Di cni...ana ada sesuatu untuk diluahkan buat semua sahibah ana tersayang...
mga rahmat dan kasih sayang allah sentiasa mengalir dalam sanubari kalian....
Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah..
Semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah RasulNya dan dapat mengubati segala penyakit-penyakit hati. Said Ramadhan pernah menyebut dalam bukunya “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah..
Sahabatku Harapanku..
Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan kepada hanya segelintir manusia sahaja. Semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah pilih kita.. Segala puji bagi Allah!
Sahabatku Sayangku..
Putera dan puteri islam ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam tetapi orang lain menggunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Di mana saja kita akan bertemu dengan putera dan puteri islam tetapi bagaimana keadan mereka? Sebahagian besar mereka hari ini telah dirosakkan pemikiran mereka, dilemahkan jiwa mereka dengan dipenuhi nafsu syahwah. Akhlak mereka bukan lagi akhlak muslim yang luhur tetapi akhlak yang campur aduk..
Sahabatku..
Aku sentiasa mendoakan keimananmu kerana dunia ini memerlukanmu. Nilai keimanan puteri remaja sepertimu jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk mencapai keredhaan Allah..
Jadilah “belajar” wasilah untuk mendekatkan diri pada Allah. Semoga darjatmu diangkat oleh Allah. Rantailah nafsumu dengan aturan Islam..
Sahabatku..
Semoga kita tidak banyak bergaul dengan manusia hingga membawa gangguan hati dan menjauh hubungan dengan Allah..
Perkara yang paling penting untuk menolong kita sentiasa berfikir dan berzikir ialah selalu bersama orang-orang soleh dan condong kepada mereka. Semoga Allah lindungi kita dari orang yang dilihat selalu mendekatkan diri kepada Allah, namun hatinya sebenarnya sangat jauh dari Allah..
Sahabatku..
Rasa tidak dikasihi yang kau dan aku rasakan sejak kecil hingga kini merupakan dorongan Allah supaya kita dapat hayati makna kemanusiaan, penuh kasih sayang kepada semua orang dan kasihan belas kepada orang yang menderita. Pengalaman ini juga sebagai dorongan untuk kita lebih memahami perasaan orang lain..
Ibn Jauzi ada menyatakan dalam kitabnya “Mahabatullah”; “Orang yang melihat dirinya serba kurang akan menyebabkan kedekatannya dengan Allah”..
Sahabatku..
Rasanya cukup dulu buat kali ini..
Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang mempebaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia..
p/s: Moga2 apa yg cuba disampaikan meresap ke jiwa-jiwa kalian....