAKE UNI yang TERBUKA bagi SEMUA peringkat umur, tidak kira sudah SPM atau belum. Saya dapat notis ini di FB dan saya olah..-
PERHATIAN!!!
Kemasukan baru ke universiti...
Tarikh : 1 OGOS 2011
Nama Universiti : Universiti RAMADHAN
Kod Kursus : RMDHN2011
Syarat : Muslim
Penyelaras : Diri Sendiri
Kursus Wajib : Puasa
Kursus Istimewa : Terawih
Kursus Tambahan : Tilawah Quran, Zikir, Solat Sunat, Sedekah, Qiam
Kelulusan : Ijazah Taqwa
Konvo : 1 Syawal - 30/31 Ogos mengikut malam bulan
Tersenyum saya membaca notis ini di FB.. Macam2 sekarang.. Hehehe.
Kawan-kawan dan pembaca sekalian, ingin saya berbesar hati mengajak anda semua memasuki madrasah ramadhan ini. Di awalnya RAHMAT. Di tghnya MAGHFIRAH. Di akhirnya TERSELAMAT dari NERAKA.
Seperti yang semua ketahui, dan kalau ada yang x tahu, ni nak bagi tahu. Kita memasuki syurga HANYA dengan RAHMAT Allah. Bukan kerana AMAL. Dan BUKAN kerana IMAN. Akan tetapi, hanya dengan RAHMAT Allah.
Dahulu, al kisahnya, seorang 'abid [orang yang beribadat] sangatlah yakin bahawa dia akan masuk syurga dengan ibadahnya yg beribu-ribu. Akan tetapi dia tidak dapat, kerana dia tidak dapat rahmat Allah.
MAGHFIRAH ataupun KEAMPUNAN. Kawan2, pembaca sekalian...Mari sama-sama kita teliti kembali apa yag telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita di muka bumi Allah ini. Kita banyak beramal tapi kita juga tidak terlepas dari maksiat dan keburukan. Dosa-dosa yang kita lakukan perlu mendapat keampunanNya, semoga kita bersih dari noda maksiat dan dosa. Bersih untuk memasuki syurga. Maka kawan dan pembaca, kita perlukan maghfira ; keampunan Allah untuk menyucikan diri, hati dan jiwa kita menuju syurgaNYA.
Fasa terakhir ialah TERSELAMAT dari API NERAKA. Kawan2 dan pembaca, kejayaan yang sebenar adalah apabia kita berjaya memasuki syurga manakala KEKALAHAN yang BENAR ialah apabilaseseorang dicampakkan kedalam neraka [na'uzubillahi min zalik]. Setelah mendapat rahmat dan maghfirah, tentunya kita juga mahu terselamat dari api neraka Allah yang SANGAT mengGERUNkan. Allahumma in na'uzuika minna an-nar.
Kawan-kawan dan sahaba dan pembaca... Marilah samasama kita mempersiapkan, menyediakan hati, jiwa dan raga kia untuk madrasah ramadhan. Merelakan proses pembersihan jiwa dan peningkatan diri di UNIVERSITI RAMADHAN ini.
Moga kita semua berjaya memperoleh ijazah taqwa untuk bekalan satu tahun yang mendatang.
Akhir kata; satu ketika sewaktu Nabi Muhammad SAW naik mimbar, Jiril mendatangi Badinda lalu berbisik sesuatu. Baginda mengaminkan. Satu lagi langkah, Jibril membisik sesuatu dan baginda mengaminkan. Langkah yang terakhir Jibril membisik sesuatu dan baginda mengaminkan. Apa yang dibisik jibril as dan diaminkan baginda???
1. Celakalah bagi mereka yang ketika HAYAT ORANG TUANYA dia tidak BERBAKTI.
2. Celakalah bagi mereka yang mendengar namaku [Muhammad SAW] dan tidak berselawat.
3. Celakalah bagi mereka yang memasuki BULAN RAMADHAN tetapi TIDAK mendapat KEAMPUNAN.

wallahu'alam
-Srikandi Solahuddin-
Bumi Kenyalang
Jumaat 29 July 2011
-Srikandi Solahuddin-
Bumi Kenyalang
Jumaat 29 July 2011