Khamis, 27 Ogos 2009

Tetamu yang telah pergi..


Assalamualaikum semua..sedar x sedar hari ni kita dh pun masuk 1 Syawal....Dan yang paling menyedihkan adalah..isk..isk..tetamu mulia yang telah pergi...datangnya setahun sekali..tahun ini sudah pun pergi..apakah kita akan berjumpanya tahun hadapan???..Siapakah tetamu iutu??..Tetamu yang dimaksudkan adalah....
RAMADHAN...
Pelbagai persoalan akan muncul di kepala ana apabila teringat akan Ramadhan yang telah pergi ini..antaranya..
1.Adakah aku mendapat kebaikan di dalam bulan ini....

Barangsiapa yang tidak mendapat kebaikan di dalam bulan Ramadhan,maka haramlah kebaikan buatnya selama-lamanya

Isnin, 24 Ogos 2009

Puding kurma bersama Sos mentega


Seharian berpuasa mesti kita selalu fikir nak masak apa untuk juadah berbuka puasa kn??
Hmm....selaku penulis yag berwawasan (perasan!!!)..ana telah menjelajah dunia internet untuk mencari resepi yang lain daripada yang lain...Nama dia puding buah kurma dengan sos mentega...
Cara-caranya adalah:

Pes KurmaBuah kurma - Lebih kurang 20 biji ……keluarkan kesemua biji-biji buah kurma

Secawan air suam
…..sekiranya anda ada blender, masukkan air dan buah kurma itu dan mesin sehingga buah kurma menjadi pes.

Sekiranya anda tidak ada blender, potong buah kurma hingga halus dan masak dengan air supaya kurma menjadi lembut.


Biar pes kurma ini sejuk. Sementara itu….


Bahan puding
Gula merah lembut (jenis yang macam gula kaster tapi berwarna merah) – 100 grams
Mentega – 50 grams
Pukul kedua bahan ini sehingga mentega dan gula menjadi lembut.

Masukkan 2 biji telur dan terus pukul. Tambah pes kurma. Lepas itu, tambah bahan-bahan di bawah:

Tepung gandum – 200 grams

Soda bikarbonat - 1.5 sudu teh (sekiranya antunna guna tepung naik sendiri, kurangkan soda bikarbonat, 1 sudu teh cukup)

Esen vanila

Apabila sudah siap gaul kesemua bahan, masukkan ke dalam acuan kek.
Baine Marie – adalah cara membakar dengan menggunakan air. Walaupun nama baine marie itu name Perancis, tapi, ia senang sahaja. Masukkan puding yang dah sedia untuk dibakar itu ke dalam acuan kek yang lebih besar sedikit.


Maksudnya, puding yang akan dibakar itu macam terapung dalam air. Dengan kaedah ini, kek/puding tidak jadi terlalu keras.Bakar selama lebih-kurang 30-40 minit pada suhu 180 darjah celcius.



Semasa puding dibakar, sediakan sos mentega


Bahan-bahan


1 sudu besar mentega


Sekotak whipping cream 200m (dapat dibeli dari kebanyakkan pasaraya, bahagian sejuk, tempat menjual mentega. Ia macam susu UHT tapi dipanggil ‘Whipping Cream’)


100 gram gula merah




Esen vanila




Masak kesemua bahan dengan api perlahan. Apabila sudah gula sudah cair dan bahan sudah berbuih, matikan api.




Apabila puding sudah masak, anda boleh keluarkan dari acuan dan hidang. Puding ini memang dihidang semasa suam. Sekiranya ada yang berlebihan, simpan dalam tupperware di peti sejuk. Panaskan dengan ketuhar gelombang micro untuk seminit supaya suam. Sos yang berlebihan pun patut disimpan di peti sejuk.
Selamat BERBUKA PUASA

Ramadhan Karim....

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit www.al-habib.info for more greeting cards like this!

KELEBIHAN SAHUR DAN TAMAR




“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim-


Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.


Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

• Menuruti sunnah

• Membezakan diri dengan Ahlul Kitab

• Menambah kekuatan untuk beribadat

• Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat

• Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

• Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.


Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.


Selamat bersahur..

Jumaat, 21 Ogos 2009

MuSim PenAntiaN SEbeNar KaMi....RAMADHAN..


.....Hermmm...mgkn, ini kali pertma..catatn hati ana trlakar di sini buat semua untk dikongsi...moga allah meredhai....thks allah..

Salam jihad....buat shbh -shbh tonggak keuthan tarbiyah... para mujahadah terindah...

insyaallah...saat ini..allah bg peluang untk sama2 kte menyelami kembali jiwa-jiwa karat yg rapuh dek ketandusn iman ini untuk kte bersihkan kembali....moga ia mnjadi jiwa2 yg dipilih allah untuk tersenyum di firdausiNya nanti....

"hati ana ini....sudah merasai hakisan cinta agung dr Allah....,kak nabilah...Ana da x thn nk mnggung keperitan ini..." , kata sorang adik form 3 yang cukup ana seqahi, dan agak solehah bg ana pada satu malam...air mata nya membasahi telekung putih ana sewktu si adik ni memeluk ana seusai solat Isyak....
ana tanya.....kenapa? "ana x rasa bahang Ramadhan yg dulu amat ana rindui hanya kerana Trial PMR ana....lagipun ana....."..
Citanya..cukup smpi ctu erk..heheheh...
hhaa, itu seorg adik form 3 yg menurut ana amat menjaga hati menangis teresak-esak merasai gersang jiwa...
form 4 xda la yg nangis gitu lagi kt ana ...suma cta kt allah...hehehe...eh,eh..ada2..
secret la..pape pon..bkn itu yg ana cuba bwa kan...ana cuba mnnjukkn bhwa sbnrnya...hati manusia ini..pasti sering kekontangan....so ...perlu disiram selalu....dibaja...
cuma.... sush sket la nk buat...alasan yg org slaloo bg...."susahr...dlm ati aq neyh byk stan ang tw ak...,tu aq jd cam neyh...."
Ppape pon...manusia neyh suka sgt salah kn setan...x gitu..
haa...dsebbkn manusia suka wat cam tu la...ada satu time neyh yg allah ilangkan setan dan hati
dan diri kita...

Ada satu time yg mmg special bg kta khususnya para pggemar penyalahkan setan neyh untuk nk berubh.....iaitu ""pabila Ramadhan ku datang lagi...""...

'Ramadhan....satu taman yg penuh bunga2 keharuman trindah yg gugur meniti setiap inci ranjau perjalannan penitiannya....bak kta org....(e,ele...slaloo denga dah pon...)...namun di sini ..ana amat-amat ingin sekali kte terokai hati kte....sejauh mana khruman dan keindhannya yang pernah kte kecapi sapnjg musafir kta di dlmnya???




Detik ini....ana benar-benar tersedar..sbnrnya..kte benar2 tdk myedari...bhw kta kadang2...hnya seperti sorang buta yg memakai 'mask'(menutup hidung) melintasi satu taman yg CUKUP......indah dan teramat indah...

kte x sedar...sbnrnya kte tlh mgabaikan satu peluang yang sgt EMAS....bhkn peluang ini layak dipanggil peluang mutiara, peluang berlian, peluang Rm 999999999999999999999juta dan hya allah yg tahu betapa hebatnya bulan Rahmat ini...
Bak kta akhi salim wahab....."keluarlh dari taman ini dengan bau2 yg melekat di badan kte serta petikla beberapa kuntum bunga untuk mnjadi bekalan di perjalanan di musim-musim yg laen..."

ana....klau boleh...nk kta sme-sme jd insan seperti yg dikatakan akhi tu....bahkan...kta boleh jd lebih hebat dr itu...kerana kta......... PEMUDI HARAPAN ISLAM!!!!!!!!!takbir...

di sini..ana x mau brkata pnjg tentg manisnya,indahnya ,asyiknya Ramadhan itu kerana ana tau semua sahibah ana sudah arif malah sangat2 arif tentg itu..yg penting....sejernih mana kta merasai kedinginan dan kesejukkan embun bayu bulan tercinta ini di jiwa masing2.....insyaalah..




""Ramadhan hanya sekali setahun...so......jom kte rasai kedinginan dan kejernihan embun bayunya,,,....""


"""............ku mghrpkan Ramadhan kali ini penuh MAKNA...agar dapat kulalui dengan SEMPURNA......"""

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.



kalam terakhir dariku.......

Ramadhan

perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku...

salam ramadhan..