Khamis, 3 Disember 2009

sedikit perkataan

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T jua dipertemukan kita di dalam laman yang mungkin susah untuk kita melihat atau membacanya.Dalam rangka kita pesan-memesan serta lengkap-melengkapi dengan suasana hati yang tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dan kepada kebenaran deen Islam.

Sahibah yang dikasihi,


Cuti yang kita alami adalah satu ujian daripada Allah SWT.Sangat sedikit manusia pada hari ini yang berjaya dalam ujian seumpama ini.Bagi orang yang jahil,cuti adalah kerehatan dan keseronokan,tetapi bagi orang-orang yang beriman,cuti adalah satu ujian daripada Allah SWT.Cuti yang diberikan Allah SWT ini sepatutnya diisi dengan tarbiyah(didikan dan asuhan)Iman dan Islam yang berterusan.Ia perlu diisi dengan mujahadah dan pengorbanan untuk meningkatkan lagi kefahaman,keyakinan dan syakhsiyah kita dalam bentuk yang dikehendaki oleh Allah SWT.Sesungguhnya kefahaman,keyakinan dan syakhsiyah itu bukanla datang dengan percuma begitu sahaja melainkan ia berkehendakkan kepada mujahadah dan pengorbanan yang bersungguh-sungguh.


Kekuatan hubungan kita dengan Allah SWT memerlukan kepada Tarbiyah dan Jihad yang berterusan.Semestinya tarbiyah dan jihad yang berterusan terlaksana di mana sahaja kita berada,meskipun di dalam suasana keseorangan,sebatang kara,ataupun semasa berada ditengah-tengah masyarakat yang telah menolak islam dalam praktik hidup mereka.Tarbiyah dan jihad yang seumpama ini insyaAllah akan menjamin kekuatan hubungan dengan Allah SWT.



Kerja-kerja yang paling penting ialah kerja-kerja untuk memelihara keimanan kita kepada Allah SWT dan keislaman kita di dalam semua tindakan kita.Kita perlu menjadi orang yang sentiasa bekerja dan tidak jemu-jemu untuk mendidik hati dan diri kita agar sentiasa selaras dengan Iman dan Islam.


Sesungguhnya musuh Allah tidak jemu-jemu menyerang dan cuba untuk merosakkan akidah kita,malah hawa nafsu juga tidak pernah jemu untuk melemahkan iman kita kepada Allah SWT.Oleh itu kita tidak harus merasa bosan dan mudah mengaku kalah dalam berdepan dengan halangan dan rintangan ini.Kerja-kerja tarbiyah perlu sentiasa berjalan dimana pun kita berada.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan