Rabu, 10 Jun 2009

Ikhlas kan hati mu..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Salam.. sekadar sedikit peringatan.. tak lama lagi kita akan kembali menimba ilmu.. walaupun 4 hari lagi tapi ana rasa macam esok je..

Anyways, ana nak ingatkan korang lah kan benda yang paling penting.. benda ni selalu sangat kita dengar.. tapi SUSAH sangat nak buat.. rasanya.. apa??

Tajuk kita hari ini ialah KEIKHLASAN

1 point yang penting yang ana nak sampaikan is
  • Tanpa keikhlasan amal is NOTHING
Jadi basicly dari pada point, we can see that keikhlasan is VERY IMPORTANT.. nak bukti lagi? .. ok, kita buka HADITH 40 IMAM AN-NAWAWI - hadith 1st sekali.. apa dia kata?Hadith yang 1st sekali --> setiap amalan itu bergantung pada niat

VERY IMPORTANT -
niat setiap amal..

Jadi di sini, ana nak ajak diri ana dan diri pembaca semua agar kita mengikhlaskan hati kita hanya keranaNya Allah swt.. sebab kan, bila kita ikhlas, kita fikir ALLAH ALLAH ALLAH.. kita buat kerana Allah, apa yang orang nak kata tak kisahlah sebab kita hanya fikir apa yang Allah nak kata.. betul tak?

Sebagai seorang mukmin keikhlasan ialah sumber motivasi kita melakukan sesuatu..
  • TAK kecewa - bila gagal / tak dibalas jasa
  • TAHU - Allah nilai usaha
  • dapat SENYUM dalam penat dan lelah
Nak bukti? Kita lihaty, bila kita tolong kawan kita dengan tulus ikhlas.. kita tak rasa sedih atad kecewa bila kawan kita tak balas balik.. BETUL.. tak caya? cuba lah.. dengan ini.. Ukhuwah kita terus bersemi..

Jadi pembaca-pembaca sekalian.. ikhlaskan hatimu.. Allah menilai segala apa yang kita buat..

Duhai pembaca,
Allah itu Maha Adil,
Allah itu Maha Mengetahui,
Maka Ikhlaskanlah hatimu,
Dalam setiap amalan,
Dalam menimba ilmu pengetahuan,
Allah menilainya,
Dan ketahuilah,
Nilaian Allah itu paling penting,
Dari nilaian manusia,
Pandangan manusia selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
kerana hati itu bersih

Wallahu'alam

Jumaat, 5 Jun 2009

16th Gen...ooo...16th gen


Alhamdulillah...Allah bagi lagi ana peluang untuk ana menukilkan post yang terbaru....Erm..untuk memenuhi permintaan sorang sahibah kita yang mencadangkan agar diletakkan semua nama dalam blog ni..dan ana telah memikirkan jenis post yang TERBAIK dan TERADIL agar semua nama terlibat.Mula- mula agak buntu sebab untuk menghasilkan sebuah cerita yang melibatkan semua nama dalam 16th gen puteri pasti bukan sesuatu yang senang dan jalan ceritanya pasti berjela-jela.Dan Allah telah memberi ana ilham untuk menghasilkan post ni.
Jadi tanpa membuang masa ana pun nak bagi antunna baca post ni.....


Assalamualaikum pembuka bicara
Dari ana wakil moderator
Post terbaru mengenai seloka
Khusus buat puteri 16th Gen semua


Mari-mari wahai pembaca
Kita mulakan seloka kita
4 Mashitah seloka bermula
22 penghuni itulah dia


'Anak Soleh' gelaran diri
Berbaju putih sederhana tinggi
Ketua kelas tanggungjawab diberi
Itulah Amanina nama diberi


Orangnya lucu berwajah ceria
Tapi awas!! moodnya selalu tak dijangka
Siti Masitah pembantu setia
Tulisannya cantik digemari semua


Tukang urut orang kebas
Dikenali sebagai ceti kelas
Siti Syarah bersifat tegas
Buat kerja macam belangkas


Dari Selangor mereka berhijrah
Berhijrah untuk mendapat barokah
Seorang namanya Tasnim lagi seorang Sharifah
Dua-dua pantang mengalah


Pergi mana-mana pasti berdua
Seorang tak ada pasti sunyi
Khadijah dan Afifah Imran itulah mereka
Petugas koop yang berdedikasi


Tidur dalam kelas hobi mereka
Sangat akrab tak pernah berpisah
Bila bertekak tak ingat dunia
Itulah Aisyah Sakinah dan Siti Maisarah


Orangya pendiam tak banyak berbicara
Afifah Manan itulah orangnya
Berlainan pula dengan jirannya
Alia Izah petah berkata-kata


Dalam kelas asyik menelaah
Siape tak kenal dialah Dalilah
Tak kurang juga dengan Aisyah Lutfi dan Khaulah
Biro Kimia dan PSI yang bertauliah


Mereka berdua diam sahaja
Bila dah marah bergegarlah dunia
Tak perlu difikir tak perlu ditanya
Hajar dan Muizzah itulah mereka


Berbaju biru cool selalu
Imtithal Badruddin orangnya pemalu
Fadhilah pula lebih kurang begitu
Hobinya adalah membaca buku

Nadiah Zaini kuat ketawa
Ketua paras satu asrama itulah dia
Nabilah Izzati lain pula ceritanya
Pengurus besar P.U.M kita


Dua-dua duduk rumah
Mereka ni baik lagi peramah
Selalu menjadi orang tengah
Itulah Khairunnisa`dan Puteri Noren Nadiah


Begitulah cerita ragam 4 Mashitah
Kalau nak cerita sampai kiamat pun tak sudah
Mari baca pula kes 4 Khadijah
Penghuninya ramai 30 oranglah


Monitor kelas orangnya tinggi
Asyik membebel itulah hobi
Zahidah Zahraa empunya diri
Sangat peramah berbudi pekerti


Perwatakannya lembut sangat sopan
Naib monitor sebagai jawatan
Umairah Tarmizi orangnya berwawasan
Duduk belakang posisi pilihan


Berbeza dengan 4 Mashitah
Ini bendahari 4 Khadijah
Buat kerja tak pernah gelabah
Fatin Nabila duduk di rumah


Suka tersenyum tak banyak berkata-kata
Duduk bersebelahan dua-dua sama
Syazwani dan Syafiqah teman setia
Membaca buku di mana-mana

Kelas sunyi kalau mereka tak ada
Bawah kipas posisi mereka
Mereka bertiga asyik bercerita
Afiqah Sabri, Izzati dan Wan Nadhirah sentiasa ceria


Hobi mereka suka bercerita
Kalau diam peliklah dunia
Boleh digelar penghibur lara
Afiqah Syadiyah dan Nabilah Nasser asyik berbicara


Dari Pulau Pinang datang ke Utara
Sudah dikenali sebagai saudara
Asyik berkepit ke mana-mana
Mursyida dan Nawal itulah mereka


Digelar sebagai kembar nama
Seorang tu asyik menyanyi sahaja
Seorang lagi pendiam pula
Ainul Mardhiah dan Ainul Mashitah perwatakan berbeza


Dari Johor belajar kat MATRI
Asma` Kamal tak suka menyendiri
Duduk sebelah Fashihah Marzuki
Mereka berdua berlainan hobi


Dalam kelas suka ketawa
Tak kurang juga gemar berkongsi cerita
Aaina dan Ummu Farah itulah mereka
Shaza dan Shima pun sama sekepala

Dua-dua duduk rumah
Tak pernah pula ponteng sekolah
Mereka baik lagi peramah
Itulah Afifah Syahidun dan Atiqah


Di dalam kelas duduk depan
Nur Mayamin suka berkawan
Anis Nasuha agak berlainan
Paling pendiam suaranya perlahan


Dalam kelas duduk bersebelahan
Dua-dua PUM memang kesefahaman
Seorang ahli biasa seorang lagi pengurus kewangan
Hakimah dan Amalina bermain peranan


Paling belakang posisi pilihan
Suka isi masa membaca Al-Quran
Seorang berbaju biru seorang bukan
Najwa dan Robiatul setia kawan

Orangnya suka fikir psikologi
Kalau bukan Kautsar siapa lagi
Fadzilah pula putih sekali
Tahun ini terbang ke mekah buat kesekian kali

Tamat sudah seloka ini
Penulis penat nak rehatkan diri
Silap kata harap dimaafi
Kalau tak ada nama bolehlah di informasi

Rabu, 3 Jun 2009

Mengimbau kenangan...

Alhamdulillah..Allah mengizinkan untuk ana menukilkan lagi sesuatu di sini buat tatapan untuk semua sahibah2 yang dicintai fillah...Kali ni post yang ana nk sampaikan nk agak special sikit.

MENGIMBAU KENANGAN.Lebih kurang macam tulah bunyinya...Agak-agak apa yang ana nak tulis di sini ya??Jawapannya ana pun masih kebingungan nak tulis apa.Tapi ana harus mengaktifkan diri ana untuk lebih giat menulis sesuatu di blog ni walaupun sikit supaya antunna takla asyik tengok benda yang sama betul tak??
Hmm...takpelah..
kalau kita ingat balik macammana kita boleh masuk MATRI ya??
Ada yang masuk dari form 1.
Ada yang masuk waktu form 2,
Ada yang masuk waktu form 3
Dan paling unik tak de yang masuk waktu form 4.hehehe...ana harap semua faham lah ye!

Okey..sekarang ana nak ajak antunna semua imbas balik kenangan kita waktu form 1..


Ha..ni antara gambar yang boleh membawa antunna ke alam Tingkatan 1 walaupun gambar tu tak la jelas mana pun.Masa tu...semua tak reti duduk asrama lagi
macam-macam ragam ada
Ada yang selekeh
Ada yang kuat menangis
Ada yang kerap telefon ibu bapa
Tak kurang juga yang suka pandang slack kat orang lain
Tapi..tu semua form 1.Biaselah..tiap2 tahun form 1 macam tu....

Okey..sekarang mari kita mengimbau pula kenangan masa form 2


Masa form two ni..macam-macam kejadian berlaku...masa ni ...Fuh!! Jiwa tengah bergelora!!
Hanya iman dan taqwa je pembenteng diri ni..kalau tak pasti terjatuh!!
Biasalah..time ni..mulalah rasa
"nak bercouple"
"nak contact dengan yang berlainan jantina"
"nak berjinak-jinak dengan internet"
"nak rasa disayangi dan menyayangi"
hmm..macam2 lah ada...
cuma dizahirkan atau tidak je...
Memang tidak dinafikan Allah s.w.t berfirman bahawa Dia

menciptakan semuanya berpasang-pasangan.

Tapi..harus diingat untuk mencari pasangan hidup bukanlah sekarang masanya..hehe
Kalau ditanyakan kembali persoalan form 2 ni..mesti ramai yang akan menjawab
"tu dulu....."
Okey, tak pe..


TAHUN 2008
membawa makna yang cukup mendalam bagi kami semua
paling gerun..PMR!!ARGH!!!
tapi..Allah susun yang terbaik untuk kita semua..
dengan adanya PMR ni..
ukhuwah kita makin rapat...


Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri


Macam-macam kenangan yang dirakamkan masa form 3 ni...



16th gen of MATRI






Hish..kalau nak dinukilkan semua kat sini memang panjang...Boleh patah tangan menulis ooo.....

Macam-kenangan lah ada

kat surau..tempat kami merempat sebelum PMR





Kat dewan makan..tak payah cerita ...lagi banyak

BENGKEL

KURIBAI

JAMUAN



Dan macam-macam lagilah...

Penat la plak rasenyer ana nak citer semua kat sini...

Apa yang penting..tahun 2009 belum boleh diceritakan lagi sebab tahun 2009 belum habis lagi...

Ape pun..semua tu haruslah kita niat untuk ibadah kepada Allah

Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaku

Ana rasa cukuplah sekadar itu...tangan sudah lenguh...

Semoga apa yang telah berlaku menjadi pengajaran buat kita...

Amin....

Kerunsingan sesuatu....hmm???


Kalau kita tengok tajuk utk the latest post ni..macam x clear sebenarnyer ape yg nk disampaikan tul x??
Ape2 pun..kiter bermuqaddimah dulu...

Seperti yang kita ketahui peperiksaan setengah tahun baru sahaja tamat pada hari Rabu sebelum bermulanya cuti penggal yang kedua.Dan pada masa tu semua orang gembira sebab periksa dah habis ditambah pula cuti akan menjelma..jadi macam2 plan yg bermain di minda


"Balik ni, aku nk qada` tido puas2"
"Hish..nk update friendster,myspace.hi5,pewaris.net,facebook,bla bla"
"Target!!hafal Quran sebanyak2nyer"
"tak sabarnyer nk tolong mak ayah kt umah"

Itulah antara perkara2 yang selalu bermain2 di minda sebahagian pelajar Matri...ada yang bagus dan tak kurang juga yang perlu dibetulkan niat.Hmmm..tapi ade la sekelompok pelajar yang sedang tidak keruan memikirkan sesuatu yang harus dilaksanakan oleh mereka.isk..isk..isk..kesian, baru je nk rehatkan minda setelah berjuang selama 3 minggu dh diberi satu tanggungjawab yang besar....
Kisahnya bermula begini...

SELASA,26 MEI 2009,5.50 p.m dataran aspuri..

Robia`tul sedang duduk berbual bersama-sama Aisyah Sakinah,Wan Nadhirah dan Asma` Kamal..tiba-tiba mereka didatangi seorang pelajar puteri tingkatan lima
"Eh, Kak Syafiqah..minta maaf ..ana terlupa pergi dorm kak Syafiqah semalam..ada apa?" soal Robia`tul kepada seniour yang kami panggil kak Syafiqah.
"Ha..tak pe lah cakap kat sini jelah dh kebetulan kat sini semua pengawas form 4,
antunna semua kena uruskan pasal hari guru tau"jawab kak Syafiqah.
"ha??!!"masing-masing terkejut dengan arahan tersebut.
"hish..takkan la kami yang kene buat..dahla periksa tak habis lagi..esok ana periksa Fizik.Bukan ke sambutan hari guru tu kena laksanakan sebelum cuti?"rungut Aisyah Sakinah
"ala..takpe, korang buat simple2 je dahla..tak payah buat majlis pun tak pe.Buat la kad gergasi macam tahun lepas pastu bagi hadiah"
"Tak syok la macam tu..kesian cikgu.Dahla sambut lewat" luah Asma` Kamal dan disokong oleh Wan Nadhirah
"erm..terpulang lah pada antunna pengawas form 4 nak buat macam mana.Buat kecik2 pun tak pe asalkan kita meraikan cikgu"
"Kalau macam tu nanti kita buat perjumpaan antara kita ye malam ni" Robi`atul yang sejak awal membisu kini bersuara.
"Okey..jangan lupa bagitau semua yang lain juga" sambung Wan Nadhirah.

7.49 p.m, musolla MATRI

"Apa?! kita kena laksanakan sambutan Hari Guru?tapikan dah lambat ni..ana banyak kerjalah.Kenapa kakak form 5 tak bagitau awal-awal? Ape ni? Dah la esok periksa Fizik" rungut Sharifah Husna dalam keadaan tertekan.

Beliau juga selaku Pengerusi bagi Persatuan Sains dan Matematik MATRI bahagian puteri harus menguruskan program Hari Sains dan Matematik MATRI yang bakal diadakan.Oleh sebab itu, beliau sangat tertekan kerana belum habis satu tugasan, diberi pula tugasan yang baru.Akhirnya..air mata Sharifah Husna tertumpah jua kerana tekanan perasaan yang dihadapinya.

"Una..sabar Allah nak uji anti..lagipun ni salah satu tanggungjawab kita juga.Memang dah lumrah di MATRI bahawa setiap program akan dipimpin oleh pengawas tingkatan Empat " pujuk Wan Nadhirah menenangkan.

"Tapi ana tak boleh terima la macam ni.Kenapa membebankan saat2 akhir?" sambung Sharifah Husna dalam keadaan air matanya mengalir.
Suasana sayu.
"Ada betulnya apa yang Una cakap " bisik hati semua yang ada disitu.

"Una ..ingatlah ayat Allah bahawa


Dia takkan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk menanggungnya



Masing-masing terdiam mendengar nasihat dari Hajar Maisarah.Mereka baru diuji dengan sedikit ujian sudah mengeluh.Terbayang pejuangan Rasulullah sehingga tertumpah darah demi kepentingan agama yang dicintainya.
Kini semua bersemangat kembali.
"Tak pe..kita buat je. Jangan mengeluh!! Ingat! Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari islam! Buktikan yang kita boleh!! Jangan mengeluh!! Sesungguhnya bisikan syaitan amat kuat untuk menjadikan kita suka meungut dan mengeluh!!" Tasnim memberi kata-kata perangsang.

" Eh..janganlah over sangat..malu je kalau orang tengok..hehehe.Apa-apa pun jom kita bincang kat bilik terapung" cadang Amalina.
Ketenangan mula menyelinap di dalam hati Sharifah Husna dan semua yang ada di situ.

Sejak dari itu perbincangan mereka pun bermula.Dari satu plan ke satu plan ..semuanya menemui kebuntuan kerana mereka harus melaksanakan sambutan hari guru tersebut sebelum cuti penggal.Dan tempoh yang diberi amatlah suntuk.Tetapi, Allah tahu yang terbaik untuk mereka.Mereka terpaksa membuat perjumpaan dengan AJK sambutan hari guru bahagian putera.Setelah perbincangan dilakukan..Allah memudahkan urusan mereka.Sambutan tersebut ditangguhkan selepas cuti. Ialah, buat apa kita nak tergopoh gapah sedangkan hari-hari "HARI GURU" betul tak?
Dan bila difikir balik untuk apa diadakan hari-hari tertentu seperti Hari Guru,Hari Ibu,Hari Bapa?
Hakikatnya negara barat yang mula-mula mengadakan hari-hari begini kerana masalah tiadanya rasa hormat dan adab terhadap insan yang patut dihormati sehingga mereka tepaksa mengadakan satu hari yang khas untuk menyambut serta menghargai insan tersebut.Sebagai ummat Islam, untuk meraikan sambutan seperti HARI GURU tidaklah salah untuk kita meraikan guru-guru kita asalkan tidak terlalu mengagung-agungkan sambutan tersebut.
Agak-agak apa yang dinyatakan di sini sudah menjawab ke belum tajuk di atas??hmm..insya-Allah ...

Dan di kesempatan ini kami pelajar puteri MATRI generasi ke-16 ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua murabi-murabi MATRI yang tidak pernah kenal erti penat lelah mengajar dan mendidik kami yang pelbagai ragam ni..
Moga kalian sentiasa dilimpahi kerahmatan dan keberkatan
Amin...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, 1 Jun 2009

Senyum sokmo!!

Senyum selalu...ceriakan hari anda dengan senyuman yang ikhlas keranaNya...
ingat tak lagu ni??




Cakap pasal lagu ni ana teringat kenangan kita ngan adik2 form 1 masa program simpulan kasih hari 2...
ni ade some pic buat tatapan sumer!!



Berkumpul selepas pembahagian kumpulan



Semua CERIA!!



Antara wajah2 faci...



Persembahan nasyid dari adik2

Minggu ta`aruf adik2 tingkatan 1

Barisan musyawarah form 4 puteri telah mencadangkan untuk diadakan minggu ta`aruf adik2 form 1 bagi merapatkan ukhuwah antara form 1 yang baru masuk dan form 4 yang lambat mendaftar pada tahun ini...


Macam2 agenda yang telah diatur dan lagu tema bagi projek ini ialah JALINAN dan SENYUM SEINDAH SURIA


Dan sebenarnyer x banyak yang ana nk kongsi di cni cuma nk kongsi gambar je.....





Cuti bermula!!!


Alhamdulillah..akhirnyer cuti kita bermula.....Teringat tazkirah Abg Ali Irfan sebelum cuti ari tu...manfaatkan cuti ni sebaiknyer...hmmm..dan yang paling x boleh lupa dia kata...manfaatkan masa lapang dengan sebaik2nya sebab masa lapang akan membunuh kita..btul3...
Tak sangka dah masuk pertengahan tahun 2009.Rase macam baru jejakkan kaki ke Matri awal tahun untuk daftar tahun ni...Periksa pun baru habis.Cakap pasal periksa teringat mase di ambang peperiksaan stgh tahun baru2 ni..macam2 ragam ade...Al-kisah bermulalah segalanya...

JUMAAT, 8 MEI 2009, 12 TGH HARI

Ainul Mashitah sedang sibuk menyiapkan barangnya untuk pulang ke asrama bagi mempersiapkan diri untuk solat Jumaat.Tiba-tiba Robi`atul bertanya
"Ainul..x nak susun meja ke??Periksa hari Isnin ni..."
Ainul Mashitah berfikir sebentar
"Boleh juga..jom kita ajak budak kelas sains sekali..."
Maka mereka pun giat melakukan kerja mereka sehingga waktu solat Zuhur hampir tiba...
"Alamak...dh nak masuk waktu ni..apa kata kita khailulah jelah kat surau"cadang Ainul kepada Robi`atul.Robi`atul bersetuju..

AHAD,10 MEI 2009, 9.35 p.m

Di kelas....
"Hish..macammana ni???Kami x pernah la pulak rase BM ni susah sepanjang hidup..hehe"Amanina merungut kepada Asma` Kamal sambil menggaru2 kepalanya yang tidak gatal...
"A`ah..esok nak jawab ape ye??Format pun kami tak tau..."Jawab Asma`.
Amanina berlalu begitu sahaja....Tiba-tiba Wan Fatin Najwa menghampiri Asma` yang sedang ligat berfikir itu..
"Asma` dh prepare??"Soal Najwa sambil tersenyum
"Hish..kami peninglah.Macammane format BM SPM??"Soal Asma` kembali.
"Apa kata hampa try jawab soalan ni"Najwa mencadangkan.
"Mana dapat buku ni?Nak pinjam bawak balik dorm boleh?"
"Buku ni kami pinjam dari kakak form 5.Hampa cuba try mintak.mesti depa ada punya"
"Terima kasih"
"Sama-sama"

Di sudut yang lain pula....
Alia Izah sedang tekun membaca kertas jawapan kakaknya untuk peperiksaan setengah tahun lalu.Sharifah Husna yang berada di sebelahnya menegur
"Alia , baca apa tu??macam best je" Soal Sharifah Husna.
"Kami tengah baca kertas jawapan kakak kami ni"
" Kenapa?Soalan ni sama ke ngan tahun lepas?"
"Erm..kakak kami kate soalan BM tiap2 tahun sama"
"Ye ke?"
"Erm.."
"Kalau macam tu nanti nk pinjam kt asrama..nk salin point...mana tau ada rezeki boleh dapat A1 "balas Sharifah Husna sambil tersengih.

ISNIN, 11 MEI 2009, 10.30 a.m

Bahasa Melayu kertas kedua..

Majoriti pelajar puteri tingkatan empat tersenyum apabila membuka kertas 2 bagi subjek Bahasa Malaysia kerana seperti yang dijangka, soalan tahun ini sama dengan soalan tahun lepas...Ada yang cepat2 menulis jawapan kerana takut lupa dengan apa yang sudah dihafal sebelum peperiksaan bermula sebentar tadi...

SELASA,12 MEI 2009, waktu prep malam..

Semua pelajar tekun menghafal nota Sejarah..nampaknyer masing2 takut kalau fail dalam subjek ni....Macam2 gaya ada..antaranya....

Wan Nadhirah sedang belajar bersama Izzati dan Zahidah....Cara belajar mereka agak unik kerana berbentuk soal jawab antara satu sama lain..
"Candi apa terkenal dekat Indonesia?"
"Borobudur!!"Izzati dan Wan Nadhirah serentak menjawab apabila ditanya oleh Zahidah
"Pandai"
"Berapa peringkat yang ada dekat candi Borobudur?
"Ada tiga...Sila,Samathi dengan apa ye lagi satu??" Zahidah berfikir
"Panna!!"Wan Nadhirah separuh menjerit apabila mendapat jawapan.
Semua pelajar yang ada di sekeliling mereka bertiga hanya tersenyum melihat gelagat mereka bertiga tanpa ada rasa marah.Sekurang-kurangnya mereka boleh tumpang mendengar.

RABU,13 mei 2009, peperiksaan kertas 2 bagi subjek Sejarah..

Macam2 ragam ada....Ada yang bersemangat untuk menjawab..ada yang hanya termenung, ada yang ligat berfikir dan tak kurang juga yang sudah meletakkan kepala di atas meja...
"Susah betul soalan ni, lain yang dibaca lain pula yang keluar". Itulah antara suara hati sesetengah pelajar yang buntu.
Setelah masa tamat....
Sekumpulan pelajar puteri berkumpul di lobi yang berhadapan dengan pintu masuk utama bilik guru perempuan.
"Aisyah macammana soalan Sejarah tadi?"Salah seorang pelajar bertanay kepada Aisyah Sakinah
"Hari ni adalah hari yang menyedihkan bagi ana"
"Kenapa?"
"Sebab soalan hari ni senang sangat sampai ana pun segan nak jawab..tu yang banyak ana tak jawab sebab terlalu senang"Jawab Aisyah Sakinah memerli diri sendiri.
Maka, berderailah ketawa pelajar puteri yang ada di situ.

Maka peperiksaan pun berlangsung sehingga tiga minggu lamanya...dan yang perkara yang paling menggembirakan bagi pelajar puteri ialah dapat masuk ke dorm awal dari waktu persekolahan biasa.

Kebiasaannya apabila seseorang pelajar sudah siap menjawab satu kertas soalan bagi subjek tertentu, mereka dibenarkan untuk keluar awal dari waktu yang ditetapkan. Tetapi bagi subjek Add Math..semua pelajar yang mengambil subjek tersebut keluar pada masa yang telah ditetapkan kerana soalannya yang agak sukar apatah lagi pertama kali menghadapi format add math yang sebenarnya.Ada juga sesetengah pelajar puteri sudah siap sepuluh minit sebelum masa tamat tetapi apabila ditanya
"Kenapa tak hantar je tadi?"
"Tak mau ar..dah la Cikgu Abdul Rahman yang jaga..Sat gi dia tengok..kalau banyak betul x pe..tapi kalau banayak salah..x ke malu??"

Begitulah ragam pelaja puteri 16th Gen ni...Sekarang semua berdebar menanti keputusan yang bakal keluar selepas cuti ni..seram sejuk je ni.Macam soalan bermain di minda
"Keputusan aku mcm mne??"
"Ok ke x?"
"Takutnyer"
"kalau elok , Alhamdulillah tapi kalau teruk..."

Wahai sahibah2ku sekalian...bergantunglah kepada Allah..kerana kita sudah berusaha dan natijahnya Allah yang akan bagi. Kalau kita dah usaha yang terbaik tapi dapat teruk..Alhamdulillah redha dan belajarlah untuk menerima dan bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang, bersyukur kepada Allah...Berdoa kepada Allah agar memberi yang terbaik untu kita semua.....
Amin....
TAKBIR!!
ALLAHUAKBAR~~
MATRI......
MUMTAZ!!!!