Kalau kita tengok tajuk utk the latest post ni..macam x clear sebenarnyer ape yg nk disampaikan tul x??
Ape2 pun..kiter bermuqaddimah dulu...
Seperti yang kita ketahui peperiksaan setengah tahun baru sahaja tamat pada hari Rabu sebelum bermulanya cuti penggal yang kedua.Dan pada masa tu semua orang gembira sebab periksa dah habis ditambah pula cuti akan menjelma..jadi macam2 plan yg bermain di minda
"Balik ni, aku nk qada` tido puas2"
"Hish..nk update friendster,myspace.hi5,pewaris.net,facebook,bla bla"
"Target!!hafal Quran sebanyak2nyer"
"tak sabarnyer nk tolong mak ayah kt umah"
Itulah antara perkara2 yang selalu bermain2 di minda sebahagian pelajar Matri...ada yang bagus dan tak kurang juga yang perlu dibetulkan niat.Hmmm..tapi ade la sekelompok pelajar yang sedang tidak keruan memikirkan sesuatu yang harus dilaksanakan oleh mereka.isk..isk..isk..kesian, baru je nk rehatkan minda setelah berjuang selama 3 minggu dh diberi satu tanggungjawab yang besar....
Kisahnya bermula begini...
SELASA,26 MEI 2009,5.50 p.m dataran aspuri..
Robia`tul sedang duduk berbual bersama-sama Aisyah Sakinah,Wan Nadhirah dan Asma` Kamal..tiba-tiba mereka didatangi seorang pelajar puteri tingkatan lima
"Eh, Kak Syafiqah..minta maaf ..ana terlupa pergi dorm kak Syafiqah semalam..ada apa?" soal Robia`tul kepada seniour yang kami panggil kak Syafiqah.
"Ha..tak pe lah cakap kat sini jelah dh kebetulan kat sini semua pengawas form 4,
antunna semua kena uruskan pasal hari guru tau"jawab kak Syafiqah.
"ha??!!"masing-masing terkejut dengan arahan tersebut.
"hish..takkan la kami yang kene buat..dahla periksa tak habis lagi..esok ana periksa Fizik.Bukan ke sambutan hari guru tu kena laksanakan sebelum cuti?"rungut Aisyah Sakinah
"ala..takpe, korang buat simple2 je dahla..tak payah buat majlis pun tak pe.Buat la kad gergasi macam tahun lepas pastu bagi hadiah"
"Tak syok la macam tu..kesian cikgu.Dahla sambut lewat" luah Asma` Kamal dan disokong oleh Wan Nadhirah
"erm..terpulang lah pada antunna pengawas form 4 nak buat macam mana.Buat kecik2 pun tak pe asalkan kita meraikan cikgu"
"Kalau macam tu nanti kita buat perjumpaan antara kita ye malam ni" Robi`atul yang sejak awal membisu kini bersuara.
"Okey..jangan lupa bagitau semua yang lain juga" sambung Wan Nadhirah.
7.49 p.m, musolla MATRI
"Apa?! kita kena laksanakan sambutan Hari Guru?tapikan dah lambat ni..ana banyak kerjalah.Kenapa kakak form 5 tak bagitau awal-awal? Ape ni? Dah la esok periksa Fizik" rungut Sharifah Husna dalam keadaan tertekan.
Beliau juga selaku Pengerusi bagi Persatuan Sains dan Matematik MATRI bahagian puteri harus menguruskan program Hari Sains dan Matematik MATRI yang bakal diadakan.Oleh sebab itu, beliau sangat tertekan kerana belum habis satu tugasan, diberi pula tugasan yang baru.Akhirnya..air mata Sharifah Husna tertumpah jua kerana tekanan perasaan yang dihadapinya.
"Una..sabar Allah nak uji anti..lagipun ni salah satu tanggungjawab kita juga.Memang dah lumrah di MATRI bahawa setiap program akan dipimpin oleh pengawas tingkatan Empat " pujuk Wan Nadhirah menenangkan.
"Tapi ana tak boleh terima la macam ni.Kenapa membebankan saat2 akhir?" sambung Sharifah Husna dalam keadaan air matanya mengalir.
Suasana sayu.
"Ada betulnya apa yang Una cakap " bisik hati semua yang ada disitu.
"Una ..ingatlah ayat Allah bahawa
Dia takkan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk menanggungnya
Masing-masing terdiam mendengar nasihat dari Hajar Maisarah.Mereka baru diuji dengan sedikit ujian sudah mengeluh.Terbayang pejuangan Rasulullah sehingga tertumpah darah demi kepentingan agama yang dicintainya.
Kini semua bersemangat kembali.
"Tak pe..kita buat je. Jangan mengeluh!! Ingat! Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari islam! Buktikan yang kita boleh!! Jangan mengeluh!! Sesungguhnya bisikan syaitan amat kuat untuk menjadikan kita suka meungut dan mengeluh!!" Tasnim memberi kata-kata perangsang.
" Eh..janganlah over sangat..malu je kalau orang tengok..hehehe.Apa-apa pun jom kita bincang kat bilik terapung" cadang Amalina.
Ketenangan mula menyelinap di dalam hati Sharifah Husna dan semua yang ada di situ.
Sejak dari itu perbincangan mereka pun bermula.Dari satu plan ke satu plan ..semuanya menemui kebuntuan kerana mereka harus melaksanakan sambutan hari guru tersebut sebelum cuti penggal.Dan tempoh yang diberi amatlah suntuk.Tetapi, Allah tahu yang terbaik untuk mereka.Mereka terpaksa membuat perjumpaan dengan AJK sambutan hari guru bahagian putera.Setelah perbincangan dilakukan..Allah memudahkan urusan mereka.Sambutan tersebut ditangguhkan selepas cuti. Ialah, buat apa kita nak tergopoh gapah sedangkan hari-hari "HARI GURU" betul tak?
Dan bila difikir balik untuk apa diadakan hari-hari tertentu seperti Hari Guru,Hari Ibu,Hari Bapa?
Hakikatnya negara barat yang mula-mula mengadakan hari-hari begini kerana masalah tiadanya rasa hormat dan adab terhadap insan yang patut dihormati sehingga mereka tepaksa mengadakan satu hari yang khas untuk menyambut serta menghargai insan tersebut.Sebagai ummat Islam, untuk meraikan sambutan seperti HARI GURU tidaklah salah untuk kita meraikan guru-guru kita asalkan tidak terlalu mengagung-agungkan sambutan tersebut.
Agak-agak apa yang dinyatakan di sini sudah menjawab ke belum tajuk di atas??hmm..insya-Allah ...
Dan di kesempatan ini kami pelajar puteri MATRI generasi ke-16 ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua murabi-murabi MATRI yang tidak pernah kenal erti penat lelah mengajar dan mendidik kami yang pelbagai ragam ni..
Moga kalian sentiasa dilimpahi kerahmatan dan keberkatan
Amin...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan