Jumaat, 5 Jun 2009

16th Gen...ooo...16th gen


Alhamdulillah...Allah bagi lagi ana peluang untuk ana menukilkan post yang terbaru....Erm..untuk memenuhi permintaan sorang sahibah kita yang mencadangkan agar diletakkan semua nama dalam blog ni..dan ana telah memikirkan jenis post yang TERBAIK dan TERADIL agar semua nama terlibat.Mula- mula agak buntu sebab untuk menghasilkan sebuah cerita yang melibatkan semua nama dalam 16th gen puteri pasti bukan sesuatu yang senang dan jalan ceritanya pasti berjela-jela.Dan Allah telah memberi ana ilham untuk menghasilkan post ni.
Jadi tanpa membuang masa ana pun nak bagi antunna baca post ni.....


Assalamualaikum pembuka bicara
Dari ana wakil moderator
Post terbaru mengenai seloka
Khusus buat puteri 16th Gen semua


Mari-mari wahai pembaca
Kita mulakan seloka kita
4 Mashitah seloka bermula
22 penghuni itulah dia


'Anak Soleh' gelaran diri
Berbaju putih sederhana tinggi
Ketua kelas tanggungjawab diberi
Itulah Amanina nama diberi


Orangnya lucu berwajah ceria
Tapi awas!! moodnya selalu tak dijangka
Siti Masitah pembantu setia
Tulisannya cantik digemari semua


Tukang urut orang kebas
Dikenali sebagai ceti kelas
Siti Syarah bersifat tegas
Buat kerja macam belangkas


Dari Selangor mereka berhijrah
Berhijrah untuk mendapat barokah
Seorang namanya Tasnim lagi seorang Sharifah
Dua-dua pantang mengalah


Pergi mana-mana pasti berdua
Seorang tak ada pasti sunyi
Khadijah dan Afifah Imran itulah mereka
Petugas koop yang berdedikasi


Tidur dalam kelas hobi mereka
Sangat akrab tak pernah berpisah
Bila bertekak tak ingat dunia
Itulah Aisyah Sakinah dan Siti Maisarah


Orangya pendiam tak banyak berbicara
Afifah Manan itulah orangnya
Berlainan pula dengan jirannya
Alia Izah petah berkata-kata


Dalam kelas asyik menelaah
Siape tak kenal dialah Dalilah
Tak kurang juga dengan Aisyah Lutfi dan Khaulah
Biro Kimia dan PSI yang bertauliah


Mereka berdua diam sahaja
Bila dah marah bergegarlah dunia
Tak perlu difikir tak perlu ditanya
Hajar dan Muizzah itulah mereka


Berbaju biru cool selalu
Imtithal Badruddin orangnya pemalu
Fadhilah pula lebih kurang begitu
Hobinya adalah membaca buku

Nadiah Zaini kuat ketawa
Ketua paras satu asrama itulah dia
Nabilah Izzati lain pula ceritanya
Pengurus besar P.U.M kita


Dua-dua duduk rumah
Mereka ni baik lagi peramah
Selalu menjadi orang tengah
Itulah Khairunnisa`dan Puteri Noren Nadiah


Begitulah cerita ragam 4 Mashitah
Kalau nak cerita sampai kiamat pun tak sudah
Mari baca pula kes 4 Khadijah
Penghuninya ramai 30 oranglah


Monitor kelas orangnya tinggi
Asyik membebel itulah hobi
Zahidah Zahraa empunya diri
Sangat peramah berbudi pekerti


Perwatakannya lembut sangat sopan
Naib monitor sebagai jawatan
Umairah Tarmizi orangnya berwawasan
Duduk belakang posisi pilihan


Berbeza dengan 4 Mashitah
Ini bendahari 4 Khadijah
Buat kerja tak pernah gelabah
Fatin Nabila duduk di rumah


Suka tersenyum tak banyak berkata-kata
Duduk bersebelahan dua-dua sama
Syazwani dan Syafiqah teman setia
Membaca buku di mana-mana

Kelas sunyi kalau mereka tak ada
Bawah kipas posisi mereka
Mereka bertiga asyik bercerita
Afiqah Sabri, Izzati dan Wan Nadhirah sentiasa ceria


Hobi mereka suka bercerita
Kalau diam peliklah dunia
Boleh digelar penghibur lara
Afiqah Syadiyah dan Nabilah Nasser asyik berbicara


Dari Pulau Pinang datang ke Utara
Sudah dikenali sebagai saudara
Asyik berkepit ke mana-mana
Mursyida dan Nawal itulah mereka


Digelar sebagai kembar nama
Seorang tu asyik menyanyi sahaja
Seorang lagi pendiam pula
Ainul Mardhiah dan Ainul Mashitah perwatakan berbeza


Dari Johor belajar kat MATRI
Asma` Kamal tak suka menyendiri
Duduk sebelah Fashihah Marzuki
Mereka berdua berlainan hobi


Dalam kelas suka ketawa
Tak kurang juga gemar berkongsi cerita
Aaina dan Ummu Farah itulah mereka
Shaza dan Shima pun sama sekepala

Dua-dua duduk rumah
Tak pernah pula ponteng sekolah
Mereka baik lagi peramah
Itulah Afifah Syahidun dan Atiqah


Di dalam kelas duduk depan
Nur Mayamin suka berkawan
Anis Nasuha agak berlainan
Paling pendiam suaranya perlahan


Dalam kelas duduk bersebelahan
Dua-dua PUM memang kesefahaman
Seorang ahli biasa seorang lagi pengurus kewangan
Hakimah dan Amalina bermain peranan


Paling belakang posisi pilihan
Suka isi masa membaca Al-Quran
Seorang berbaju biru seorang bukan
Najwa dan Robiatul setia kawan

Orangnya suka fikir psikologi
Kalau bukan Kautsar siapa lagi
Fadzilah pula putih sekali
Tahun ini terbang ke mekah buat kesekian kali

Tamat sudah seloka ini
Penulis penat nak rehatkan diri
Silap kata harap dimaafi
Kalau tak ada nama bolehlah di informasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan