Sabtu, 13 Februari 2010



Di cni...ana ada sesuatu untuk diluahkan buat semua sahibah ana tersayang...
mga rahmat dan kasih sayang allah sentiasa mengalir dalam sanubari kalian....

Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah..

Semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah RasulNya dan dapat mengubati segala penyakit-penyakit hati. Said Ramadhan pernah menyebut dalam bukunya “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah..

Sahabatku Harapanku..

Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan kepada hanya segelintir manusia sahaja. Semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah pilih kita.. Segala puji bagi Allah!

Sahabatku Sayangku..

Putera dan puteri islam ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam tetapi orang lain menggunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Di mana saja kita akan bertemu dengan putera dan puteri islam tetapi bagaimana keadan mereka? Sebahagian besar mereka hari ini telah dirosakkan pemikiran mereka, dilemahkan jiwa mereka dengan dipenuhi nafsu syahwah. Akhlak mereka bukan lagi akhlak muslim yang luhur tetapi akhlak yang campur aduk..

Sahabatku..

Aku sentiasa mendoakan keimananmu kerana dunia ini memerlukanmu. Nilai keimanan puteri remaja sepertimu jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk mencapai keredhaan Allah..

Jadilah “belajar” wasilah untuk mendekatkan diri pada Allah. Semoga darjatmu diangkat oleh Allah. Rantailah nafsumu dengan aturan Islam..

Sahabatku..

Semoga kita tidak banyak bergaul dengan manusia hingga membawa gangguan hati dan menjauh hubungan dengan Allah..

Perkara yang paling penting untuk menolong kita sentiasa berfikir dan berzikir ialah selalu bersama orang-orang soleh dan condong kepada mereka. Semoga Allah lindungi kita dari orang yang dilihat selalu mendekatkan diri kepada Allah, namun hatinya sebenarnya sangat jauh dari Allah..

Sahabatku..

Rasa tidak dikasihi yang kau dan aku rasakan sejak kecil hingga kini merupakan dorongan Allah supaya kita dapat hayati makna kemanusiaan, penuh kasih sayang kepada semua orang dan kasihan belas kepada orang yang menderita. Pengalaman ini juga sebagai dorongan untuk kita lebih memahami perasaan orang lain..

Ibn Jauzi ada menyatakan dalam kitabnya “Mahabatullah”; “Orang yang melihat dirinya serba kurang akan menyebabkan kedekatannya dengan Allah”..

Sahabatku..

Rasanya cukup dulu buat kali ini..

Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang mempebaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia..

p/s: Moga2 apa yg cuba disampaikan meresap ke jiwa-jiwa kalian....












.::: Renung-renungkanlah wahai para da'ieah sekalian :::.....


Perancangan komunis

Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk
Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
Agama candu masyarakat
China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan
Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh

Perancangan salibiah (gerakan hancurkan islam)
Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
Gladstone, “Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya.”
Pemerintah Perancis di Algeria, “Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya.”
Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), “Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup
sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka.”
Lowrence Brown (paderi), “Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah.”
Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), “Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang.”



Perancangan yahudi
Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan
menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )
Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan
sebagainya
Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
Suburkan pergaulan bebas – awalnya ‘Rakan Study’, akhirnya …
Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan ‘BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN’ (Skin-Head dan sebagainya)
Serang budaya Islam dengan budaya Barat


AYUH!! SEDAR DIRI!!!...
Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:

“Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka.”

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.

Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri. Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca. Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:

Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)
Bina kekuatan fikir dengan membaca
Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
Kembali cintakan ibadah
Dampingi golongan alim
Sentiasa mendirikan solat jama`ah
Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.


Moga2..Allah titipkan secebis kesedaran dan kekuatan buat jiwa2 kta...ameennn...
Sama2lah kta memperjuangkan Islam...!!!!!

TAKBIR!!!!!

Isnin, 28 Disember 2009

perkongsian 2012


Assalamualaikum...
perkongsian ini diambil daripada perkongsian akhi Hilal Asyraf..
mengenai tahun 2012..dalam filem"WE WERE WARNED 2012"
perkongsian ini tidaklah hanya melibatkan apa yang ditayangkan dalam filem itu sahaja
malah ia mengenai apa yang kita perlu tahu...
semoga ia dapat muhasabah diri kita semula...

2012 membuka juga hati, bila ayat-ayat Al-Quran timbul sepanjang menontonnya

2012 membuka juga hati, bila ayat-ayat Al-Quran timbul sepanjang menontonnya


Mungkin agak lambat saya memperkatakan perihal filem 2012 yang membicarakan perihal kehancuran dunia. Memandangkan, filem itu telah lama keluar dan dah lama orang tengok download, malah ada yang menontonnya di youtube.


Dalam sesi ini, saya tidak berminat berkongsi berkenaan 2012 adalah konspirasi freemason, illuminati, pemujaan dengan Dajjal, tarikh perlaksanaan projek freemason dan sebagainya, jauh sekali saya mempercayai bahawa tarikh 21/12/12 itu merupakan tarikh kiamat dunia.


Tetapi, saya hanya suka berkongsi apa yang saya rasa selepas menonton filem itu.

Pada saya, ia satu muhasabah yang sangat baik, andai disertai dengan maklumat yang betul berkenaan hari kiamat yang sebenar.


Tusukan kuat di dalam hati


2012 menceritakan berkenaan kehancuran bumi yang terhasil keraa kejadian aneh yang berlaku pada matahari, sekaligus memberikan kesan kepada bumi. Kedudukan semua planet di dalam Galaksi Bima Sakti yang sejajar, turut memberikan kesan kepada medan magnetik bumi membuatkan platonik-platonik di bahagian dasar bumi bergerak dan tidak tetap. Turut menyebabkan hal ini adalah pendidihan yang berlaku pada air bawah tanah akibat dari radiasi daripada matahari.


Memang ada banyak benda luar akal atau flaw dalam cerita 2012 ini. Tapi saya tak mahu bahaskan hal-hal teknikal di sini.


Cuma, semasa melihat kehancuran yang berlaku, jantung saya berdegup kencang. Melihat bagaimana hebatnya mereka merealitikan ombak menggunung, gunung ganang hancur, gempa bumi yang dasyat, robohan bangunan, letupan gunung berapi besar, keributan masyarakat, huru hara sana sini, dan sebagainya.


Dada saya berdentam dentum dan jiwa saya berkocak.


Hal ini kerana, saya adalah seorang manusia yang mempelajari perihal hari kiamat semenjak tadika lagi. Ada bermacam-macam cerita, dalil, ayat Al-Quran, Hadith berkenaan kiamat yang wujud dalam kepala saya, tertanam dalam minda saya.


Saya masih ingat pada suatu ketika, ketika saya berumu tujuh tahun dan saya berseorangan di dalam bilik, saya terbayangkan hari kiamat yang diceritakan oleh guru saya di tadika. Saya masih ingat betapa saya takut pada ketika itu, hingga saya pergi ke almari baju ayah saya dan saya menangis sambil berkata: “Abah, abah”


Melihat kehancuran yang direka dengan penuh realistik di dalam filem 2012, saya terbayangkan kembali apa yang saya bayangkan pada waktu kecil saya itu. Sesungguhnya, kiamat yang sebenar pastinya berjuta kali ganda lebih dasyat dari apa yang dibayangkan di dalam 2012.


Sangat-sangat menakutkan


Di dalam 2012, mereka membayangkan bahawa satu kumpulan manusia masih lagi boleh berfikir itu dan ini, sempat melakukan lawak ringkas, bersembang, kenal anak pinak dan lain-lain perkara. Itu di dalam filem. Tetapi, ketika melihat situasi yang dihadapi mereka, kepala saya tidak lepas membayangkan apa yang saya terbayang masa kecil.


Tahukah kenapa saya ke almari ayah saya dan berkata: “Abah, abah” sambil menangis?


Sebab masa itu saya teringat ayat Al-Quran yang bermaksud:


“Kemudian(ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datangnya suara jeritan yang dasyat. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan(berlari dari) ibu serta bapanya, dan(berlari dari) isteri serta anak-anaknya. Kerana setiap seorag dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja” Surah ‘Abasa ayat 33-37.


Saya tergambarkan saya berlari keseorangan, tidak dikisahkan, mahupun hendak mengisahkan orang lain, di tengah-tengah kehancuran dunia. Yang digambarkan kehancuranya di dalam Al-Quran seperti berikut:


“Apabila matahari dilingkari cahayanya(dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang bergugur dan berselerak. Dan apabila gunung ganang diterbangkan ke angkasa(setelah dihancurkan menjadi debu). Dan apabila unta-unta bunting dibiarkan. Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan. Dan apabila lautan meluap-luap bercampur baur” Surah At-Takwir ayat 1-6.


Dada saya jadi sempit membayangkan saya berada di tengah-tengah saat yang dasyat itu.


Kalau di dalam 2012 mereka menyatakan bahawa mereka masih sempat menaiki kapal terbang, mereka masih selamat di dalam kapal yang sangat besar, masih ada tanah untuk mendarat, masih ada oksigen untuk dihirup, masih ada matahari untuk dilihat, tetapi saya yang telah dididik berkenaan kiamat terbayang-bayang hari yang menakutkan itu dengan gambaran daripada Pencipta Kiamat itu sendiri, yakni Allah SWT:


“Iaitu pada masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke padang mahsyar). Dan(pada masa itu) langit dipecah belahkan hingga setiap belahanya menadi seperti pintu yang terbuka luas. Dan gunung-ganang setelah dihancurkan diterbangkan ke angkasa lalu menjadilah ia bagai bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.” Surah An-Naba’ ayat 18-20.


“Kemudian(ketahuilah bahawa) apabila ditiup sangkakala dengan sekali tiup. Dan umi serta gunung-ganang diangkat(dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya degan sekali hancur. Maka pada saat itu berlakulah kiamat” ayat 13-15 Surah Al-Haqqah.


“Dia(orang kafir) bertanya(secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”. Maka(jaabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpinar-pinar( kerana gerun dan takut). Dan bulan pula hingga hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (Maka) pada hari itu berkatalah manusia(yang mengingkari hari kiamat): “Ke manakah hendakk melarikan diri?”. Tak usah ditanyakan demikian! Tiadalah lagi tempat perlindungan! Pada hari itu kepada Tuhanmu sahajalah tempat berserah segala perkara” Surah Al-Qiyamah ayat 6-12.


“Apabila berlaku hari kiamat itu. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya( menyilapinya dengan bencana alam, atau mengingkari yang sedang berlaku itu adalah hari kiamat). Kejadian hari kiamat itu merendahkan( golongan ingkar) dan meninggikan( golongan yang taat). (ia berlaku) semasa bumi bergoncangan dengan sebenar-benar goncangan. Dan gunung ganang dihancur leburkan sehancur leburnya. Lalu menjadilah ia debu-debu yang berteberbangan.” Surah Al-Waqiah ayat 1-6.


Allahuakbar…. Allahuakbar… Allahuakbar.


Sangat-sangat menakutkan.


Jangan cerita pada hari itu hendak melarikan diri. Jangan bising fasal hendak menyelamatkan harta yang dikumpul selama ini. Jangan terfikir perihal anak dan isteri.


Hari itu hari diri sendiri.


Tidak akan terfikir sesiapa.


Kerana kerosakan yang berlaku adalah di luar pemikiran imiginasi manusiawi.


Bila kiamat?


Saya tidak pernah percaya 2012 adalah tarikh kiamat. Artikel ini sekadar mengajak diri kita bermuhasabah membayangkannya dengan bantuan imiginasi manusia yang direalitikan dalam bentuk filem. Saya fikir, filem 2012 amat baik untuk membantu kita menggetarkan jiwa dengan bantuan ayat-ayat Al-Quran tadi.


Hal ini kerana, kalau seseorang manusia itu mampu mengimiginasikan sedasyat itu, maka kita yang beriman dengan kedasyatan hari kiamat ini meyakini bahawa apa yang akan berlaku nanti lebih dasyat dari apa yang mampu diimiginasikan. Itu yang membuatkan dada saya berdegup kencang dan ketakutan. Ketahuilah, saya tidak tidur malam selepas menonton 2012. Bukan kerana apa yang ada di dalam filem 2012. Tetapi kerana apa yang saya bayangkan apabila melihatnya.


Kalau benar kiamat adalah sedasyat, atau lebih kurang dasyat dengan apa yang digambarkan di dalam filem 2012, maka saya pastinya tidak akan menulis artikel ini pada anda kerana saya telah pun mati ketika menonton filem ini. Hal ini kerana, barangsiapa yang menyaksikan kedasyatan kiamat yang sebenar nanti, anak di dalam kandungan pun gugur, akal terus tidak ingat sesiapa, malah akan berkeadaan seperti mabuk walapun tidak mabuk hakikatnya.


Allah SWT berfirman:


“Wahai manusia, bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa pada hari kiamat nanti adalah sesuatu yang sangat-sangat besar. Pada hari itu kamu akan melihat setiap ibu yang menyusukan anak akan melupakan apa yang disusukan, dan setiap perempuan yang mengandung akan tergugur anak yang dikandungnya. Dan engkau akan melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk(minum arak) tetapi(mereka kelihatan seperti mabuk) kerana azab Allah itu amatlah dasyat lagi mengerikan” Surah Al-Hajj ayat 1-2.


Saya quoute: “Amatlah dasyat lagi mengerikan”


Bukanlah di dalam tugasan kita mencari tarikh kiamat, meramalkannya, dan meneka-neka tarikhnya bila. Tugas kita adalah mempersiapkan diri untuk berhadapa dengannya.

Apakah persediaan kita?


Penutup: Kita nampak jauh, tetapi hakikatnya….


Saya tidak mengajak anda percaya 2012 itu tahun terakhir usia dunia. Malah saya melarang sama sekali anda mempercayainya. Cuma saya sarankan anda menonton filemnya dan bayang-bayangkan ayat Al-Quran yang saya nukilkan di dalam post ini.


Pasti, anda akan rasa hendak termuntah, menangis, gerun, menyesal, takut, sebagaimana yang saya rasa apabila saya menulis artikel ini untuk anda.


Kalau anda rasa apa saya rasa, bangunlah ketika itu juga dan berwudhu’, solat taubat dan menangislah sepuas-puasnya. Ini peluang anda. Momentum kebangkitan. Menangislah sepuas-puasnya. Memohonlah sepuas-puasnya. Kegetaran hati anda apabila mengingati kebesaran Allah ini, adalah tanda keimanan anda pada Allah SWT masih hidup dan punya interaksi.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada merekka ayat-ayat-Nya, bertambahlah keimanan mereka dan kepada Rabb mereka jugalah mereka menyerah” Surah Al-Anfal ayat 2.


Walaupun saya tak benarkan anda percaya 2012 adalah kiamat, tetapi ini tidak bermakna saya menyatakan bahawa kiamat itu jauh lagi. Saya tidak benarkan percaya 2012 adalah kiamat memandangkan itu adalah ramalan dunia.


Kita jangan rasa kiamat itu jauh, masa bertaubat masih panjang dan sebagainya.


Ketahuilah, di sisi Allah semua itu adalah hampir dan dekat.


“Sebenarnya mereka(orang- orang kufur) memandang azab itu jauh(dari tarikh berlakunya). Sedang Kami memandangnya amat dekat. Pada hari langit menjadi seperti tembaga cair, dan gunung ganang menjadi seperti bulu yang berterbangan, dan sahabat karib tidak lagi bertanyakan hal sahabat karibnya(kerana setiap orang sibuk memikirkan keadaan dirinya sendiri)” Surah Al-Ma’arij ayat 6-10.


Maka hargailah pagi ini, tengahari ini, petang ini, malam ini, masa-masa anda sedang membaca artikel ini. Sahutlah seruan Allah SWT:


“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha…” Surah At-Tahrim ayat 8.


Semoga Allah selamatkan kita pada hari itu.


Hari yang tiada guna harta dan anak pinak. Melainkan yang datang kepada Allah SWT dalam keadaan hati yang sejahtera, penuh keimanan dan ketaqwaan.


Allahu Ya Salam, sallimna ya Rabb.


Allahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah, wa na’uzubika min sakhatika wan naar. Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa fa’u’anna ya karim. Allhumma salimna fil yauma la yanfa’u maalu wala banuun, illa man atallaha bi qalbin salim.


Allahu ya Salam, sallimna ya Rabb.


Wahai pembaca semua, katakanlah amin.


Semoga muhasabah ini menghidupkan hati-hati kita, dan menjadikan kita bersungguh mengjear redha-Nya.

Ahad, 27 Disember 2009

SPM dekat..tapi ada lagi dekat...

Dari discussion jewel of 16 jen matri...

soalan:

assalamualaikum w.b.t
bila tgk status message sorang sahibah ni,
"11 bulan utk persediaan"..(lbh kurang la)
tetiba teringat..SPM dah tinggal kurang dari setaun..
preparation x sbrapa...huh..
tp bila pikir2 lg..
MATI tu datg bila2 masa..
persediaan....x tau nak kata
so,bla dibuat perbandingan antra kedua-dua 'peperiksaan' nih..

SPM:kita tau tarikhnya bila
MATI:kita x tau bila tarikhnya(munkin lbh awal@lbh lmbt dri SPM)
So,
bagaimana persediaan kita utk kedua-duanya?






penjelasan:

assalamualaikum..
hmm...
sbnanya kan,persediaan utk SPM juga adalah persediaan utk menghadapi maut...
Betul x?cuba kita renungkan,
Jika persediaan utk SPM itu kita buat krn ALLAH dan caranya x menyimpang jauh dari landasan syara',
bukankah itu dikira ibadah?
Jadi utk apa ibadah itu?
pastinya utk memberatkan lagi timbangan amalan kebaikan kita diakhirat nanti...
tambahan pula menuntut ilmu sgt dituntut dalam Islam,
dan dikira sbg jihad..
bukankah bersedia untuk SPM juga boleh menjadi persediaan utk menghadapi kematian?

ana sokong 100%.kita kalu exam.msti buat prepareration yg mntop..tp bila dgn kmatian..kita buat dek ja.sdgkn bnda tula yg plg hmpir dgn kita..
mnziarah kita tiap2 hari.
.kita sring mgejar dunia tapi dunia kata "pergi"
kita sring lari dr mati tapi kubur kata "mari"
sama2la kita muhasabah balik..
sgala yg kita buat skrg pn adalah preparation utk mati jugak..cuma time kita nk mghadapinya tu..xtau amalan kita mmbantu atau mmbuatkn kita sgsara..
Persediaan untuk exam selalu kita lakukan dengan rapi dan bsungguh2 berbanding psediaan untuk MATI padahal kita semua tahu KEMATIAN itulah akan membawa kita ke satu tmpt yg kekal abadi

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.


anyway,kta smua diciptakan dgn kelebihan dan kelemahan msg2..
so,meh la kta slg takmil-waistikmal,demi membangunkan semula ummah yg smkin tenat.

"slmt bjuang sahabatku...smg Allah berkatimu.."