Sabtu, 16 April 2011

COUPLE ISLAMIK??

Salam ukhuwah buat semua pengunjung Permata16. Hmm..baru2 ini saya telah menerima satu note di dalam facebook mengenai couple islamik. Mula2 dapat, rasa malas nak baca sebab kononnya merasakan diri tidak terjebak dengan bahana itu. Tidak lama selepas itu, saya sedar bahawa ilmu itu tidak ada batasnya. Saya harus baca note itu kerana di situ mungkin terdapat ilmu baru yang saya bisa pelajari dan sampaikan kepada orang lain. Setelah selesai membaca, hati berasa senag kerana ada ilmu dan hujah baru untuk saya sampaikan kepada mad`u. Oleh kerana saya rasakan note itu sangat menarik, jadi saya ingin kongsikan bersama anda di sini. Terimalah!

COUPLE ISLAMIK..BAHAGIANYA!!!! (^_^)


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Sy...afiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.




Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".


Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.


Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”


Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...


PENUTUP

Alghayah la tubazzilul wasillah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Walau dengan apa cara sekalipun, yang haram tetap haram. Jika diperhatikan manusia kini sering memperkotak katikkan hukum Allah serta mengambil dalil Al-Quran dan sunnah umtuk kepentingan diri. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil pengajaran dari kisah di atas. Jika anda hendak copy dan paste pun saya tidak kisah kerana ilmu itu harus disampaikan. Doakan Permata16 ya!!

Khamis, 14 April 2011

Pengumuman

Assalamualaikum semua. Maaf ya kerana sudah lama tidak meninggalkan jejak di sini. Buat pengetahuan pengunjung, blog ini sdang dalam proses kemas kini. Oleh itu, pihak Permata16 mohon maaf sekiranya terdapat cacat cela buat masa ini. Harap maklum.

HIJRAH MENARA GADING 2011

Dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini. Jumpa di sana ya!! InsyaAllah



.



Rabu, 13 April 2011

C.I.N.T.A.....


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......




Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,akhirnya Allah dapat juga membenarkan ana untuk mencoret sedikit perkongsian yang boleh kita ambil iktibar dan sebagai pengajaran dalam kehidupan harian kita...

Ana pasti setelah berada di luar kawasan zon selamat(itu),kita sering lupa..leka..lalai dengan godaan syaitan dan juga godaan dunia yang akan menghancurkan kita....seperti yang kita semua maklum,syaitan adalah musuh utama kita..syaitan juga telah berjanji untuk tidak tunduk pada manusia,malah ingin menghasut kita untuk menunduk pula kepadanya...

Apa ana nak cerita untuk kali ini ialah cerita tentang:

AKAL DAN HATI BERBICARA TENTANG CINTA



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam…

Akal : Apa khabar iman anda?



Hati terdiam…

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.



Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.



Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.



Hati terdiam lagi…

Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?



Hati diam dan tertunduk…

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!



Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala…



Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!



Hati mulai menangis… Sepi… Kesal…



Marilah kita berfikir sejenak..

Setiap manusia mempunyai fitrah untuk merasa CINTA..tapi adakah kita dapat menguasai CINTA itu hanya untuk yang Satu...

Muhasabah kembali....