Isnin, 14 Februari 2011

lampu MERAH untuk HARI VALENTINE


Assalamualaikum semua. Mohon maaf atas lama membiarkan sesawang ini bersawang. Hehehe..

Hari ini kalau tak silap lah kan, Hari Valentine kan? Hmmmm... Tahu tak anda semua sejarah disebalik Hari Valentine ini? Mari hamba kongsikan...

Dalam buku Ensiklopedia Katolik, ada 3 versi disebalik nama Valentine. Versi pertama yang paling popular ialah kisah seorang paderi yang bernama St Valentine yang hidup di akhir abad 3M sewaktu pemerintahan Raja Romawi Claudius II. Ceritanya, paderi ni menentang banyak perintah Raja lalu Raja Claudius II ini menghukum mati pada paderi ini tanggal 14 Februari 270M iaitu bersamaan dengan tarikh hari ini cuma tahunnye yang berbeza.

Versi kedua pula kisah cinta pulak. Waktu zaman Claudius II ni, yang bujang-bujang semuanya kuat nak pi ikut perang. Lebih kuat dan lebih tabah dari yang dah berkahwin. Jadinya, Raja Claudius II ni mengeluarkan arahan untuk melarang perkahwinan. Dalam istilah kita meng'haram'kan perkahwinan. Tapi... Valentine ni dia menentang perintah ini dan terus mengahwinkan orang yang nak kahwin dalam gereja secara senyap-senyap. Huuuu.. macam cerita novel pulak..! Nak kata cerita lah kan, akhirnya pekerjaan Valentine secara sulit ini dikesan dan beliau dipenjarakan. Waktu dalam penjara, Valentine berkenalan dengan puteri penjaga penjara yang sakit. Dia pon rawatlah puteri ni sampai dia sembuh.. Jeng jeng jeng! Dia pon jatuh cinta. Al kisahnya berakhir bila dia beri satu kad yang bertulis 'dari yang tulus cintanya, Valentine' kepada gadis tersebut setelah gadis itu memeluk agama nasrani [kristian].

Versi ketiga ialah satu kisah di salah satu desa yang dimana pemuda-pemudanya akan menulis nama-nama gadis di desa itu dan meletakkannya di dalam sebuah kotak. Kemudian setiap pemuda akan mengambil satu kertas dan nama gadis yang tertera di kertas itu akan menjadi kekasihnya untuk tahun itu. Kad bertulis 'Dengan nama Tuhan Ibu, saya mengirimkan kamu kad ini.' Memandangkan ianya amat susah untuk mengubah tradisi Romawi ini, paderi-paderi menukar kata-kata itu 'Dengan nama Valentine, saya mengirimkan kamu kad ini' untuk mengikat mereka pada agama nasrani.

Dapat lihat jelas, terang, lagi bersuluh yang Hari Valentine ini merupakan hari yang disambut untuk memperingati satu sejarah sesebuah agama lalu ianya BUKAN untuk disambut oleh kita, agama Islam.

Fikir-Fikirkanlah-






Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 'siapa yang mengikuti sesuatu kaum, dia adalah sebahagian dari kaum itu.'

Wallahu'alam
^^
Bergerak langsung kehadapan.
Ingat! Anda mampu melakukan perubahan!

Isnin, 7 Februari 2011

Persahabatan Perang Yarmouk


Assalamualaikum.



Ya Allah Kau Pancarkanlah Sinar Keimanan Kepada Yang Membaca dan Yang Menulis.
Ya Allah Kau Terangilah Hari-Hari Mereka Dengan Cahaya Islam.
Ya Allah Kau Pandulah Jalan Mereka Menuju SyurgaMu.
Ya Allah Kau Jadikanlah Kami Semua BerJumpa dan BerPisah KeranaMu.



-Ameen-


Abdullah bin Mas'ud menceritakan apabila seorang sahabat bernama Ikrimah Ibn Abu Jahal gugur datang seorang lelaki memberinya air. Belum sempat diteguknya, Ikrimah mendengar suara Suhail Ibn Amr meminta air. Ikrimah berkata 'berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan'.

Kemudian apabila sampai air itu kepada Suhail ibn Amr, terdengar pula suara Haris Ibn Hisyam . Ketika itu Suhail berkata 'berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan'. Pembawa air itu bergerak ke Haris. Beliau mendapatinya telah syahid. Kemudian dia pergi kepada Suhai, Suhail juga telah syahid. Dan beliau kembali kepada Ikrimah, Ikrimah juga telah syahid. SUBHANALLAH.

Ada satu riwayat menyatakan apabila manusia nazak, dia sangat dahaga sehinggakan jika diberinya 7 lautan air, tidak akan hilang dahaganya.

MASHA ALLAH. Lihatlah pada Ikrimah ibn Abu Jahal dan Suhail Ibn Amr. Disaat kegentingan nazak, mereka masih melebihkan sahabat mereka. Inilah persahabatan atas keimanan. Ukhuwah fillah hingga ke syurga. Itu apabila kita mencintai sahabat kita lebih dari kita mencintai diri kita.

Fikir-fikirkanlah.
Wallahu'alam

^^


Egypts in Prayer

Egypt under smokes

Assalamualaikum to all. Its been 3 days since the riot broke out in Cairo, Egypt. I've got some pictures from other websites and it just touched my heart.
For more pictures check out -

The crowds with tear gas.
I was actually wondering 'how could a leader sacrifices his people to maintain his power?' when I saw this picture. Then again, after some thinking I thought- this is what you call the End Era.

Egypt flag.

2nd Faris Audah?
This picture reminded me of the 10 year old syuhada' in Palestine who became an image of bravery, courage and jihad! I guess, this is the 2nd one..?

What will be the end?

May Allah helps our brothers and sisters there. May Allah give them the power and strength to keep standing up and be strong. May Allah protect them from harm.

May Allah gives hidayah from this event to those who He wishes and those who searches the true light. May Allah guide all humanities to the right path. May Allah bring victory to ISLAM.

May Allah open our eyes and hearts to see the bigger picture.

^^

Selasa, 1 Februari 2011

Perginya Duta Permata16 Ke Yaman


Alhamdulillah.

Tanggal 28 Januari 2011 seorang lagi puteri Permata16 terbang ke udara. Yang ini akan ke Yaman untuk memantapkan Bahasa Arabnya, menambah ilmu, meningkatkan iman dan memantapkan taqwa. Moga Allah mengiringi setiap langkahnya dan meredhai setiap apa yang dilakukannya.
KLIA menjadi saksi pemergian Hajar Maisarah bt Husaini, seorang srikandi Permata16 yang memiliki kelebihannya tersendiri.

Ingatlah sahabat.. 3 cara untuk menikmati kemanisan iman ialah.
1. Mencintai Allah melebihi yg lain
2. Mencintai sahabat krn Allah
3. Benci membuat maksiat sepertimana benci dicampakkan kedalam neraka

Marilah sama-sama kita menanam rasa mahabbah kita pada semua sahabat-sahabat kita hanya kerana Allah.

Moga Allah sentiasa mengiringi setiap nafasnya, melindunginya pada setiap langkahnya dan meredhainya pada setiap amalannya. Amin**

Sahabat-sahabat yang ingin ke mana-mana, ingatlah! Tajdidkan niat kalian hanya untuk mencari keredhaan Allah! Ia bukannya senang, tapi ia perlu di praktis. Like they say 'Practice make things perfect'.

Wallahu'alam