Rabu, 2 Disember 2009

penjual tempe

PENJUAL TEMPE



Alkisahnya di sebuah desa di Jawa Tengah, ada seorang ibu yg kerjanya menjual tempe
di pasar setiap hari. Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu2nya sumber
pendapatannya utk menyara hidup.

Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pergi jual tempe. Tapi tetiba dia
tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu
masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi. Dia pun berasa amatlah sedih sebab tempe
yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dpt wang utk hari tu.

Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dapat
melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa "Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe.
Amin ...." Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin
yang Tuhan pasti mengabulkan doanya.

Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung jarinya dan dia
pun bukak sikit bungkusan tu untuk menyaksikan keajaiban kedele itu menjadi tempe. Tapi
dia kaget seketika sebab kedele tu masih tetap kedele. Namun dia tak kecewa, sebaliknya
dia fikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.

Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa
tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual tempe kerana inilah
mata pencarianku. Aku mohon agar jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan
debaran dia pun skali lagi bukak sikit bungkusan tu. Lalu apa yang terjadi ???????? ...
Dengan kaget dia melihat yg kacang kedele tersebut ?????? .... masih tetap begitu !!!!!!!

Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakin ramai org. Si ibu ni
tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Bagaimanapun kerana keyakinannya yang
sangat tinggi dia bercadang utk tetap pegi ke pasar membawa barang dagangannya tu.
Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia
pun bersiap-siap untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe macam
biasanya dah disiapkan.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Tuhan,
aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau BR> kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati.

Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan macam biasanya dia pun ambik tempat
untuk meletakkan barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah
menjadi. Lalu dgn hati yg berdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dgn jarinya
setiap bungkusan yg ada. Pelan2 dia bukak sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
Lalu apa yang terjadi saudara-saudari ?????????? ..... .tenyata tempenya benar-benar
????????????????? .... belum menjadi !!!!!!!!!

Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa
pada Tuhan kerana doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil. Tuhan tak kesian
padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempe je. Seterusnya, dia cuma duduk
diam tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg mana ada org nak beli tempe
yang baru separuh jadi tuh.

Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dah mulai sepi dengan pembeli. Dia tengok
member2 yg sesama penjual tempe, tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk
lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn
rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan dpt pendapatan langsung.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu...?! Maaf ya bu, saya mau
tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling pasar
mencarinya tapi masih belum ketemu."

Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget. Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat
depannya tu, dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Tuhan, saat ini aku tak mahu tempe lagi.
Biarlah daganganku ini tetap seperti semula, Amin".

Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tuh. Dia fikir entah-entah
masa dia tgh duduk2 termenung tadi, tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam
keadaan ragu2 lagi nak jawab. "Camane nih?" Dia pikir. "Kalo aku kata ya, jangan-jangan
tempe ni dah jadi, sape tau mukjizat Tuhan?"

Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan, biarlah tempeku ini tak usah
jadi tempe lagi. Dah ada org yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini. Dengarlah
doaku ini..." ucapnya berkali-kali.

Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit daun penutupnya. Lalu apa yang
dilihatnya saudara-saudari ????????? .... Ternyata memang benar tempenya ?????????
..... belum jadi !!!!!!!!! Dia pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah",
ucapnya.

Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi tuh.
Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe
yang belum jadi. Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di England kepingin tempe dari desa.
Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah beli yg belum jadi lagi
supaya bila sampai di England nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yg dah jadi, nanti di
sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap.

Begitulah alkisahnyee...TAMAT...

Moral of the story ....

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya
Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik utk kita.

2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNya yg lemah. Dan
jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah akan
mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya
kpdNya lah kita memohon & bertawakkal ...

3. Mari makan tempe utk kesihatan dan kecergasan .... tak caye tanya ler org2 Jawa ...
hehheh... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan