Khamis, 24 September 2009

InGaTKaN ALLaH...temanku

Sekadar ingatan buatmu kalian....teman2 deeni pencorak masa depan islam….

Kulihat….

Terasa hebat si pemudi bijaksana itu,

Begitu bangga si dara jelita itu,

Bermesra dengan pemuda pembuaya durjana,

Bergandingan dengan si teruna pendusta,

Tanpa segan silu…

Di manakah Tuhan di hatimu??

Pangkat dan darjat kegilaan manusia,

Sanggup buat apa saja x kira masa,

Siang dan malam bahang riak terus mekar di dada,

Sampai lupa siapa dirinya.

Apakah tanggung jawabmu sebagai anak??

Apakah perananmu sbgi pelajar??

Apa pula tugasmu sbgi HAMBA???


Begitulah manusia….

Tanpa hidayah iman di jiwa,

Dunia….matlamat hidupnya,

Rakus pada harta, Cinta pada dunia….

Hebat dgn maksiat, Megah dalam dosa…

Dunia bagaikan syurga,

Syaitan bagaikan rakan sekomplotnya,

Bersatu…..Bersama….

DErhaka pada Tuhannya…

Takbur pada Penciptanya…

SEdangkan tanpa disedarinya,

Usianya sudah di penghujung senja,

Entah esok entah lusa, Entah sesaat sedetik lagi,

Izrail datang…mengintai nyawa,

Walau secerdik mana akal licikmu,

Walau sehebat mana kebijaksaanmu,

Walau seindah mana rupa parasmu,

Walau setinggi mana pangkat darjatmu,

Walau selantang mana kau suara bantahanmu,

SEmuanya akan musnah jua…

Andai..Tiba saatnya..

Kau kembali mejadi tanah!


QULLU NAFSIN ZAAIQOTUL MAUT…

Setiap yang hidup….Pasti akan merasai maut..

Di kala itu…

Jasad kakumu akhirnya….

X lah segagah mana…

WAjah pucatmu…

X lah sehebat mana..

Akal kosongmu akhirnya…

X lah sebijak mana..

Lebih gagah lagi si anai-anai memamahnya…

Lebih hebat lagi si ulat yg menjamahnya…

Lebih bijak lagi si semut mengusungnya…

Saat itu…

Segalanya sudah tidak berguna,

SEcebis harapan…..sia-sia belaka..

Ingatlah….wahai diri…

Azab Allah lebih hebat,

Dari sezarah nikmat,

Yang kau kecap,

Ketika kau angkuh berpesta..

Di alam fana.

Insaflah…wahai diri,

Lemahnya diri ini,

Hinanya diri ini,

Kerdilnya diri ini,

Sipalah aku…dihadapanMU, iLahi…


Renunglah wahai insan,

Tika nyawa sudah di tenggorokan,

Apakah yang telah kau tinggalkan sebagai bekalan??

Untuk dipersembahkan,

Menghadapi hari kebangkitan….

Apakah saham yg telah kau laburkan?

Bagi menuai faedah di hari penghisaban…

Jangan laburkan saham maksiat,

Kerna dirimu bakal diazab…

Jangan kau laburkan saham dosa,

Kerna kau bakal disiksa…

Jangan kau labur saham dunia,

Kerna belum pasti enkau bahagia..

Jangan kau labur saham syaitani,

Kerna di sana…NERAKA menanti..

TAPI…

Laburlah …saham takwa,

Imbalannya..kasih Pencipta..

Laburlah…saham pahala,

Tuainnya…di syurga Allah…

Laburlah..saham Illahi,

Di sana JANNAHnya mennanti..


Segeralah wahai insan,

Tundukkan keangkuhanmu,

Dengan sinar iman..

Leburkan ketakburanmu,

Dengan cahaya takwa…

Tunjukkan keperkasaan dirimu,

Sebagai mujahidah Allah…

Persembahkan kehebatan cintamu,

Sebagai a’bidah Allah..

Pamerkan kebijaksaanmu,

Sebagai mukminah penyeri dunia sejati…

Buanglah sauh maksiat di lautan nespa sepi..

Layarkan bahtera taat, marilah kta berTAUBAT…

Sebelum…SEGALANYA TERLAMBAT…

Kaulah wanita seindah hiasan, pemudi harapan,

tauladan sepanjang zaman…

Dan kembalilah kamu kepada TUHANmu dan..berserah dirilah kepada NYA sebelum datang AZAB kepadamu.. kemudian, kamu x dapat ditolong lagi…(54). Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamua dari TUHANmu, sebelum datang AZAB kepadamu dengan tiba-tiba sedangkan kamu x menyedarinya..(55). Supaya jangan ada orang yang menyatakan…: Amat besarlah penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap ALLAH sedangkan aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan agama ALLAH…(56)”

SURAH AZ-ZUMAR 39: AYAT 54-45

Hasil Nukilan….iLLaHi LoVeR09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan