Ibuku memandangku dengan senyuman penuh bermakna..
'Stok dah habis dah ke?? hmm.. nantilah petang ni kita pi Billion (PKNS Bangi)'
Ku tersenyum.. petang semalam segala keperluan telah dibeli.. Hari ni ku akan kembali ke MATRI.. Apa khabarkah kalian? Teman-teman.. Bagaimana cuti seminggumu? Cukupkah rehatmu?? Cukupkah untuk kita kembali berjuang menimba ilmu??
Teringat Hadis 13 dari himpunan Hadis 40 :
Seorang kamu tidak benar-benar beriman selagi dia tidak mengasihi saudaranya lebih dari dia mengasihi dirinya sendiri.
Dalam persahabatan, kita tak nak kawan dengan seseorang itu kerana dia kawan kita sahaja. Kita nak sayang dia macam mana kita nak dia sayang kita. Ini masuk dalam semua aspek kehidupan di alam persekolahan.. kita nak score dalam subjek kita, sama seperti kita nak dia score dalam subjek dia..
Kalau dok asrama.. Kita nak dia kenyang makan, sama seperti bila kita kenyang makan.. kita nak dia happy sama seperti bila kita happy.. Yang penting, suka duka sama-sama tanggung.. Yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama.. Tapi yang paling penting ialah, bila kita bersama dia, kita sentiasa ingat Allah Sang Pencipta.. Inilah dikatakan Sahabat Sejati..
Jadi, kembali kita ke Bumi Wakafan nun di Negara Darul Aman.. sama-samalah kita berjihad menuntut ilmu, berganding bahu menegakkan kembali bi'ah solehah (suasana baik).. menjadi qudwah pada AMAL MAKRUF NAHI MUNKAR.. Mari kita buktikan form4 2009 bakal pemangkin generasi sohibah Rasulullah s.a.w.. AMIN
Dimanakah pemudi sepintar Saidatina Aisyah Abu Bakr?
Dimanakah pemudi seberani Saidatina Asma' Abu Bakr?
Dimanakah pemudi setulus Saidatina Fatimah?
Di MATRI bakal menjawab soalan-soalan ini..
Kami bakal menjadi pemangkin para sohibah zaman Nabi..
Kami akan buktikan!
Dunia bakal menyaksikan!
Kebangkitan kami..
Kebangkitan ISLAM!
AMIN!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!
Kami bakal menjadi pemangkin para sohibah zaman Nabi..
Kami akan buktikan!
Dunia bakal menyaksikan!
Kebangkitan kami..
Kebangkitan ISLAM!
AMIN!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan