Isnin, 1 Jun 2009

Cuti bermula!!!


Alhamdulillah..akhirnyer cuti kita bermula.....Teringat tazkirah Abg Ali Irfan sebelum cuti ari tu...manfaatkan cuti ni sebaiknyer...hmmm..dan yang paling x boleh lupa dia kata...manfaatkan masa lapang dengan sebaik2nya sebab masa lapang akan membunuh kita..btul3...
Tak sangka dah masuk pertengahan tahun 2009.Rase macam baru jejakkan kaki ke Matri awal tahun untuk daftar tahun ni...Periksa pun baru habis.Cakap pasal periksa teringat mase di ambang peperiksaan stgh tahun baru2 ni..macam2 ragam ade...Al-kisah bermulalah segalanya...

JUMAAT, 8 MEI 2009, 12 TGH HARI

Ainul Mashitah sedang sibuk menyiapkan barangnya untuk pulang ke asrama bagi mempersiapkan diri untuk solat Jumaat.Tiba-tiba Robi`atul bertanya
"Ainul..x nak susun meja ke??Periksa hari Isnin ni..."
Ainul Mashitah berfikir sebentar
"Boleh juga..jom kita ajak budak kelas sains sekali..."
Maka mereka pun giat melakukan kerja mereka sehingga waktu solat Zuhur hampir tiba...
"Alamak...dh nak masuk waktu ni..apa kata kita khailulah jelah kat surau"cadang Ainul kepada Robi`atul.Robi`atul bersetuju..

AHAD,10 MEI 2009, 9.35 p.m

Di kelas....
"Hish..macammana ni???Kami x pernah la pulak rase BM ni susah sepanjang hidup..hehe"Amanina merungut kepada Asma` Kamal sambil menggaru2 kepalanya yang tidak gatal...
"A`ah..esok nak jawab ape ye??Format pun kami tak tau..."Jawab Asma`.
Amanina berlalu begitu sahaja....Tiba-tiba Wan Fatin Najwa menghampiri Asma` yang sedang ligat berfikir itu..
"Asma` dh prepare??"Soal Najwa sambil tersenyum
"Hish..kami peninglah.Macammane format BM SPM??"Soal Asma` kembali.
"Apa kata hampa try jawab soalan ni"Najwa mencadangkan.
"Mana dapat buku ni?Nak pinjam bawak balik dorm boleh?"
"Buku ni kami pinjam dari kakak form 5.Hampa cuba try mintak.mesti depa ada punya"
"Terima kasih"
"Sama-sama"

Di sudut yang lain pula....
Alia Izah sedang tekun membaca kertas jawapan kakaknya untuk peperiksaan setengah tahun lalu.Sharifah Husna yang berada di sebelahnya menegur
"Alia , baca apa tu??macam best je" Soal Sharifah Husna.
"Kami tengah baca kertas jawapan kakak kami ni"
" Kenapa?Soalan ni sama ke ngan tahun lepas?"
"Erm..kakak kami kate soalan BM tiap2 tahun sama"
"Ye ke?"
"Erm.."
"Kalau macam tu nanti nk pinjam kt asrama..nk salin point...mana tau ada rezeki boleh dapat A1 "balas Sharifah Husna sambil tersengih.

ISNIN, 11 MEI 2009, 10.30 a.m

Bahasa Melayu kertas kedua..

Majoriti pelajar puteri tingkatan empat tersenyum apabila membuka kertas 2 bagi subjek Bahasa Malaysia kerana seperti yang dijangka, soalan tahun ini sama dengan soalan tahun lepas...Ada yang cepat2 menulis jawapan kerana takut lupa dengan apa yang sudah dihafal sebelum peperiksaan bermula sebentar tadi...

SELASA,12 MEI 2009, waktu prep malam..

Semua pelajar tekun menghafal nota Sejarah..nampaknyer masing2 takut kalau fail dalam subjek ni....Macam2 gaya ada..antaranya....

Wan Nadhirah sedang belajar bersama Izzati dan Zahidah....Cara belajar mereka agak unik kerana berbentuk soal jawab antara satu sama lain..
"Candi apa terkenal dekat Indonesia?"
"Borobudur!!"Izzati dan Wan Nadhirah serentak menjawab apabila ditanya oleh Zahidah
"Pandai"
"Berapa peringkat yang ada dekat candi Borobudur?
"Ada tiga...Sila,Samathi dengan apa ye lagi satu??" Zahidah berfikir
"Panna!!"Wan Nadhirah separuh menjerit apabila mendapat jawapan.
Semua pelajar yang ada di sekeliling mereka bertiga hanya tersenyum melihat gelagat mereka bertiga tanpa ada rasa marah.Sekurang-kurangnya mereka boleh tumpang mendengar.

RABU,13 mei 2009, peperiksaan kertas 2 bagi subjek Sejarah..

Macam2 ragam ada....Ada yang bersemangat untuk menjawab..ada yang hanya termenung, ada yang ligat berfikir dan tak kurang juga yang sudah meletakkan kepala di atas meja...
"Susah betul soalan ni, lain yang dibaca lain pula yang keluar". Itulah antara suara hati sesetengah pelajar yang buntu.
Setelah masa tamat....
Sekumpulan pelajar puteri berkumpul di lobi yang berhadapan dengan pintu masuk utama bilik guru perempuan.
"Aisyah macammana soalan Sejarah tadi?"Salah seorang pelajar bertanay kepada Aisyah Sakinah
"Hari ni adalah hari yang menyedihkan bagi ana"
"Kenapa?"
"Sebab soalan hari ni senang sangat sampai ana pun segan nak jawab..tu yang banyak ana tak jawab sebab terlalu senang"Jawab Aisyah Sakinah memerli diri sendiri.
Maka, berderailah ketawa pelajar puteri yang ada di situ.

Maka peperiksaan pun berlangsung sehingga tiga minggu lamanya...dan yang perkara yang paling menggembirakan bagi pelajar puteri ialah dapat masuk ke dorm awal dari waktu persekolahan biasa.

Kebiasaannya apabila seseorang pelajar sudah siap menjawab satu kertas soalan bagi subjek tertentu, mereka dibenarkan untuk keluar awal dari waktu yang ditetapkan. Tetapi bagi subjek Add Math..semua pelajar yang mengambil subjek tersebut keluar pada masa yang telah ditetapkan kerana soalannya yang agak sukar apatah lagi pertama kali menghadapi format add math yang sebenarnya.Ada juga sesetengah pelajar puteri sudah siap sepuluh minit sebelum masa tamat tetapi apabila ditanya
"Kenapa tak hantar je tadi?"
"Tak mau ar..dah la Cikgu Abdul Rahman yang jaga..Sat gi dia tengok..kalau banyak betul x pe..tapi kalau banayak salah..x ke malu??"

Begitulah ragam pelaja puteri 16th Gen ni...Sekarang semua berdebar menanti keputusan yang bakal keluar selepas cuti ni..seram sejuk je ni.Macam soalan bermain di minda
"Keputusan aku mcm mne??"
"Ok ke x?"
"Takutnyer"
"kalau elok , Alhamdulillah tapi kalau teruk..."

Wahai sahibah2ku sekalian...bergantunglah kepada Allah..kerana kita sudah berusaha dan natijahnya Allah yang akan bagi. Kalau kita dah usaha yang terbaik tapi dapat teruk..Alhamdulillah redha dan belajarlah untuk menerima dan bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang, bersyukur kepada Allah...Berdoa kepada Allah agar memberi yang terbaik untu kita semua.....
Amin....
TAKBIR!!
ALLAHUAKBAR~~
MATRI......
MUMTAZ!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan